SENARAI 25 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD WANITA KEBANGSAAN

2016-11-09

Berikut senarai 25 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad wanita negara, Mohd Asyraaf Abdullah untuk menghadiri kem latihan pusat bermula 15 November ini (Selasa) di Kompleks Sukan Universiti Malaysia, Kota Kinabalu, Sabah. Ia sebagai persiapan awal menghadapi temasya Sukan SEA 2017 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada Ogos tahun depan.

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1

YASRIKALAURA TUMAS

20

SABAH

2

FEDALLIAH CLARITTA JAIMIN

20

SABAH

3

USLIZA USMAN

21

SABAH

4

SANIZAH DUALIN

22

SABAH

5

HAINDEE MOSROH

23

SABAH

6

ASMA JUNAIDI

24

SABAH

7

SHEREILYNN ELLY PIUS

25

SABAH

8

JACIAH JUMILIS

25

SABAH

9

DADREE ROFINUS

26

SABAH

10

MASTURAH MAJID

26

SABAH

11

ESLISAH ESAR

27

SABAH

12

SITI ROHANI SAPTHU

17

SARAWAK

13

MALINI NORDIN

31

NEGERI SEMBILAN

14

PUTERI NOR ALISA WILKINSON

21

PAHANG

15

ANGELA KAIS

36

PDRM

16

NUR HANIZA SAARANI

20

PERAK

17

DHIYA FATIHAH AHMAD RAZALI

23

KEDAH

18

NOR ATIKAH ABDUL WAHAB

28

 

ATM

19

ROSZAINI BAKAR

26

ATM

20

ANIS AISYAH ASIATI

15

SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SABAH

21

NOR ATHIRAH MAMAT

15

SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SABAH

22

ROSDIANAH ADELINE JERUS

15

SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SABAH

23

NURUL AZURIN MAZLAN

16

SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SABAH

24

NUR ATHIRAH FARHANAH ZAIRI

17

SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SABAH

25

MARCELLA ANGELA PARAIS

17

SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SABAH

 

Senarai pemain kali ini menyaksikan seramai 16 pemain dikekalkan daripada skuad 23 pemain yang mengakhiri saingan Kejuaraan Wanita AFF yang berlangsung di Myanmar, Ogos lepas di tangga ketiga Kumpulan B.

Sembilan muka baharu yang dipanggil kali ini terdiri daripada Sanizah Dualin (Sabah), Fedalliah Claritta Jaimin (Sabah), Siti Rohani Sapthu (Sarawak), Puteri Nor Alisa Wilkinson (Pahang), Dhiya Fatihah Ahmad Razali (Kedah), Nor Atikah Abdul Wahab (ATM), Anis Aisyah Asiati (Sekolah Sukan Malaysia Sabah), Nor Athirah Mamat (Sekolah Sukan Malaysia Sabah) dan Rosdianah Adeline Jerus (Sekolah Sukan Malaysia Sabah).

KOMEN KETUA JURULATIH SKUAD WANITA MALAYSIA, MOHD ASYRAAF ABDULLAH

“Saya telah menggugurkan 7 pemain daripada skuad Kejuaraan Wanita AFF yang lalu kerana dari pemerhatian saya, pemain-pemain ini masih memerlukan masa lagi untuk menyesuaikan diri dengan tahap fizikal perlawanan antarabangsa. Selain itu, saya juga mahu mencuba pemain-pemain baharu dan saya lihat 9 pemain baharu yang dipanggil kali ini lebih agresif dari segi corak permainannya.

“Saya kekal positif untuk melihat peningkatan pasukan kita kerana jika dilihat kita berjaya memberi tentangan kepada pasukan-pasukan kuat seperti Australia dan juga Myanmar pada saingan Kejuaraan Wanita AFF walaupun melalui tempoh persediaan yang singkat.

“Pertandingan bola sepak wanita seperti Liga Bolasepak Rakyat (Wanita) 2017 dan Piala Tun Sharifah Rodziah 2017 akan dijadikan landasan bagi saya untuk mengenalpasti bakat-bakat baharu untuk diterapkan ke dalam pasukan kebangsaan bagi Sukan SEA tahun depan.”