SENARAI 24 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD HARIMAU MALAYA BERMULA 8 OKTOBER 2018

2018-10-02

Berikut senarai 24 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe ke kem latihan pusat skuad kebangsaan, Harimau Malaya bermula Isnin (8 Oktober 2018) bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Sri Lanka di Colombo pada 12 Oktober dan bertemu Republik Kyrgyz di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 16 Oktober 2018.

 

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN

1.

HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY

25

PENJAGA GOL

PERAK

2.

SHAHRUL SAAD

25

PERTAHANAN

PERAK

3.

AMIRUL AZHAN AZNAN

25

PERTAHANAN

PERAK

4.

KENNY PALLRAJ

25

TENGAH

PERAK

5.

NOR HAKIM HASSAN

27

SAYAP

PERAK

6.

HAZIQ NADZLI

20

PENJAGA GOL

JOHOR DARUL TA’ZIM

7.

ADAM NOR AZLIN

22

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

8.

SYAMER KUTTY ABBA

21

TENGAH

JOHOR DARUL TA’ZIM

9.

FAZLY MAZLAN

25

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM II

10.

AKRAM MAHINAN

25

TENGAH

KEDAH

11.

SYAZWAN ZAINON

29

SAYAP

KEDAH

12.

AKHYAR RASHID

19

SAYAP

KEDAH

13.

ZAQUAN ADHA ABD RADZAK

31

PENYERANG

KUALA LUMPUR

14.

SYAZWAN ANDIK ISHAK

22

PERTAHANAN

KUALA LUMPUR

15.

IRFAN ZAKARIA

23

PERTAHANAN

KUALA LUMPUR

16.

NORSHAHRUL IDLAN TALAHA

32

PENYERANG

PAHANG

17.

MOHAMADOU SUMAREH

24

SAYAP

PAHANG

18.

MATTHEW DAVIES

23

PERTAHANAN

PAHANG

19.

RAWILSON BATUIL

24

PERTAHANAN

SABAH

20.

AZZIZAN NORDIN

24

TENGAH

SABAH

21.

SHAHREL FIKRI MD FAUZI

24

PENYERANG

NAKHON RATCHASIMA

22.

KHAIRUL FAHMI CHE MAT

29

PENJAGA GOL

MELAKA UNITED

23.

MAHALLI JASULI

29

TENGAH

PKNS FC

24.

SYAHMI SAFARI

20

SAYAP

SELANGOR

 

Daripada senarai di atas, seramai 16 pemain dari skuad 22 pemain yang dibawa ke Taipei City dan Phnom Penh bagi dua aksi persahabatan bertemu Chinese Taipei pada 7 September 2018 (kalah 2-0) dan Kemboja pada 10 September 2018 (menang 3-1) telah dikekalkan Cheng Hoe bagi panggilan kali ini.

Enam pemain tidak tersenarai kali ini iaitu penjaga gol Farizal Marlias (JDT), Nazmi Faiz Mansor (JDT), Nasir Basharudin (Perak), Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan), Syawal Nordin (Kedah) dan R Kogileswaran (Pahang).

Sebagai ganti, Cheng Hoe telah memanggil enam pemain baharu terdiri daripada Mohamadou Sumareh dan Matthew Davies (Pahang), penjaga gol Haziq Nadzli dan Syamer Kutty Abba (JDT) serta Kenny Pallraj dan Nor Hakim Hassan (Perak).

Bagi melengkapkan senarai 24 pemain, dua pemain yang tersenarai pada panggilan September lalu tetapi tidak menyertai pasukan ke Taipei City dan Phnom Penh – Adam Nor Azlin (JDT) dan Norshahrul Idlan Talaha (Pahang) sekali lagi disenaraikan Cheng Hoe bagi panggilan kali ini.

Skuad Harimau Malaya akan menjalani dua hari latihan tempatan di Melaka pada 8 dan 9 Oktober sebelum berlepas ke Colombo pada 10 Oktober 2018.

Dua perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Sri Lanka dan Republik Kyrgyz ini merupakan antara persiapan skuad Harimau Malaya bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2018 yang bakal berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember 2018 yang mana Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar.

Seterusnya satu lagi aksi persahabatan bakal menyusul menjelang sepak mula pada 8 November iaitu bertemu Maldives di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 November 2018.

 

KEMAS KINI 8 OKTOBER 2018:

Tan Cheng Hoe telah memanggil pemain Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat menjadikan jumlah 25 pemain bagi kem latihan pusat kali ini. Bagaimanapun hanya 24 pemain hadir melapor diri di Melaka selepas pemain naturalisasi baharu, Mohamadou Sumareh tidak mendapat pelepasan majikannya, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

 

KEMAS KINI 10 OKTOBER 2018:

Sumareh telah mendapat pelepasan PBNP dan menyertai sesi latihan tetapi hanya 22 pemain dibawa ke Colombo, Sri Lanka termasuk Sumareh selepas Cheng Hoe melepaskan tiga pemain - Rawilson Batuil (Sabah), Nor Hakim Hassan (Perak) dan Akram Mahinan (Kedah) kerana kecederaan.

 

KEMAS KINI 13 OKTOBER 2018:

Akram telah dipanggil semula setibanya pasukan di tanah air selepas pulang dari Colombo untuk menjadikan jumlah 23 pemain.