SENARAI 20 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD FUTSAL KEBANGSAAN (7-11 JULAI 2019)

2019-07-03

Berikut senarai 20 pemain yang telah dipanggil ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong untuk hadir ke kem latihan pusat selama lima hari di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Ahad ini, 7 Julai 2019 hingga 11 Julai 2019 (Khamis) sebagai persiapan awal bagi menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2019 di Ho Chi Minh City, Vietnam dari 21 hingga 27 Oktober 2019.

 

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

ABU HANIFFA HASAN

28

PAHANG

2.

MOHD KHAIRUL EFFENDY MOHD BAHRIN

32

PAHANG

3.

SAIFUL NIZAM MOHD ALI

28

PAHANG

4.

MOHD AZWANN ISMAIL

27

PAHANG

5.

AHMAD HARITH NAIM MOHD NASIR

19

PAHANG

6.

MUHAMMAD IQBAL AIKAL MOHD NOOR

24

PAHANG

7.

MUHAMMAD SYAFIQ HAMZAH

28

PAHANG

8.

SYED AIZAD DANIEL SYED NASIR

23

SELANGOR

9.

MUHAMMAD AZRI RAHMAN

25

SELANGOR

10.

MUHAMMAD SHAMSUL AKMAR ZAMRI

28

SELANGOR

11.

AZRUL HADEE MOHD TAUFIQ

32

SELANGOR

12.

MUHAMMAD FARIQ MOHAMMAD

32

SELANGOR

13.

MOHD RIDZWAN BAKRI

25

PERAK

14.

MOHD AWALLUDIN MAT NAWI

21

PERAK

15.

MUHAMMAD AIDIL SHAHRIL ROSLI

22

PERAK

16.

MUHAMMAD SAAD SANI

21

MELAKA

17.

MUHAMMAD EKMAL SHAHRIN

19

MELAKA

18.

SYAHMAN IDRIS

30

MELAKA

19.

MULHIM MUQRI FAISAL

21

KUALA LUMPUR

20.

IQHMAL NAJMIE ISMAIL

19

PULAU PINANG

 

Sementara empat pemain iaitu Asraf Roslan, Farikh Khabibor Rahman dan Syawal Sabaruddin (Perak) serta Tarmizi Ab Ghafar (Melaka) diletakkan dalam senarai bersedia untuk menggantikan mana-mana dari kalangan 20 pemain di atas jika disahkan mengalami kecederaan.

Chun Yong memanggil semula 12 daripada 14 pemain dari skuad yang membantu Malaysia muncul naib juara pada Kejuaraan Futsal AFF 2018 di Yogyakarta, November lalu kecuali dua pemain iaitu kapten Perak, Shamar Fadzil dan bekas pemain Kuantan Rangers musim lalu, Yazid Kamaruzuan yang kini bermain bola sepak bersama pasukan Liga M3, DDM FC.

Bagi melengkapkan senarai 20 pemain ke kem latihan pusat kali ini, Chun Yong telah menyenaraikan lapan muka baharu terdiri daripada Shamsul Akmar Zamri, Fariq Mohammad (Selangor), Aidil Shahril Rosli (Perak), Saad Sani, Ekmal Shahrin, Syahman Idris (Melaka), Mulhim Muqri Faisal (Kuala Lumpur) dan Iqhmal Najmie Ismail (Pulau Pinang).

Seramai 11 pemain akan melapor diri pada tengah hari Ahad ini (7 Julai) manakala baki sembilan lagi pemain (dari pasukan Selangor, Perak dan Pulau Pinang) akan menyusul selepas selesai perlawanan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2019 membabitkan pasukan masing-masing pada Ahad.

Pemilihan pemain bagi kem latihan pusat pertama ini dibuat berdasarkan pemerhatian Chun Yong dan barisan kejurulatihannya pada tiga Hari Perlawanan saingan MPFL 2019 yang telah bermula pada 22 Jun lalu.

Bagi saingan Kejuaraan Futsal AFF 2019 nanti, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama Australia, Indonesia dan Myanmar manakala Kumpulan A dibarisi tuan rumah, Vietnam bersama juara bertahan, Thailand, Kemboja dan Timor-Leste.

Kejohanan ini turut menjadi saingan kelayakan ke Kejuaraan Futsal AFC 2020 yang mana empat pasukan terbaik akan menjadi wakil Zon ASEAN ke pusingan akhir tersebut yang dijadual berlangsung di Turkmenistan dari 27 Februari hingga 8 Mac 2020.