SENARAI 24 PEMAIN SKUAD HARIMAU MALAYA KE JAKARTA UNTUK AKSI BERTEMU INDONESIA PADA 5 SEPTEMBER 2019

2019-08-31

Berikut senarai nama 24 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk ke Jakarta, Indonesia bagi menghadapi perlawanan sulung Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 September 2019.

 

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN

1.

MOHD FARIZAL MARLIAS

33

PENJAGA GOL

JOHOR DARUL TA’ZIM

2.

ADAM NOR AZLIN

23

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

3.

LA’VERE CORBIN-ONG

28

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

4.

MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA

22

TENGAH

JOHOR DARUL TA’ZIM

5.

MUHAMMAD SAFAWI RASID

22

SAYAP

JOHOR DARUL TA’ZIM

6.

MUHAMMAD AKHYAR ABDUL RASHID

20

SAYAP

JOHOR DARUL TA’ZIM

7.

MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD

24

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

8.

SHAHRUL MOHD SAAD

26

PERTAHANAN

PERAK

9.

MUHAMMAD SHAHREL FIKRI MD FAUZI

25

PENYERANG

PERAK

10.

MUHAMMAD HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY

26

PENJAGA GOL

PERAK

11.

NAZIRUL NAIM CHE HASHIM

26

PERTAHANAN

PERAK

12.

BRENDAN GAN

31

TENGAH

PERAK

13.

J. PARTIBAN

27

SAYAP

PERAK

14.

MATTHEW DAVIES

24

PERTAHANAN

PAHANG

15.

MOHAMADOU SUMAREH

25

SAYAP

PAHANG

16.

MUHAMAD NOR AZAM ABDUL AZIH

24

TENGAH

PAHANG

17.

NORSHAHRUL IDLAN TALAHA

33

PENYERANG

PAHANG

18.

MUHAMMAD HADIN AZMAN

25

SAYAP

FELDA UNITED

19.

MUHAMMAD DANIAL AMIER NORHISHAM

22

TENGAH

FELDA UNITED

20.

MUHAMMAD SYAHMI SAFARI

21

PERTAHANAN

SELANGOR

21.

MUHAMMAD AKRAM MAHINAN

26

TENGAH

PKNS FC

22.

MOHD IFWAT AKMAL CHEK KASSIM

23

PENJAGA GOL

KEDAH

23.

MUHAMMAD IRFAN ZAKARIA

24

PERTAHANAN

KUALA LUMPUR

24.

DOMINIC TAN JUN JIN

22

PERTAHANAN

POLICE TERO FC

 

Tiga pemain dari senarai awal 27 pemain menyertai latihan pusat bermula 25 Ogos lalu yang telah digugurkan adalah Ahmad Hazwan Bakri (JDT), Mohd Faiz Mohd Nasir (Selangor) dan Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew (PKNS FC).

Ahmad Hazwan dimasukkan pada minit ke-61 pada Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Jordan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi manakala Mohd Faiz dan Muhammad Jafri tidak diturunkan. Malaysia tewas tipis 1-0.

 

KOMEN KETUA JURULATIH KEBANGSAAN, TAN CHENG HOE:

"Hazwan kita tahu dia seorang penyerang yang berkaliber tetapi kurang beraksi dan sebab itulah dia tidak dapat mengekalkan prestasi dan tempo perlawanan antarabangsa. Kita akan beri dia peluang pada masa akan datang dan memantau prestasinya dalam saingan Piala Malaysia nanti.

"Faiz pula disebabkan dia mengalami demam dan badannya agak lemah sedikit. Jadi kita terpaksa tinggalkan dia untuk ke Jakarta nanti.

"Sementara Jafri, kita panggil dia untuk memberi peluang kepadanya bersaing di bahagian serangan. Tapi saya rasa dia perlu bekerja lebih keras lagi bagi mendapatkan tempat dalam pasukan kebangsaan.

"Ketiga-tiga pemain ini akan terus dipantau kerana kemungkinan besar selepas pulang dari Jakarta nanti, mereka akan dipanggil semula untuk menggantikan mana-mana pemain, jika terdapat kecederaan bagi menghadapi perlawanan kedua bertemu UAE di Bukit Jalil pada 10 September nanti.

"Saya membuat keputusan untuk membawa 24 pemain ke Jakarta kerana kita tahu Mohamadou Sumareh masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan. Sebab itulah kita bawa lebih seorang pemain sebagai langkah persedian jika Sumareh tidak seratus peratus bersedia untuk bertemu Indonesia.

"Cuma pada hari perlawanan nanti, hanya 23 pemain akan disenaraikan dan seorang pemain terpaksa diketepikan."