2017-09-25
Berikut senarai 24 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada ke kem latihan pusat skuad kebangsaan, Harimau Malaya di Johor Bahru, Johor bermula Sabtu ini, 30 September 2017 sebagai persediaan menghadapi dua perlawanan Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara di Stadium Kim Il-Sung, Pyongyang pada 5 Oktober dan Hong Kong di Stadium Hong Kong pada 10 Oktober 2017.
BIL |
NAMA |
UMUR |
POSISI |
PASUKAN |
1. |
BADDROL BAKHTIAR |
29 |
TENGAH |
KEDAH |
2. |
SYAZWAN ZAINON |
28 |
TENGAH |
KEDAH |
3. |
KHAIRUL HELMI JOHARI |
29 |
PERTAHANAN |
KEDAH |
4. |
AKRAM MAHINAN |
24 |
TENGAH |
KEDAH |
5. |
IFWAT AKMAL CHEK KASSIM |
21 |
PENJAGA GOL |
KEDAH |
6. |
FITRI OMAR |
32 |
PERTAHANAN |
KEDAH |
7. |
AHMAD HAZWAN BAKRI |
26 |
PENYERANG |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
8. |
SAFIQ RAHIM |
30 |
TENGAH |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
9. |
AMIRULHADI ZAINAL |
31 |
TENGAH |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
10. |
DARREN LOK |
26 |
PENYERANG |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
11. |
NAZMI FAIZ MANSOR |
23 |
TENGAH |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
12. |
SAFAWI RASID |
20 |
PENYERANG |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
13. |
HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY |
24 |
PENJAGA GOL |
PERAK |
14. |
SHAHROM ABDUL KALAM |
32 |
PERTAHANAN |
PERAK |
15. |
NAZIRUL NAIM CHE HASHIM |
24 |
PERTAHANAN |
PERAK |
16. |
AMIRUL AZHAN AZNAN |
24 |
PERTAHANAN |
PERAK |
17. |
KIKO INSA |
29 |
TENGAH |
PAHANG |
18. |
MATTHEW DAVIES |
22 |
PERTAHANAN |
PAHANG |
19. |
NOR AZAM ABDUL AZIH |
22 |
TENGAH |
PAHANG |
20. |
KHAIRULAZHAN KHALID |
28 |
PENJAGA GOL |
SELANGOR |
21. |
ADAM NOR AZLIN |
21 |
PERTAHANAN |
SELANGOR |
22. |
WAN ZACK HAIKAL WAN NOR |
26 |
TENGAH |
FELDA UNITED |
23. |
SHAHREL FIKRI MD FAUZI |
23 |
PENYERANG |
PKNP FC |
24. |
SYAMER KUTTY ABBA |
20 |
TENGAH |
PULAU PINANG |
Hanya 17 pemain daripada senarai 23 pemain dipanggil Vingada pada panggilan sebelum ini ketika skuad kebangsaan seri 1-1 dengan Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 September lalu dikekalkan untuk kem latihan pusat kali ini.
Enam pemain yang digugurkan terdiri daripada Rizal Ghazali (Kedah) dan Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT) yang digantung perlawanan serta penjaga gol Farhan Abu Bakar (Kedah), Ahmad Syamim Yahya (Pahang), Nasir Basharudin (Perak) dan Nazrin Nawi (Perak).
Sebagai ganti, Vingada telah menyenaraikan seramai tujuh pemain baharu termasuk enam pemain dari skuad B-22 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee yang meraih pingat perak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, bulan lalu iaitu penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah), Safawi Rasid (JDT), Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Adam Nor Azlin (Selangor) dan Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang) serta seorang lagi muka baharu iaitu Nazmi Faiz Mansor, 23, dari JDT.
Selepas menjalani latihan pusat selama tiga hari di Johor Bahru bermula Sabtu ini, skuad kebangsaan akan berlepas ke Pyongyang melalui Singapura dan Beijing pada Selasa depan, 3 Oktober.
* KEMAS KINI 28 SEPTEMBER 2017
1- Perlawanan Korea Utara lwn Malaysia di Pyongyang pada 5 Oktober 2017 telah ditangguhkan selepas Kerajaan Malaysia mengumumkan larangan perjalanan ke Korea Utara
2- Kem latihan pusat hanya akan bermula pada Rabu, 4 Oktober 2017 dan lokasinya ditukar dari Johor Bahru ke Wisma FAM, Kelana Jaya
3- Skuad kebangsaan akan berlepas ke Hong Kong pada 6 Oktober untuk menghadapi perlawanan Hong Kong lwn Malaysia pada 10 Oktober 2017
* KEMAS KINI 5 OKTOBER 2017