2018-07-18
Berikut senarai 24 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk ke kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 30 Julai 2018 sebagai persiapan menghadapi Sukan Asia 2018 di Indonesia dari 14 Ogos hingga 1 September 2018.
BIL |
NAMA |
UMUR |
PASUKAN |
1. |
HAZIQ NADZLI |
20 |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
2. |
DOMINIC TAN |
21 |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
3. |
SYAMER KUTTY ABBA |
21 |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
4. |
SAFAWI RASID |
21 |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
5. |
ADAM NOR AZLIN |
22 |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
6. |
AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK * |
31 |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
7. |
SYAFIQ AHMAD |
23 |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
8. |
HADI FAYYADH ABDUL RAZAK |
18 |
JOHOR DARUL TA’ZIM II |
9. |
BADDROL BAKHTIAR * |
30 |
KEDAH |
10. |
RIZAL GHAZALI * |
26 |
KEDAH |
11. |
IFWAT AKMAL CHEK KASSIM |
22 |
KEDAH |
12. |
MATTHEW DAVIES |
23 |
PAHANG |
13. |
NOR AZAM ABDUL AZIH |
23 |
PAHANG |
14. |
FAISAL ABDUL HALIM |
20 |
PAHANG |
15. |
IRFAN ZAKARIA |
23 |
KUALA LUMPUR |
16. |
SYAZWAN ANDIK ISHAK |
22 |
KUALA LUMPUR |
17. |
KHATUL ANUAR MD JALIL |
21 |
KUALA LUMPUR |
18. |
JAFRI FIRDAUS CHEW |
21 |
PKNS FC |
19. |
RODNEY CELVIN AKWENSIVIE |
22 |
PKNS FC |
20. |
DANIAL AMIER NORHISHAM |
21 |
FELDA UNITED |
21. |
NIK AKIF SYAHIRAN NIK MAT |
19 |
KELANTAN |
22. |
N THANABALAN |
23 |
NEGERI SEMBILAN |
23. |
SYAZWAN ZAIPOL BAHARI |
23 |
PERAK |
24. |
TOMMY MAWAT BADA |
22 |
PJ RANGERS FC |
Daripada senarai di atas, Kim Swee mengekalkan 17 pemain daripada skuad 23 pemain yang membawa Malaysia mencipta sejarah mara ke suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China pada Januari lalu.
Empat pemain baharu yang disenaraikan terdiri daripada Syafiq Ahmad (JDT), Faisal Abdul Halim (Pahang), Rodney Celvin Akwensivie (PKNS FC) dan penjaga gol, Khatul Anuar Md Jalil (Kuala Lumpur) manakala pemain senior untuk mengisi tiga kuota lebih umur 23 tahun terdiri daripada Baddrol Bakhtiar (Kedah), Rizal Ghazali (Kedah) dan Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT).
Bagaimanapun, daripada 24 pemain ini, hanya 20 pemain terbaik akan berada dalam senarai akhir pendaftaran pemain ke Sukan Asia 2018.
Sementara itu, enam pemain diletakkan dalam senarai bersedia jika ada mana-mana di kalangan 24 pemain di atas mengalami kecederaan.
BIL |
NAMA |
UMUR |
PASUKAN |
1. |
ADIB ZAINUDIN |
23 |
JOHOR DARUL TA’ZIM II |
2. |
AKHYAR RASHID |
19 |
KEDAH |
3. |
KOGILESWARAN RAJ |
20 |
PAHANG |
4. |
SHAHRUL SAAD * |
25 |
PERAK |
5. |
EVAN WENSLEY WENCESLAUS |
20 |
SABAH |
6. |
SYAHMI SAFARI |
20 |
SELANGOR |
Adib, Akhyar, Kogileswaran dan Syahmi merupakan baki pemain dari skuad ke Kejuaraan B-23 AFC 2018.
Nama kesemua 30 pemain di atas (24 pemain & 6 pemain senarai menunggu) sudah dihantar untuk pendaftaran awal ke Sukan Asia 2018 dan tiada sebarang pemain lain (di luar dari senarai 30 pemain ini) boleh diganti masuk ke dalam senarai 20 pemain terakhir nanti.
KOMEN KETUA JURULATIH B-23 KEBANGSAAN, DATUK ONG KIM SWEE:
“Selepas melapor diri di Wisma FAM pada 30 Julai, kita akan terbang ke Changzhou, China pada 2 Ogos bagi menghadapi perlawanan persahabatan bertemu China B-23 pada 5 Ogos dan kembali ke tanah air pada 6 Ogos.
“Kemudian kita akan meneruskan kem latihan di Wisma FAM dan mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi B-23 di Kuala Lumpur pada 9 Ogos. Jika mengikut jadual asal Sukan Asia 2018, kita akan terbang ke Indonesia pada 12 Ogos sebelum perlawanan pertama yang dijadual pada 14 Ogos.
“Senarai 24 pemain yang saya pilih ini adalah berdasarkan prestasi semasa mereka dalam saingan Liga Super dan Liga Premier, serta penilaian ketika kem latihan skuad B-23 kebangsaan sebelum ini serta prestasi pemain yang dipanggil ke skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe.
“Bagi kuota pemain lebih umur pula, saya melihat Baddrol sebagai seorang pemain yang serba boleh dan mampu beraksi di banyak posisi, Aidil pula kepimpinan dan pengalamannya diperlukan bagi mengemudi barisan pertahanan manakala Rizal boleh beraksi di pertahanan kanan dan sayap kanan serta juga merupakan pemain yang berpengalaman. Begitu juga Shahrul yang berada dalam senarai menunggu.”
KEMAS KINI 26 JULAI 2018: Empat pemain dari senarai menunggu - Adib Zainudin, Akhyar Rashid, Kogileswaran Raj dan Syahmi Safari diminta hadir ke kem latihan pusat bermula 30 Julai menjadikan jumlah 28 pemain yang dipanggil.
KEMAS KINI 30 JULAI 2018: Hanya 26 pemain melapor diri apabila dua pemain Pahang, Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih tidak hadir.
KEMAS KINI 31 JULAI 2018: Dua pemain JDT, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Syamer Kutty Abba terpaksa digugurkan kerana disahkan mengalami kecederaan menjadikan jumlah 24 pemain.
KEMAS KINI 1 OGOS 2018: Pemain PKNS FC, Jafri Firdaus Chew terpaksa digugurkan kerana kecederaan hamstring ketika sesi latihan dan Hadi Fayyadh Abdul Razak dilepaskan kerana perlu ke Jepun untuk sesi trial dengan kelab di sana menjadikan jumlah 22 pemain terbang ke China pada 2 Ogos.