SENARAI 22 PEMAIN MALAYSIA KE KELAYAKAN KEJUARAAN B-23 AFC 2018 DI BANGKOK (19-23 JULAI 2017)

2017-07-19

Berikut senarai 22 pemain yang telah dipilih ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee bagi membawa cabaran Malaysia pada Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2018 di Bangkok, Thailand dari 19 hingga 23 Julai 2017.

 

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

JERSI

PASUKAN

1.

AMIRUL HISYAM AWANG KECHIK

22

TENGAH

7

KEDAH

2.

AKHYAR RASHID

18

PENYERANG

10

KEDAH

3.

IFWAT AKMAL CHEK KASSIM

21

PENJAGA GOL

19

KEDAH

4.

SYAFIQ AHMAD

22

PENYERANG

20

KEDAH

5.

ARIFF FARHAN MD ISA

21

SAYAP

23

KEDAH

6.

L KALAIHARASAN

21

PERTAHANAN

4

NEGERI SEMBILAN

7.

SEAN EUGENE SELVARAJ

21

PENYERANG

15

NEGERI SEMBILAN

8.

FAUZAN FAUZI

22

PERTAHANAN

18

NEGERI SEMBILAN

9.

AHMAD SOLEHIN MAMAT

21

PENJAGA GOL

1

KUALA LUMPUR

10.

IRFAN ZAKARIA

22

PERTAHANAN

17

KUALA LUMPUR

11.

ADIB ZAINUDIN

22

PERTAHANAN

5

FELCRA FC

12.

N THANABALAN

22

PENYERANG

12

FELCRA FC

13.

ADAM NOR AZLIN

21

PERTAHANAN

9

SELANGOR

14.

SYAHMI SAFARI

19

SAYAP

13

SELANGOR

15.

RAPHI AZIZAN MARIAPPEN

21

TENGAH

2

PJ RANGERS FC

16.

SYAZWAN ZAIPOL BAHARI

22

PERTAHANAN

3

PKNP FC

17.

DANIAL ASHRAF ABDULLAH

20

TENGAH

8

KELANTAN

18.

JAFRI FIRDAUS CHEW

20

PENYERANG

11

PULAU PINANG

19.

NUR SHAMIE ISZUAN AMIN

22

SAYAP

14

SARAWAK

20.

DANIAL AMIER NORHISHAM

20

TENGAH

16

FELDA UNITED

21.

SYAZWAN ANDIK ISHAK

21

SAYAP

21

JOHOR DARUL TA’ZIM II

22.

AMIERUL HAKIMI AWANG

22

PENJAGA GOL

22

TERENGGANU

 

Biarpun setiap pasukan boleh mendaftar maksimum 23 pemain, Kim Swee hanya membawa 22 pemain selepas Tommy Mawat Bada mengalami kecederaan ketika beraksi bersama Sarawak pada perlawanan Liga Super 2017 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Larkin, Sabtu lalu.

Tiga lagi pemain dalam senarai 26 pelatih sebelum ini turut tidak dibawa ke Bangkok iaitu penjaga gol, Faridzuean Kamaruddin (Sime Darby FC), Ahmad Khairul Anuar Zamri (Perak) dan Farhan Roslan (Kedah) kerana masih dalam proses pemulihan kecederaan.

Bagi saingan kelayakan Kumpulan H yang berlangsung di Stadium Nasional Supachalasai, Bangkok ini, Malaysia akan memulakan kempen bertemu Indonesia kendalian Luis Milla pada jam 4.00 petang ini (5.00 petang waktu Malaysia) diikuti pertembungan tuan rumah, Thailand bimbingan Worrawoot Srimaka dengan Mongolia yang dikendalikan Michael Weiss pada jam 7.00 malam (8.00 malam waktu Malaysia).

Seterusnya bagi perlawanan kedua pada Jumaat, 21 Julai, Mongolia akan bertemu Indonesia jam 4.00 petang diikuti aksi Malaysia lwn Thailand jam 7.00 malam.

Perlawanan terakhir akan berlangsung pada Ahad, 23 Julai dengan Malaysia menentang Mongolia pada jam 4.00 petang diikuti aksi Thailand lwn Indonesia jam 7.00 malam.

10 pasukan teratas setiap kumpulan (daripada 10 kumpulan) akan layak automatik bersama-sama lima pasukan tempat kedua terbaik (daripada 10 kumpulan) ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 yang akan berlangsung di China, 9 hingga 27 Januari depan.