
2021-04-14
Berikut senarai 22 pemain dipanggil ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong untuk kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 19 April hingga 17 Mei 2021 sebagai persiapan menghadapi kejohanan jemputan SAT International Futsal Championship Thailand 2021 dari 22 hingga 27 Mei 2021 di Bangkok, Thailand.
BIL |
NAMA |
UMUR |
PASUKAN (MPFL 2020) |
1. |
MUHAMMAD SYAFIQ HAMZAH |
30 |
PAHANG RANGERS |
2. |
ABU HANIFFA HASAN |
30 |
PAHANG RANGERS |
3. |
MOHAMAD AWALLUDDIN MAT NAWI |
23 |
PAHANG RANGERS |
4. |
MOHD RIDZWAN BAKRI |
27 |
PAHANG RANGERS |
5. |
SAIFUL NIZAM MOHD ALI |
30 |
PAHANG RANGERS |
6. |
MOHD KHAIRUL EFFENDY MOHD BAHRIN |
34 |
PAHANG RANGERS |
7. |
MOHD AZWANN ISMAIL |
29 |
PAHANG RANGERS |
8. |
MUHAMMAD AL-MUSTAQIM NASRUDDIN |
27 |
PAHANG RANGERS |
9. |
MUHAMMAD SAAD ABDUL SANI |
23 |
SELANGOR MAC |
10. |
MUHAMMAD EKMAL SHAHRIN |
21 |
SELANGOR MAC |
11. |
MUHAMMAD FARIS MOHD JOHAN |
21 |
SELANGOR MAC |
12. |
MOHAMAD DANIAL ABDUL DAIN |
25 |
SELANGOR MAC |
13. |
MOHAMMAD HAFIZ RAMLE |
27 |
SELANGOR MAC |
14. |
SHAH AZMAN EKMAL SALEH |
23 |
KUALA LUMPUR |
15. |
MUHAMMAD TAUFIK ABDUL WAHAB |
20 |
KUALA LUMPUR |
16. |
MUHAMMAD HIKMAL FIRDAUS MUHAMMAD DARUL RIDZUAN |
24 |
KUALA LUMPUR |
17. |
MUHAMMAD SYAWAL SABARUDDIN |
24 |
PERAK |
18. |
MUHAMMAD FARIKH KHABIBOR RAHMAN |
24 |
PERAK |
19. |
YAZID KAMARUZUAN |
29 |
PERAK |
20. |
IQHMAL NAJMIE ISMAIL |
21 |
PULAU PINANG |
21. |
DINESHKUMAR A/L KUMARA RAJA |
22 |
KL CITY |
22. |
MUHAMAD ALIF MAT AMIN |
23 |
TERENGGANU |
Daripada senarai di atas, Chun Yong mengekalkan 11 pemain dari skuad 14 pemain ke SAT International Futsal Championship Thailand 2020 yang telah berlangsung di Hat Yai, Thailand pada Februari tahun lalu.
Mereka terdiri daripada Abu Haniffa Hasan, Awalluddin Mat Nawi, Ridzwan Bakri, Saiful Nizam Mohd Ali, Khairul Effendy Bahrin, Azwann Ismail, Saad Sani, Ekmal Shahrin, Syawal Sabaruddin, Farikh Khabibor Rahman dan Iqhmal Najmie Ismail.
Selebihnya, separuh lagi pemain iaitu baki 11 pemain yang dipanggil ke kem latihan kali ini terdiri daripada beberapa pemain yang pernah dipanggil sebelum ini serta muka-muka baharu.
Berdasarkan senarai 22 pemain tersebut, seramai 13 pemain berusia di antara 24 hingga 34 tahun manakala sembilan pemain berusia di antara 20 hingga 23 tahun yang mana Chun Yong mahu mencuba gandingan kombinasi pemain muda dan senior dalam skuad kali ini.
Sementara itu, sembilan pemain diletakkan dalam Senarai Bersedia untuk dipanggil sekiranya penggantian pemain dilakukan. Mereka terdiri daripada Azrul Hadee Mohd Taufiq, Syed Aizad Daniel Syed Nasir, Muhammad Azri Rahman (Selangor MAC), Mohd Noor Azrin Adnan, Mulhim Muqri Faisal (Kuala Lumpur), Sofian Kariansah, Mohd Zulhairi Haris (Sabah), Syahman Idris (Negeri Sembilan) dan Muhammad Farhan Khairul Anuar (Pahang Rangers).
Kem latihan pusat kali ini akan dibahagikan kepada tiga fasa iaitu Fasa 1 dari 19 hingga 30 April 2021, diikuti Fasa 2 dari 2 hingga 9 Mei dan seterusnya Fasa 3 iaitu fasa terakhir dari 14 hingga 17 Mei 2021.
Skuad akhir 14 pemain seterusnya akan berlepas ke Bangkok pada 18 Mei 2021 untuk menjalani tempoh kuarantin selama tiga hari di sana sebelum memulakan saingan yang bermula pada 22 Mei 2021.