SENARAI 24 PEMAIN SKUAD HARIMAU MALAYA BERTEMU FIJI, 5 JULAI 2018

2018-06-22

Berikut senarai 24 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe ke kem latihan pusat skuad kebangsaan, Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Ahad, 1 Julai 2018 bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Fiji di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Khamis, 5 Julai 2018, jam 8.45 malam.

 

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN

1.

NAZMI FAIZ MANSOR

24

TENGAH

JOHOR DARUL TA’ZIM

2.

SYAFIQ AHMAD

23

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

3.

SAFAWI RASID

21

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

4.

AHMAD HAZWAN BAKRI

27

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

5.

LA’VERE CORBIN-ONG

27

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

6.

ADAM NOR AZLIN

22

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

7.

AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK

31

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

8.

HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY

25

PENJAGA GOL

PERAK

9.

SHAHRUL SAAD

25

PERTAHANAN

PERAK

10.

NAZIRUL NAIM CHE HASHIM

25

PERTAHANAN

PERAK

11.

AMIRUL AZHAN AZNAN

25

PERTAHANAN

PERAK

12.

NASIR BASHARUDIN

28

TENGAH

PERAK

13.

IFWAT AKMAL CHEK KASSIM

22

PENJAGA GOL

KEDAH

14.

AKRAM MAHINAN

25

TENGAH

KEDAH

15.

SYAZWAN ZAINON

29

TENGAH

KEDAH

16.

RIZAL GHAZALI

26

PERTAHANAN

KEDAH

17.

ZAQUAN ADHA ABD RADZAK

31

PENYERANG

KUALA LUMPUR

18.

SYAZWAN ANDIK ISHAK

22

TENGAH

KUALA LUMPUR

19.

IRFAN ZAKARIA

23

TENGAH

KUALA LUMPUR

20.

WAN ZACK HAIKAL WAN NOR

27

TENGAH

FELDA UNITED

21.

KHAIRUL FAHMI CHE MAT

29

PENJAGA GOL

MELAKA

22.

N THANABALAN

23

PENYERANG

NEGERI SEMBILAN

23.

RAWILSON BATUIL

24

PERTAHANAN

SABAH

24.

DANIAL ASHRAF ABDULLAH

21

TENGAH

KELANTAN

 

Daripada senarai di atas, hanya 11 pemain daripada skuad 23 pemain ketika perlawanan terakhir Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lebanon di Beirut pada 27 Mac 2018 dan perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Bhutan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 1 April 2018 telah dikekalkan Cheng Hoe termasuk ketua pasukan, Zaquan Adha Abd Radzak, 31, dari pasukan Kuala Lumpur.

Tujuh lagi pemain bagaimanapun tidak dipanggil untuk aksi bertemu Fiji ini kerana terlibat dengan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2018 pada 30 Jun (PKNS FC lwn Selangor) dan 1 Julai (PKNP FC lwn Pahang) serta kemungkinan mara ke final Piala FA 2018 pada 7 Julai iaitu tiga pemain PKNS FC - penjaga gol Shahril Sa’ari, Mahalli Jasuli dan Jafri Firdaus Chew; dua pemain Pahang - Matthew Davies dan R Kogileswaran serta pemain PKNP FC, Shahrel Fikri Md Fauzi dan pemain Selangor, Syahmi Safari.

Pemain muda, Akhyar Rashid, 19, dari Kedah pula tidak dipanggil kerana bersama skuad B-19 kebangsaan kendalian Bojan Hodak ke Kejuaraan B-19 AFF 2018 di Surabaya, Indonesia bermula 3 Julai ini.

Sementara empat lagi pemain telah digugurkan daripada panggilan kali ini iaitu dua pemain Kedah - Ariff Farhan Md Isa dan Syawal Nordin serta dua pemain Perak - Nor Hakim Hassan dan Syazwan Zaipol Bahari.

Sebagai ganti bagi melengkapkan senarai 24 pemain, Cheng Hoe telah memanggil lapan pemain baharu yang tidak disenaraikan pada panggilan Mac lalu iaitu tiga pemain Kedah - penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim, Syazwan Zainon dan Rizal Ghazali, dua pemain Perak - Nasir Basharudin dan Amirul Azhan Aznan serta Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT), N Thanabalan (Negeri Sembilan) dan Danial Ashraf Abdullah (Kelantan).

Baki lima lagi pemain yang dipanggil terdiri daripada mereka yang sebelum ini disenaraikan bagi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Mongolia pada 22 Mac 2018 iaitu empat pemain JDT - Ahmad Hazwan Bakri, Safawi Rasid, Adam Nor Azlin dan La’vere Corbin-Ong serta pemain Sabah, Rawilson Batuil.

Selepas aksi bertemu Fiji ini, skuad Harimau Malaya bakal menghadapi lima lagi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” iaitu bertemu Chinese Taipei di Taipei pada 7 September 2018, bertemu Kemboja di Phnom Penh pada 10 September 2018, bertemu Sri Lanka di Colombo pada 12 Oktober serta bertemu Republik Kyrgyz dan Maldives di Stadium Nasional, Bukit Jalil, masing-masing pada 16 Oktober 2018 dan 3 November 2018.

Kesemua perlawanan ini merupakan persiapan skuad Harimau Malaya bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2018 yang bakal berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember 2018 yang mana Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar.

 

KEMAS KINI 29 JUN 2018:

Empat pemain baharu iaitu Syahrul Azwari Ibrahim (Melaka), Shafiq Shaharudin (Kelantan), Kenny Pallraj (Perak) dan Syawal Nordin (Kedah) dipanggil menggantikan N Thanabalan (Negeri Sembilan), Ahmad Hazwan Bakri, Aidil Zafuan Abd Radzak dan La'Vere Corbin-Ong (Johor Darul Ta'zim) yang tidak dapat menyertai kem latihan pusat kali ini selepas disahkan mengalami kecederaan oleh doktor pasukan masing-masing.