SENARAI 20 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD FUTSAL WANITA MALAYSIA

 

2016-11-09

Berikut senarai 20 pemain yang disenaraikan ketua jurulatih skuad futsal wanita kebangsaan, Mohd Fairuz Mohd Noor untuk menghadiri kem latihan pusat Fasa 1 di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 10 November 2016 (Khamis).

 Ia sebagai persiapan awal untuk menghadapi temasya Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Ogos 2017 selain Kejuaraan Futsal Wanita AFC dan Sukan Indoor Asia yang turut bakal berlangsung tahun depan.

 

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

FATIN SHAHIDA AZMI

25

MPSJ FC

2.

NUR SHAZREEN MUNAZLI

23

MPSJ FC

3.

NAZIRATUL AMIRA AHMAD NAZRI

28

MPSJ FC

4.

SITY NORAZIZAH JAMAL

26

SELANGOR

5.

NUR IZZATI KHAIRUDIN

28

SELANGOR

6.

ZUR’AIN KAMARUDIN

19

SELANGOR

7.

FARAH NAJIHAH ABDUL AZIZ

28

FELDA UNITED

8.

NURUL ATIQA ZALFULIZAN

20

FELDA UNITED

9.

FARAHIYAH MUHD RIDZUAN

23

FELDA UNITED

10.

NORHAWA MD YASIN

23

FELDA UNITED

11.

NUR AISYAH MOHD TAHIR

24

PERAK

12.

FADHATUL NAJWA NURFARAHAIN AZMI

21

PERAK

13.

NOORASYIEMAH MOHD RASHID

22

PERAK

14.

NURALIN SHAFIKA OMAR

25

KEDAH

15.

NUR MADIHAH NADZARI

24

KEDAH

16.

NUR SYAZWINA SHUIB

20

KEDAH

17.

NOORHEDAYAH MD AMIN

29

KUALA LUMPUR

18.

FIFI SAFEENA ZAINEE

26

PDRM

19.

NOR FAIZAH MD AKHIR

21

UM

20.

NURUL HAMIRA YUSMA MOHD YUSRI

24

UTHM

 

Mohd Fairuz yang sebelum ini merupakan penolong jurulatih skuad futsal lelaki kebangsaan telah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu skuad futsal wanita kebangsaan menggantikan tempat Chiew Chun Yong yang kini memegang jawatan sebagai ketua jurulatih skuad futsal lelaki kebangsaan.

 Jurulatih berusia 37 tahun itu akan dibantu dua penolong jurulatih iaitu Ruzaley Abdul Aziz dan Muizzudin Mohd Haris.

 Daripada senarai 20 pemain di atas, hanya tujuh daripada 16 pemain dalam skuad yang menduduki tempat keempat Kejuaraan Futsal Wanita AFC 2015 di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan pada September 2015 dikekalkan iaitu Fatin Shahida Azmi, Nur Shazreen Munazli, Sity Norazizah Jamal, Nur Izzati Khairudin, Nurul Atiqa Zaifulizan, Farahiyah Ridzuan dan Norhawa Md Yasin.

Sementara dua lagi pemain dari skuad berkenaan - Noor Asyikin Mohamad Noor (Felda United) dan Siti Aznidah Zamri (Selangor) diletakkan dalam senarai menunggu bersama-sama Zawani Nisha Habib Rahman (Felda United), Nur Syuhada Kamarudzaman (MPSJ FC) dan Fasrina Amira Amir Hamzah (Negeri Sembilan) jika terdapat di kalangan 20 pemain di atas disahkan mengalami kecederaan.

 Kem latihan pusat Fasa 1 ini akan berlangsung selama 10 hari iaitu dari 10 hingga 19 November 2016 di KSL Sports Puchong.

 

KOMEN KETUA JURULATIH SKUAD FUTSAL WANITA MALAYSIA, MOHD FAIRUZ MOHD NOOR

“Saya mengekalkan tujuh pemain yang merupakan kesebelasan utama daripada skuad yang menduduki tangga keempat tahun lepas (Kejuaraan Futsal Wanita AFC 2015) kerana saya lihat kelompok ini rata-rata masih muda dan telah memberikan persembahan yang memberangsangkan.

“Secara realistik, sasaran saya untuk Sukan SEA tahun depan ialah untuk layak ke perlawanan akhir kerana sebelum ini saya telah mengendali pasukan futsal wanita untuk mendapat pingat gangsa di Myanmar, tiga tahun lepas (Sukan SEA 2013).

“Walau bagaimanapun, kem latihan pusat ini bukan untuk Sukan SEA sahaja malah sebagai persediaan menghadapi Sukan Indoor Asia dan Kejuaraan Futsal Wanita AFC tahun depan. Bagi saya, gandingan pemain muda dan senior ini dapat memperkuatkan pasukan kita dalam jangka masa panjang.

“Dibantu oleh barisan penolong jurulatih yang juga merupakan bekas pemain-pemain futsal kebangsaan; Mohd Ruzaley Abdul Aziz dan Muizzudin Mohd Haris, saya yakin insyaAllah dapat membentuk sebuah pasukan yang mantap.”