SENARAI 26 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD HARIMAU MALAYA MENJELANG PUSINGAN 1 KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022/PIALA ASIA 2023

2019-05-16

Berikut senarai nama 26 pemain dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Isnin, 27 Mei 2019 bagi persiapan menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Nepal di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 2 Jun 2019 dan seterusnya perlawanan timbal balik Pusingan 1 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Timor-Leste di stadium sama pada 7 dan 11 Jun 2019.

 

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN

1.

MOHD FARIZAL MARLIAS

33

PENJAGA GOL

JOHOR DARUL TA’ZIM

2.

ADAM NOR AZLIN

23

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

3.

DOMINIC TAN JUN JIN

22

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

4.

MUHAMMAD SYAZWAN ANDIK MOHD ISHAK

23

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

5.

LA’VERE CORBIN-ONG

28

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

6.

MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA

22

TENGAH

JOHOR DARUL TA’ZIM

7.

MUHAMMAD SAFAWI RASID

22

SAYAP

JOHOR DARUL TA’ZIM

8.

MUHAMMAD AKHYAR ABDUL RASHID

20

SAYAP

JOHOR DARUL TA’ZIM

9.

MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD

24

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

10.

MATTHEW DAVIES

24

PERTAHANAN

PAHANG

11.

MOHAMADOU SUMAREH

25

SAYAP

PAHANG

12.

MUHAMAD NOR AZAM ABDUL AZIH

24

TENGAH

PAHANG

13.

NORSHAHRUL IDLAN TALAHA

33

PENYERANG

PAHANG

14.

MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM

21

PENYERANG

PAHANG

15.

MOHD SYAZWAN ZAINON

30

SAYAP

SELANGOR

16.

MOHD FAIZ MOHD NASIR

27

TENGAH

SELANGOR

17.

ABDUL HALIM SAARI

25

TENGAH

SELANGOR

18.

MUHAMMAD SYAHMI SAFARI

21

PERTAHANAN

SELANGOR

19.

MUHAMMAD HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY

26

PENJAGA GOL

PERAK

20.

SHAHRUL MOHD SAAD

26

PERTAHANAN

PERAK

21.

KENNY PALLRAJ DAVARAGI

26

TENGAH

PERAK

22.

MUHAMMAD SHAHREL FIKRI MD FAUZI

25

PENYERANG

PERAK

23.

MUHAMMAD AKRAM MAHINAN

26

TENGAH

PKNS FC

24.

RODNEY CELVIN AKWENSIVIE

23

PERTAHANAN

PKNS FC

25.

MOHD IFWAT AKMAL CHEK KASSIM

23

PENJAGA GOL

KEDAH

26.

MUHAMMAD IRFAN ZAKARIA

24

PERTAHANAN

KUALA LUMPUR

 

Daripada senarai di atas, Cheng Hoe hanya mengekalkan 14 pemain dari skuad 25 pemain yang dipanggil pada kem latihan pusat sebelum ini iaitu bagi Piala AIRMARINE 2019 yang menyaksikan skuad kebangsaan tewas 1-0 kepada Singapura pada aksi pertama, 20 Mac 2019 sebelum bangkit menewaskan Afghanistan 2-1 pada 23 Mac 2019 untuk meraih tempat ketiga kejohanan antarabangsa empat negara yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu.

Ia menyaksikan 11 pemain digugurkan Cheng Hoe untuk panggilan kali ini termasuk ketua pasukan, Zaquan Adha Abd Radzak serta tiga lagi anggota skuad naib juara Piala Suzuki AFF 2018 iaitu penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat (Melaka), Nazirul Naim Che Hashim (Perak) dan Ahmad Hazwan Bakri (JDT). Baki tujuh pemain lain yang turut digugurkan adalah Rizal Ghazali (Kedah), Abdul Latiff Suhaimi (Selangor), Hadin Azman (Felda United), S Kumaahran (JDT II), Hafiz Ramdan (PKNP FC), Firdaus Saiyadi (Perak) dan Nicholas Swirad (PKNS FC).

Sebagai ganti, Cheng Hoe telah menyenaraikan enam pemain yang tidak dipanggil pada Mac lalu kerana bersama skuad B-22 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020 iaitu empat pemain JDT – Safawi Rasid, Akhyar Rasid, Syamer Kutty Abba dan Dominic Tan serta Syahmi Safari (Selangor) dan Faisal Abdul Halim (Pahang).

Turut kembali tersenarai selepas nama mereka tiada dalam skuad Piala AIRMARINE 2019 adalah empat anggota skuad Piala Suzuki AFF 2018 iaitu penjaga gol, Farizal Marlias, Adam Nor Azlin dan Syafiq Ahmad (JDT) serta Shahrel Fikri Md Fauzi (Perak).

Bagi melengkapkan senarai 26 pemain ke kem latihan pusat kali ini, dua pemain baharu telah mendapat panggilan iaitu pemain berdarah campuran, La'Vere Corbin-Ong (JDT) dan Rodney Celvin Akwensivie (PKNS FC).

Selepas berlatih selama enam hari bermula 27 Mei ini, skuad Harimau Malaya yang kini di ranking ke-168 dunia akan bertemu Nepal, ranking ke-161 dunia pada Ahad, 2 Jun 2019 (28 Ramadan) di Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan sepak mula jam 10.00 malam.

Seterusnya, tiga pemain akan digugurkan Cheng Hoe bagi memuktamadkan senarai akhir 23 pemain untuk dua perlawanan bertemu Timor-Leste, ranking ke-195 dunia iaitu aksi tempat sendiri di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat, 7 Jun 2019 (3 Syawal) dan aksi tempat lawan, juga di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 11 Jun 2019 (7 Syawal). Sepak mula kedua-dua perlawanan jam 8.45 malam.

Jika berjaya mengatasi Timor-Leste, skuad Harimau Malaya akan layak ke Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 membabitkan 40 pasukan terbaik Asia yang dibahagikan kepada lapan kumpulan (lima pasukan setiap kumpulan) dan akan berlangsung selama sembilan bulan untuk 10 hari perlawanan dari 5 September 2019 hingga 9 Jun 2020.

 

KEMAS KINI 23 MEI 2019:

Tan Cheng Hoe telah memanggil penjaga gol PKNS FC, Zarif Irfan Hashimuddin, 24, bagi menggantikan penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy yang mengalami kecederaan.

 

KEMAS KINI 27 MEI 2019:

Syahmi Safari hadir melapor diri tetapi pemeriksaan doktor pasukan mendapati kecederaannya masih belum pulih dan beliau telah digugurkan menjadikan hanya 25 pemain untuk kem latihan pusat kali ini.