SENARAI 24 PEMAIN KE LATIHAN PUSAT & PEMILIHAN FASA 1 SKUAD B-19 KEBANGSAAN BERMULA 5 OKTOBER 2017

2017-10-03

Berikut senarai 24 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-19 kebangsaan, Bojan Hodak ke kem latihan pusat dan pemilihan Fasa 1 di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Khamis ini (5 Oktober 2017) sebagai persediaan menghadapi Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2018 di Paju, Korea Selatan dari 31 Oktober hingga 8 November 2017.

 

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

AZHAR APANDI

18

PIALA PRESIDEN KUALA LUMPUR

2.

NABIL HAKIM BOKHARI

18

PIALA PRESIDEN KUALA LUMPUR

3.

LUQMAN ABDULLAH

18

PIALA BELIA KUALA LUMPUR

4.

IZZUDDIN ROSLAN

18

PIALA BELIA KUALA LUMPUR

5.

ANWAR IBRAHIM

18

PIALA PRESIDEN FELDA UNITED

6.

AHMAD TASNIM FITRI NASIR

18

PIALA BELIA FELDA UNITED

7.

AZRI ABDUL GHANI

18

PIALA BELIA FELDA UNITED

8.

ZAHRIL AZRI ZABRI

18

PIALA BELIA FELDA UNITED

9.

SAIFUL ISKANDAR ADHA SAIFUL AZLAN

18

PIALA BELIA SELANGOR

10.

AIMAN ARIP ZULKARNAIN

18

PIALA BELIA SELANGOR

11.

SHAFIZI IQMAL MD KHIRUDIN

18

PIALA BELIA PKNS FC

12.

SHIVAN PILLAY ASOKAN

17

PIALA BELIA PKNS FC

13.

HADI FAYYADH ABDUL RAZAK

17

LIGA PREMIER JDT II

14.

T SHAHEESWARAN

18

PIALA BELIA JDT IV

15.

ADAM ADDRUSE AZMI

18

PIALA BELIA JDT IV

16.

RIDHWAN NAZRI

17

PIALA BELIA SSTMI B-17

17.

SYAHMI ZAMRI

17

PIALA BELIA SSTMI B-17

18.

NURFAIS JOHARI

18

PIALA PRESIDEN PULAU PINANG

19.

K THIVANDARAN

18

PIALA PRESIDEN PULAU PINANG

20.

ADIB ABDUL RA'OP

18

PIALA BELIA PERAK

21.

AZARULHISHAM ANUAR

18

PIALA BELIA PERAK

22.

AL IMRAN ABDUL HALIM

18

LIGA IPT – UITM

23.

ZAFUAN AZEMAN

18

LIGA PREMIER PERLIS

24.

HAZIQ RAHIMI ISKANDAR

18

PIALA BELIA SARAWAK

 

Daripada senarai di atas, hanya 14 pemain daripada skuad 23 pemain yang muncul naib juara Kejuaraan B-18 AFF 2017 di Yangon, Myanmar, bulan lalu dipanggil Hodak untuk latihan pemilihan Fasa 1 ini manakala selebihnya merupakan 10 pemain baharu.

 Mereka terdiri daripada Luqman Abdullah dari Kuala Lumpur yang pernah dipanggil pada kem latihan pada Ogos lalu, T Shaheeswaran dan Adam Addruse Azmi (JDT IV), Ridhwan Nazri dan Syahmi Zamri (SSTMI), K Thivandaran (Pulau Pinang), Adib Abdul Ra’op dan Azarulhisham Anuar (Perak), Al Imran Abdul Halim (UiTM) dan Haziq Rahimi Iskandar (Sarawak).

 Sementara beberapa pemain dari skuad naib juara Kejuaraan B-18 AFF 2017 itu tidak dipanggil untuk latihan pemilihan Fasa 1 ini kerana masih terlibat dalam saingan separuh akhir Piala FAM, Piala Presiden dan Piala Belia 2017, antaranya Ammar Akhmall Alias (Felcra FC), Akhyar Rashid (Kedah), Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Syaiful Alias (Kelantan) serta Syafiq Danial Romzi (Terengganu).

 Skuad B-19 kebangsaan dijadual berlepas ke Korea Selatan pada 28 Oktober ini bagi menghadapi empat perlawanan kelayakan bagi Kumpulan F itu berdepan Timor-Leste pada 31 Oktober, Brunei pada 4 November, Indonesia pada 6 November dan tuan rumah, Korea Selatan pada 8 November.

 Mengikut format kelayakan, kesemua 10 pasukan juara kumpulan (A-J) layak automatik ke pusingan akhir yang akan berlangsung di Indonesia pada Oktober 2018 bersama-sama lima pasukan terbaik dari kalangan 10 pasukan naib juara kumpulan (6 pasukan terbaik jika Indonesia muncul juara atau di kalangan lima pasukan terbaik naib juara kumpulan).

 

KEMAS KINI 6 OKTOBER 2017

Bojan Hodak telah memanggil dua lagi pemain iaitu Syafiq Danial Romzi dan Syaiful Haqim Shahrul dari Terengganu untuk melapor diri pada Sabtu, 7 Oktober 2017 selepas pasukan diwakili mereka itu gagal meneruskan langkah ke final Piala Belia 2017 pada 11 dan 16 Oktober ini.

 

KEMAS KINI 10 OKTOBER 2017

Bojan Hodak telah memanggil enam lagi pemain iaitu Akhyar Rashid, Zhafir Yusoff (Piala Presiden Kedah), Nik Akif Syahiran Nik Mat, Syaiful Alias (Piala Presiden Kelantan) dan Ammar Akhmall Alias (Piala FAM Felcra FC) untuk melapor diri pada Rabu, 11 Oktober 2017 serta Shafiq Afifi Suhaimi (PKNP FC) untuk melapor diri pada Ahad, 15 Oktober 2017.