Senarai 23 pemain Harimau Malaya bertemu Laos, Timor Leste

Berikut senarai 23 pemain dipanggil jurulatih sementara skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 4 Oktober (Ahad ini).

 Ia bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Laos di Stadium Thai Army, Bangkok, Thailand pada 8 Oktober dan perlawanan kelima Kumpulan A, Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 menentang Timor Leste di Stadium Perbandaran Dili, Dili pada 13 Oktober.

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN

1

KHAIRUL AZHAN KHALID

26

PENJAGA GOL

PAHANG

2

AZAMMUDDIN AKIL

30

TENGAH

PAHANG

3

MATTHEW DAVIES

20

PERTAHANAN

PAHANG

4

HAFIZ KAMAL

28

TENGAH

PAHANG

5

KHAIRUL FAHMI CHE MAT

26

PENJAGA GOL

KELANTAN

6

AMIRIZDWAN TAJ TAJUDDIN

29

PERTAHANAN

KELANTAN

7

WAN ZACK HAIKAL WAN NOR

24

TENGAH

KELANTAN

8

ZUBIR AZMI

24

PERTAHANAN

TERENGGANU

9

ISMAIL FARUQI ASHARI

29

TENGAH

TERENGGANU

10

SHAHRUL SAAD

22

PERTAHANAN

FELDA UNITED

11

CHRISTIE JAYASEELAN

29

TENGAH

FELDA UNITED

12

NAZIRUL NAIM CHE HASHIM

22

PERTAHANAN

HARIMAU MUDA B

13

ADAM NOR AZLIN

19

TENGAH

HARIMAU MUDA B

14

AHMAD HAZWAN BAKRI

24

TENGAH

SELANGOR

15

BADDROL BAKHTIAR

27

TENGAH

KEDAH

16

IZHAM TARMIZI ROSLAN

24

PENJAGA GOL

JOHOR DARUL TA’ZIM

17

S KUNANLAN

29

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

18

SAFIQ RAHIM

28

TENGAH

JOHOR DARUL TA’ZIM

19

AMRI YAHYAH

34

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

20

FADHLI SHAS

24

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

21

AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK

28

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

22

SAFEE SALI

31

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

23

NASIR BASHARUDDIN

25

TENGAH

PERAK

Daripada senarai 23 pemain ketika Kim Swee mengambil alih pasukan bertemu Arab Saudi di Stadium Shah Alam, 8 September lalu selepas Dollah Salleh meletak jawatan, seramai 15 pemain dikekalkan untuk panggilan kali ini.

 Baki lapan lagi pemain terdiri daripada pemain pertahanan kiri Terengganu, Zubir Azmi yang dipanggil semula selepas diketepikan ketika aksi bertemu Arab Saudi akibat kecederaan serta penjaga gol Izham Tarmizi Roslan, Aidil Zafuan Abd Radzak, Safee Sali (JDT), Shahrul Saad, Christie Jayaseelan (Felda United), Hafiz Kamal (Pahang) dan Ismail Faruqi Ashari (Terengganu).

 Kim Swee bagaimanapun terpaksa mengetepikan dua pemain dalam senarai sebelum ini iaitu Razman Roslan (Pahang) dan Junior Eldstal (JDT) yang sedang mengalami kecederaan ketika ini.

 Tiga lagi pemain yang berada dalam senarai 23 pemain sebelum ini iaitu Ahmad Fakri Saarani (Kelantan), Nurridzuan Abu Hassan (Perak) dan Joseph Kalang Tie (Sarawak) hanya diletakkan Kim Swee dalam senarai menunggu kali ini jika mana-mana pemain tersenarai di atas mengalami kecederaan.

 Baki tujuh lagi pemain dalam senarai menunggu kali ini terdiri daripada penjaga gol Farhan Abu Bakar, Syahrul Azwari Ibrahim (Harimau Muda B), Fazly Mazlan, S Chanthuru, Gary Steven Robbat (JDT), Ronny Harun (Sarawak) dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (Selangor).

 Semua pemain yang terpilih diminta melapor diri pada Ahad ini kecuali pemain JDT dan Perak pada Isnin sebelum mereka berlepas ke Bangkok pada Selasa untuk menghadapi Laos pada 8 Oktober.

 Sehari kemudian, skuad Harimau Malaya akan terus terbang ke Dili untuk perlawanan bertemu Timor Leste pada 13 Oktober dan kembali ke tanah air, hari berikutnya.

 

KOMEN JURULATIH SEMENTARA SKUAD KEBANGSAAN, DATUK ONG KIM SWEE MENGENAI PEMILIHAN 23 PEMAIN KALI INI:

"Selepas menilai semua pemain termasuk masalah kecederaan yang menimpa Razman Roslan dan Junior Eldstal, beberapa pertukaran pemain telah saya lakukan termasuk menyenaraikan semula Safee Sali yang mana prestasinya cukup baik kebelakangan ini.

 "Memang agak sukar untuk saya menamakan senarai 23 pemain kali ini tetapi saya percaya pemain-pemain baharu yang dipanggil iaitu terdiri daripada mereka yang sebelum ini pernah bersama skuad kebangsaan dan skuad B-23 negara akan menguatkan lagi pasukan terutama di posisi tertentu. Bagi saya, inilah pemain terbaik untuk kita berdepan Timor Leste.

 "Keputusan perlawanan dengan Laos tetap juga perlu diambil serius kerana ia perlawanan persahabatan A yang melibatkan ranking. Tapi apa yang lebih penting ialah saya mahu melihat keserasian serta kefahaman pemain mengenai taktikal yang akan cuba diterapkan."

J Category: 
uncategorised7