SENARAI 22 PEMAIN KE LATIHAN PUSAT SKUAD B-23 KEBANGSAAN DI CHANGZHOU, CHINA MENJELANG SUKAN ASIA 2018 INDONESIA

2018-08-01

Berikut senarai 22 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk ke kem latihan pusat luar negara skuad B-23 kebangsaan di Changzhou, China dari 2 hingga 7 Ogos 2018 sebagai persiapan terakhir sebelum menghadapi Sukan Asia 2018 di Indonesia dari 10 Ogos hingga 1 September 2018.

 

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

HAZIQ NADZLI

20

JOHOR DARUL TA’ZIM

2.

DOMINIC TAN

21

JOHOR DARUL TA’ZIM

3.

SAFAWI RASID

21

JOHOR DARUL TA’ZIM

4.

ADAM NOR AZLIN

22

JOHOR DARUL TA’ZIM

5.

SYAFIQ AHMAD

23

JOHOR DARUL TA’ZIM

6.

ADIB ZAINUDIN

23

JOHOR DARUL TA’ZIM II

7.

BADDROL BAKHTIAR *

30

KEDAH

8.

RIZAL GHAZALI *

26

KEDAH

9.

IFWAT AKMAL CHEK KASSIM

22

KEDAH

10.

AKHYAR RASHID

19

KEDAH

11.

IRFAN ZAKARIA

23

KUALA LUMPUR

12.

SYAZWAN ANDIK ISHAK

22

KUALA LUMPUR

13.

KHATUL ANUAR MD JALIL

21

KUALA LUMPUR

14.

FAISAL ABDUL HALIM

20

PAHANG

15.

KOGILESWARAN RAJ

20

PAHANG

16.

RODNEY CELVIN AKWENSIVIE

22

PKNS FC

17.

DANIAL AMIER NORHISHAM

21

FELDA UNITED

18.

NIK AKIF SYAHIRAN NIK MAT

19

KELANTAN

19.

N THANABALAN

23

NEGERI SEMBILAN

20.

SYAZWAN ZAIPOL BAHARI

23

PERAK

21.

TOMMY MAWAT BADA

22

PJ RANGERS FC

22.

SYAHMI SAFARI

20

SELANGOR

 

Daripada senarai awal 28 pemain yang dipanggil, hanya 26 pemain telah hadir ke kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Isnin lalu (30 Julai 2018) apabila dua pemain Pahang, Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih tidak melapor diri.

Sehari kemudian, dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Syamer Kutty Abba dan pemain kuota lebih umur, Aidil Zafuan Abdul Radzak pula terpaksa digugurkan Kim Swee kerana disahkan mengalami kecederaan untuk menjadikan jumlah semasa 24 pemain.

Hari ini, seorang lagi pemain iaitu Jafri Firdaus Chew dari PKNS FC turut terpaksa digugurkan kerana mengalami kecederaan hamstring ketika sesi latihan petang semalam dan pemain JDT II, Hadi Fayyadh Abdul Razak pula tidak dapat menyertai pasukan ke China kerana perlu terbang ke Jepun, Ahad ini bagi sesi trial bersama kelab di sana.

Di Changzhou nanti, skuad B-23 kebangsaan akan menghadapi satu perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu China B-23 di Stadium Changzhou Olympic Sports Center pada Ahad ini (5 Ogos 2018) dengan sepak mula jam 7.35 malam.

Seterusnya hanya 20 pemain akhir akan dinamakan Kim Swee untuk terbang ke Bandung, Indonesia bagi menghadapi saingan Sukan Asia 2018 dengan Malaysia yang diletakkan dalam Kumpulan E akan memulakan kempen bertemu Republik Kyrgyz pada 10 Ogos, diikuti aksi bertemu UAE (12 Ogos), Republik Korea (17 Ogos) dan Bahrain (20 Ogos).