SENARAI 23 PEMAIN SKUAD MALAYSIA KE KEJUARAAN AFF B-19 2016 DI HANOI

2016-08-25

Ketua jurulatih skuad Bawah 19 (B-19) negara, Frank Bernhardt mengumumkan senarai akhir 23 pemain yang akan menggalas cabaran Malaysia pada Kejuaraan AFF B-19 2016 yang bakal berlangsung di Hanoi, Vietnam dari 11 hingga 24 September ini.

Pengendali dari Jerman itu mengekalkan kesemua 23 pemain yang telah dipanggil untuk menjalani kem latihan pusat dari 1 hingga 4 Ogos lepas. Skuad 23 pemain ini diminta melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 6 September sebelum berlepas ke Hanoi pada 9 September ini.

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN/KELAB

1.

DINESH A/L RAJASINGAM

18

PAHANG

2.

KOGILESWARAN RAJ A/L MOHANA RAJ

18

PAHANG

3.

MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM

18

PAHANG

4.

MUHAMMAD SHAH AMIRUL MOHD ZAMRI

18

PAHANG

5.

NIK MUHAMMAD SHARIF HASEEFY MOHD LAZIM

19

PAHANG

6.

MUHAMMAD SYAHMI SAFARI

18

SELANGOR

7.

MUHAMAD RIZALUL AZUWAN SUPANDRI

19

SELANGOR

8.

DAMIEN LIM CHIEN KHAI

19

SELANGOR

9.

DOMINIC TAN JUN JIN

19

JDT

10.

MUHAMAD HAFIY HAIKAL ISMAIL

18

JDT II

11.

MOHAMAD HARIZ KAMARUDIN

19

JDT II

12.

MUHAMMAD HAZRUL HAFIZ ZULKIFLY

19

PULAU PINANG

13.

MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA

19

PULAU PINANG

14.

MUHAMMAD JAFRI MUHAMMAD FIRDAUS CHEW

19

PULAU PINANG

15.

MUHAMMAD SAFAWI RASID

19

T-TEAM

16.

MOHD ZARULIZWAN MAZLAN

19

T-TEAM

17.

SUWARNARAJ A/L CHINNIAH

18

PERAK

   18.

MUHAMMAD AMIR SAFUAN MOHAMAD ZUBIR

19

PERAK

19.

MOHAMAD RAMADHAN JALIL

18

KUALA LUMPUR

20.

MUHAMMAD HAZIQ NADZLI

18

PDRM

21.

MUHAMMAD DANIAL ASHRAF ABDULLAH

19

KELANTAN

22.

MUHAMMAD AL MUSTAQIM MOHD RIZUAN

19

MELAKA

23.

MUHAMAD DANISH HAZIQ SAIPUL HISHAM

19

NEGERI SEMBILAN

 

Sementara itu, sembilan pemain – Tan Yung Hong (Kuala Lumpur), S Thipanraj (Kuala Lumpur), Badrul Amin Rusalan (Selangor), Mohammad Fitri Amani Ismail (Terengganu), Nik Mohd Amin Ahmad (T-Team), Mohd Aiman Shakir Mohd Hashim (Kelantan), Muhammad Izzat Mohd Ramlee (Perak), Muhamad Shyamierul Razmee Jasmi (Melaka) dan Al Barilan Shahul Hameed (MISC-MIFA) diletakkan dalam senarai bersedia jika mana-mana dari kalangan 23 pemain di atas mengalami kecederaan.

Skuad negara telah diundi dalam Kumpulan A bersama naib juara Kejuaraan AFF B-19 2015, Vietnam, Timor-Leste, Singapura serta Filipina dan bakal memulakan kempen berdepan Filipina (13 September) diikuti aksi bertemu Singapura (15 September), Timor-Leste (17 September) dan Vietnam (19 September).

Pada edisi Kejuaraan AFF B-19 yang berlangsung di Laos tahun lepas, skuad kebangsaan kendalian Hassan Sazali meraih tempat keempat setelah tewas penentuan penalti 2-3 kepada pasukan tuan rumah selepas kedudukan masa penuh terikat 1-1.

KOMEN KETUA JURULATIH SKUAD MALAYSIA B-19, FRANK BERNHARDT

“Daripada senarai 23 pemain ini, 7 atau 8 pemain juga merupakan pemain-pemain skuad Bawah 22 tahun (B-22) yang akan memainkan peranan penting pada kejuaraan kali ini.

“Jadi, bagi saya walaupun kem latihan pusat hanya selama 3 hari, ia tidak menjadi masalah kerana pasukan turut akan mempunyai masa untuk membuat persiapan di Hanoi memandangkan perlawanan sulung hanya akan berlangsung pada 13 September ini.

“Setelah meneliti pasukan-pasukan yang bakal bertanding, kami meletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya layak ke pusingan separuh akhir.”