SENARAI 20 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD FUTSAL KEBANGSAAN MENJELANG INTERNATIONAL FUTSAL CHAMPIONSHIP 2020 DI SONGKHLA, THAILAND

2020-01-08

Berikut senarai 20 pemain dipanggil ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong untuk kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 23 Januari 2020 sebagai persiapan menghadapi kejohanan jemputan International Futsal Championship Thailand 2020 dari 2 hingga 8 Februari 2020 di Songkhla, Thailand.

 

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN (MPFL 2019)

1.

AZRUL HADEE MOHD TAUFIQ

33

SELANGOR

2.

SYED AIZAD DANIEL SYED NASIR

24

SELANGOR

3.

MUHAMMAD AZRI RAHMAN

26

SELANGOR

4.

MUHAMMAD FARIQ MOHAMMAD

33

SELANGOR

5.

MUHAMMAD SAAD ABDUL SANI

22

MELAKA

6.

MUHAMMAD EKMAL SHAHRIN

20

MELAKA

7.

MOHAMAD DANIAL ABDUL DAIN

24

MELAKA

8.

MUHAMMAD SYAFIQ HAMZAH

29

PAHANG

9.

ABU HANIFFA HASAN

29

PAHANG

10.

MOHD KHAIRUL EFFENDY MOHD BAHRIN

33

PAHANG

11.

SAIFUL NIZAM MOHD ALI

29

PAHANG

12.

MOHD AZWANN ISMAIL

28

PAHANG

13.

AHMAD HARITH NAIM MOHD NASIR

20

PAHANG

14.

MUHAMMAD SYAWAL SABARUDDIN

23

PERAK

15.

MOHD RIDZWAN BAKRI

26

PERAK

16.

MOHAMAD AWALLUDDIN MAT NAWI

22

PERAK

17.

MUHAMMAD FARIKH KHABIBOR RAHMAN

23

PERAK

18.

MUHAMMAD AZAMUDDIN HASAN

25

KUALA LUMPUR

19.

IQHMAL NAJMIE ISMAIL

20

PULAU PINANG

20.

AHMAD AKIL KHALIS ADLI KHAIRUZ

23

TERENGGANU

 

Chun Yong akan membuat penilaian sepanjang lapan hari latihan pusat berkenaan sebelum memutuskan senarai akhir 14 pemain yang akan berlepas ke Songkhla pada 31 Januari 2020.

International Futsal Championship Thailand 2020 akan disertai enam pasukan iaitu tuan rumah Thailand, Malaysia, Iraq, Kuwait, Qatar dan Turkmenistan yang akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu tiga pasukan setiap kumpulan.

Seterusnya, dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir dan pemenang akan ke final manakala pasukan yang tewas di separuh akhir akan beraksi pada penentuan tempat ketiga.

Thailand menganjurkan kejohanan jemputan ini sebagai persiapan mereka bersama-sama Kuwait dan Turkmenistan yang akan beraksi pada pusingan akhir Kejuaraan Futsal AFC 2020 di Ashgabat, Turkmenistan dari 26 Februari hingga 8 Mac 2020.

Malaysia tidak layak ke kelompok 16 pasukan terbaik Asia itu selepas gagal meraih tiga slot bagi Zon ASEAN apabila kandas di peringkat kumpulan pada saingan Kejuaraan Futsal AFF 2019 di Ho Chi Minh City, Vietnam, Oktober lalu.

 

KEMAS KINI 22 JANUARI 2020

* Dua pasukan - Iraq dan Qatar telah menarik diri dan tempat mereka digantikan dengan dua pasukan baharu - Iran dan Tajikistan.

* Undian telah meletakkan Malaysia bersama tuan rumah, Thailand dan juga Turkmenistan dalam Kumpulan A manakala Iran, Tajikistan dan Kuwait dalam Kumpulan B.

* Malaysia akan membuka saingan berdepan Thailand pada 2 Februari 2020 diikuti aksi menentang Turkmenistan pada 3 Februari 2020.

* Aksi separuh akhir dijadual pada 6 Februari 2020 manakala penentuan tempat ketiga dan final pada 8 Februari 2020.

* Venue pertandingan di Hatyai Hall, Central Festival, Hat Yai, Thailand.