SENARAI 24 PEMAIN KE LATIHAN PUSAT SKUAD KEBANGSAAN BERTEMU INDONESIA DI SOLO

2016-08-25

Berikut senarai 24 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk menghadiri kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula 29 Ogos ini (Isnin).

 Ia sebagai persiapan skuad Harimau Malaysia menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Indonesia di Stadium Manahan, Solo, Indonesia pada 6 September 2016.

 

 

UMUR

POSISI

PASUKAN

1.

MOHAMAD FADHLI MOHD SHAS

25

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA'ZIM

2.

MOHD AMRI YAHYAH

35

PENYERANG

JOHOR DARUL TA'ZIM

3.

MOHD AZRIF NASRULHAQ BADRUL HISHAM

25

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA'ZIM

4.

MOHD KHAIRULAZHAN MOHD KHALID

27

PENJAGA GOL

SELANGOR

5.

AHMAD HAZWAN BAKRI

25

PENYERANG

SELANGOR

6.

VEENOD A/L SUBRAMANIAM

28

TENGAH

SELANGOR

7.

ADAM NOR AZLIN

20

TENGAH

SELANGOR

8.

KHAIRUL FAHMI CHE MAT

27

PENJAGA GOL

KELANTAN

9.

BRENDAN GAN SENG LING

28

TENGAH

KELANTAN

10.

WAN ZACK HAIKAL WAN NOR

25

TENGAH

KELANTAN

11.

MOHAMMAD AMER SAIDIN

24

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA'ZIM II

12.

MOHD IRFAN FAZAIL

25

TENGAH

JOHOR DARUL TA'ZIM II

13.

MOHAMAD ZAQUAN ADHA ABD RADZAK

29

PENYERANG

JOHOR DARUL TA'ZIM II

14.

SHAHRUL MOHD SAAD

23

PERTAHANAN

PERAK

15.

NAZIRUL NAIM CHE HASHIM

23

PERTAHANAN

PERAK

16.

MUHAMMAD HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY

23

PENJAGA GOL

PERAK

17.

ABDUL LATIFF SUHAIMI

27

TENGAH

PDRM

18.

MUHAMMAD FAKRUL AIMAN SIDID

27

TENGAH

PDRM

19.

BADDROL BAKHTIAR

28

TENGAH

KEDAH

20.

AHMAD FAKRI SAARANI

27

TENGAH

FELDA UNITED

21.

RONNY HARUN

32

PERTAHANAN

SARAWAK

22.

KHAIR MUHAMMAD JEFRI JONES

27

PERTAHANAN

MELAKA

23.

MATTHEW THOMAS DAVIES

21

PERTAHANAN

PAHANG

24.

MUHAMMAD SAFAWI RASID

19

TENGAH

T-TEAM

 

Daripada senarai 24 pemain kali ini, hanya 11 pemain dikekalkan daripada skuad ke siri Jelajah Oceania 2016 pada Jun lalu iaitu penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat, Fadhli Shas, Khair Jefri Jones, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani, Abdul Latiff Suhaimi, Brendan Gan, Amri Yahyah, Zaquan Adha Abd Radzak dan Ahmad Hazwan Bakri.

 Sementara 13 pemain lain tidak tersenarai kali ini termasuk enam pemain yang mengalami kecederaan/dalam pemulihan iaitu penjaga gol Izham Tarmizi Roslan, Junior Eldstal, Fazly Mazlan, Mahalli Jasuli, Shahrom Kalam dan Christie Jayaseelan, empat pemain yang digugurkan iaitu penjaga gol Farhan Abu Bakar, S Chanthuru, Amirulhisyam Awang Kechik dan S Kumaahran serta tiga pemain yang bersara dari pentas antarabangsa iaitu Aidil Zafuan Abd Radzak, S Kunanlan dan Amirulhadi Zainal. Safiq Rahim turut tidak disenaraikan.

 Sebagai ganti, Kim Swee telah memanggil seramai 13 muka baharu terdiri daripada penjaga gol Khairulazhan Khalid, S Veenod dan Adam Nor Azlin (Selangor), penjaga gol Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Nazirul Naim Che Hashim dan Shahrul Saad (Perak), Wan Zack Haikal Wan Nor (Kelantan), Amer Saidin dan Irfan Fazail (JDT II), Fakrul Aiman Sidid (PDRM), Ronny Harun (Sarawak), Matthew Davies (Pahang) dan Safawi Rasid (T-Team).

 Kesemua 24 pemain yang disenaraikan itu perlu melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Isnin ini, 29 Ogos kecuali tiga pemain – Adam Nor, Davies dan Safawi yang hanya akan melapor diri pada Rabu, 31 Ogos selepas mereka selesai beraksi bersama skuad B-22 negara untuk perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Bahrain B-22 di Stadium Shah Alam, Selasa ini.

 

KOMEN KETUA JURULATIH KEBANGSAAN, DATUK ONG KIM SWEE

“"Banyak perubahan terpaksa dilakukan kerana masalah kecederaan dan pemain-pemain yang bersara.

 "Jadi rata-rata pemain dipanggil kali ini terdiri daripada pemain muda yang mempunyai pengalaman antarabangsa di peringkat remaja sebelum ini dan dipanggil semula untuk skuad senior bagi memberi peluang kepada mereka membuktikan sesuatu.

 "Sebagai contoh, Irfan Fazail sebelum ini mempunyai pengalaman luas beraksi bersama Harimau Muda di Sukan SEA dan Kelayakan Olimpik. Jadi pasti ini satu cabaran buat dirinya termasuk juga Amer Saidin dan Wan Zack Haikal yang dipanggil semula untuk mereka buktikan yang mereka mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.

 "Pemain yang digugurkan pula, salah seorangnya iaitu penjaga gol, Farhan Abu Bakar yang mana saya terpaksa ketepikannya kerana dia tidak diturunkan oleh pasukan Kedah dan saya memanggil Hafizul Hakim yang menunjukkan prestasi baik bersama pasukan Perak.

 "Hafizul yang baru berusia 23 tahun antara pelapis penjaga gol negara dan saya akan beri ruang untuk mencubanya, mungkin bukan ketika bertemu Indonesia ini kerana saya mahu menilainya dalam latihan terlebih dahulu sebelum memutuskannya untuk pemilihan akan datang.

 "Sudah tentu tempoh masa singkat untuk kem latihan pusat kali ini dengan jadual yang padat dan tidak banyak perkara yang boleh saya lakukan. Jadi apa yang perlu saya fikir sekarang ialah membentuk kombinasi tertentu selepas kesebelasan ketika bertemu Timor-Leste dan siri Jelajah Oceania tidak dapat bersama kali ini.

 "Harap 24 pemain yang dipanggil ini dapat bermain secara berpasukan dengan lebih baik biarpun dalam tempoh yang singkat.

 "Ini pemain terbaik yang saya lihat ketika ini dan mereka harus membuktikan yang mereka mampu bersaing di peringkat antarabangsa sebelum saya memutuskan untuk persiapan yang akan datang."