SENARAI 23 PEMAIN SKUAD HARIMAU MALAYSIA KE PIALA SUZUKI AFF 2016

2016-11-15

Berikut senarai akhir 23 pemain yang akan dibawa ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee ke Piala Suzuki AFF 2016 dengan skuad Harimau Malaysia akan bersaing dalam Kumpulan B di Yangon, Myanmar bertemu Kemboja (20 November), Vietnam (23 November) dan Myanmar (26 November).

 

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN

1.

MOHD KHAIRULAZHAN MOHD KHALID

27

PENJAGA GOL

SELANGOR

2.

KHAIRUL FAHMI CHE MAT

27

PENJAGA GOL

KELANTAN

3.

HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY

23

PENJAGA GOL

PERAK

4.

MUHAMMAD SHAHROM ABDUL KALAM

31

PERTAHANAN

SELANGOR

5.

RONNY HARUN

32

PERTAHANAN

SARAWAK

6.

KHAIRUL HELMI JOHARI

28

PERTAHANAN

KEDAH

7.

MOHAMAD FADHLI MOHD SHAS

25

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA'ZIM

8.

MATTHEW THOMAS DAVIES

21

PERTAHANAN

PAHANG

9.

MOHD RIZAL MOHD GHAZALI

24

PERTAHANAN

KEDAH

10.

NAZIRUL NAIM CHE HASHIM

23

PERTAHANAN

PERAK

11.

SHAHRUL MOHD SAAD

23

TENGAH

PERAK

12.

VEENOD A/L SUBRAMANIAM

28

TENGAH

SELANGOR

13.

BADDROL BAKHTIAR

28

TENGAH

KEDAH

14.

AHMAD FAKRI SAARANI

27

TENGAH

FELDA UNITED

15.

MOHD IRFAN FAZAIL

25

TENGAH

JOHOR DARUL TA'ZIM II

16.

MOHD AMRI YAHYAH

35

TENGAH

JOHOR DARUL TA'ZIM

17.

MOHAMAD ZAQUAN ADHA ABD RADZAK

29

TENGAH

JOHOR DARUL TA'ZIM II

18.

MUHAMMAD HADIN AZMAN

22

TENGAH

FELDA UNITED

19.

MOHD SYAZWAN ZAINON

27

TENGAH

KEDAH

20.

AHMAD HAZWAN BAKRI

25

PENYERANG

SELANGOR

21.

NORSHAHRUL IDLAN TALAHA

30

PENYERANG

TERENGGANU

22.

DARREN LOK

26

PENYERANG

JOHOR DARUL TA'ZIM II

23.

MOHD SAFEE MOHD SALI

32

PENYERANG

JOHOR DARUL TA'ZIM

 

Kim Swee pada sidang media pengumuman berkenaan ketika majlis minum petang bersama pasukan di Hotel Hilton Petaling Jaya, petang tadi telah mengumumkan pengguguran tiga pemain - Nasir Basharudin (Perak), Ahmad Khuzaimi Piee (Melaka) dan Safawi Rasid (T-Team) daripada senarai 26 pemain sebelum ini.

 Skuad Harimau Malaysia akan berlepas ke Yangon, Myanmar jam 9.10 pagi Rabu (16 November).

 

KOMEN KETUA JURULATIH KEBANGSAAN, DATUK ONG KIM SWEE

"Selepas berbincang dengan barisan kejurulatihan, saya telah memutuskan untuk menggugurkan tiga pemain ini. Bukan mudah tetapi kerana peraturan kejohanan, saya terpaksa menjalankan tugas ini. Saya harap tiga pemain ini yang bagi saya masih lagi muda mempunyai masa depan cerah untuk mewakili negara selepas ini.

 "Selain Nasir dan Khuzaimi yang digugurkan kerana masalah kecederaan, bagi Safawi saya mempunyai Hadin Azman, Amri Yahyah dan Syazwan Zainon yang boleh beraksi di posisi sayap kiri. Sukar untuk saya buat keputusan ini tetapi atas faktor Safawi masih muda dan boleh beraksi bersama skuad B-22 negara, saya percaya dia mempunyai masa depan cukup cerah.

 "Jadi senarai 23 pemain ini adalah yang terbaik pernah saya kumpulkan. Ini barisan yang saya percaya mampu membawa kita melangkah lebih jauh daripada apa yang kita lalui sebelum ini.

 "Jika dilihat, selepas tewas 3-0 kepada Indonesia, kita berjaya mencatat keputusan seri 0-0 dengan Singapura, seterusnya nampak sedikit peningkatan ketika mengikat Afghanistan 1-1 dan semalam ada lagi peningkatan ketika menewaskan Papua New Guinea 2-1.

 "Saya tak kata kita sudah seratus peratus sempurna tetapi kita perlu berusaha lagi apabila berdepan Kemboja dan seterusnya Vietnam dan Myanmar pada saingan Kumpulan B nanti.

 "Bagi saya, bukan mustahil untuk kami melangkah jauh pada kejohanan kali ini. Tapi biar kami fokus aksi peringkat kumpulan terlebih dahulu. Apabila sudah layak ke separuh akhir, sudah tentu kita mahu ke final. Apabila sudah ke final, sudah tentu kita mahu muncul juara."