2021-08-25
Berikut senarai nama 27 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih skuad bola sepak B-20 kebangsaan, Brad Maloney bagi menyertai kem latihan pusat Fasa 1 secara kuarantin selama sembilan hari di Petaling Jaya, Selangor dari 30 Ogos hingga 7 September 2021 sebagai persiapan awal menjelang saingan Kumpulan J, Kelayakan Piala Asia B-23 2022 bertemu Laos, Mongolia dan Thailand di Ulaanbaatar, Mongolia dari 25 hingga 31 Oktober 2021.
BIL |
NAMA |
UMUR |
POSISI |
PASUKAN |
1. |
SIKH IZHAN NAZREL SIKH AZMAN |
19 |
GK |
SELANGOR FC 2 |
2. |
MUHAMMAD FIRDAUS IRMAN MOHD FADHIL |
20 |
GK |
SELANGOR FC 2 |
3. |
MUHAMMAD AZRIN AFIQ RUSMINI |
19 |
DF |
SELANGOR FC 2 |
4. |
MUHAMMAD IZZUL ADHAM SUHAIMI |
19 |
DF |
SELANGOR FC 2 |
5. |
MUHAMMAD FAIZ AMER RUNNIZAR |
18 |
DF |
SELANGOR FC 2 |
6. |
MUHAMMAD FAHMI DANIEL MOHD ZAAIM |
19 |
MF |
SELANGOR FC 2 |
7. |
MUHAMMAD KHAIRI SUFFIAN KHAINEYUSRI |
18 |
FW |
SELANGOR FC 2 |
8. |
SARAVANAN THIRUMURUGAN |
20 |
FW |
SELANGOR FC 2 |
9. |
SAIFUL ISKANDAR ADHA SAIFUL AZLAN |
22* |
FW |
SELANGOR FC 2 |
10. |
MUHAMMAD IQMAL RAMLAN |
20 |
MF |
SELANGOR FC 2 |
11. |
SYED MUHAMMAD NASRULHAQ SYED BIDIN |
22* |
GK |
TERENGGANU FC II |
12. |
MUHAMMAD HAIRIEY HAKIM MAMAT |
21* |
DF |
TERENGGANU FC II |
13. |
MUHAMMAD NUR AZFAR FIKRI AZHAR |
21* |
MF |
TERENGGANU FC II |
14. |
MUHAMMAD SYAFIK ISMAIL |
21* |
FW |
TERENGGANU FC II |
15. |
MUHAMMAD MUSLIHUDDIN ‘ATIQ MAT ZAID |
20 |
FW |
TERENGGANU FC II |
16. |
MUHAMMAD FIRDAUS RAMLI |
19 |
DF |
JOHOR DARUL TA’ZIM II |
17. |
AHMAD AYSAR HADI MOHD SHAPRI |
18 |
MF |
JOHOR DARUL TA’ZIM II |
18. |
MUHAMAD UMAR HAKEEM SUHAR REZWAN |
19 |
MF |
JOHOR DARUL TA’ZIM II |
19. |
MUHAMMAD FIRDAUS MUHAMAD KAIRONNISAM SAHABUDIN |
19 |
MF |
JOHOR DARUL TA’ZIM III |
20. |
MUHAMMAD SHAFI AZSWAD SAPARI |
20 |
MF |
JOHOR DARUL TA’ZIM III |
21. |
MOHAMAD NABIL ASYRAF RAMLI |
18 |
GK |
SKUAD PROJEK FAM-MSN |
22. |
MUHAMMAD AMIRUL AKMAL SAFARINIZAM |
19 |
FW |
SKUAD PROJEK FAM-MSN |
23. |
AZHAD HARRAZ ARMAN |
18 |
FW |
SKUAD PROJEK FAM-MSN |
24. |
MUHAMMAD HAZWAN HASSAN |
19 |
MF |
SKUAD PROJEK FAM-MSN |
25. |
MOHD AIMAN AFIF MD AFIZUL |
20 |
MF |
KEDAH DARUL AMAN FC |
26. |
ADAM ROSHAN KRIS AZMAN |
18 |
DF |
BROOK HOUSE FC (ENG) |
27. |
MOHAMED AMIR MOHAMED FARUK |
17 |
DF |
CHIPSTEAD FC (ENG) |
Daripada senarai di atas, Maloney turut memanggil seramai lima pemain yang melebihi usia 20 tahun tetapi masih dalam had umur B-22 yang dibenarkan dalam syarat pertandingan iaitu empat pemain Terengganu FC II - Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin (22), Muhammad Hairiey Hakim Mamat (21), Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar (21) dan Muhammad Syafik Ismail (21) serta seorang pemain Selangor FC 2 - Saiful Iskandar Adha Saiful Azlan (22).
Bagi kem latihan pusat Fasa 1 ini, Maloney memanggil majoriti pemain dari pasukan-pasukan Liga Premier 2021 memandangkan saingan liga divisyen dua kebangsaan itu sedang berehat seketika sepanjang jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 30 Ogos hingga 7 September itu, selain seorang pemain dari skuad Liga Super Kedah Darul Aman FC, dua pemain dari skuad Piala Presiden Johor Darul Ta’zim III dan dua pemain dari luar negara.
Seterusnya, beberapa lagi pemain lain yang beraksi dalam Liga Super 2021 akan dipanggil menyertai pasukan pada kem latihan pusat Fasa 2 yang dijadual bermula pada 19 September 2021 iaitu sehari selepas berakhirnya saingan Liga Super 2021 bersama beberapa lagi pemain dari luar negara seperti Luqman Hakim Shamsudin dan Wan Kuzri Wan Kamal.
Skuad kendalian Maloney itu bakal memulakan saingan di Ulaanbaatar bertemu Laos pada 25 Oktober 2021 diikuti aksi menentang tuan rumah, Mongolia pada 28 Oktober 2021 dan perlawanan terakhir berdepan Thailand pada 31 Oktober 2021 bagi merebut tempat ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan pada Jun 2022.
KEMAS KINI 28 OGOS 2021:
Brad Maloney telah memanggil seorang pemain baharu iaitu pemain tengah, Chia Ruo Han, 20, dari pasukan Johor Darul Ta'zim II bagi menggantikan Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri, juga dari Johor Darul Ta'zim II yang mengalami kecederaan.
KEMAS KINI 29 OGOS 2021:
Brad Maloney telah memanggil seorang lagi pemain baharu iaitu penjaga gol, Muhammad Azri Ab Ghani, 22, dari pasukan Perak FC.
KEMAS KINI 31 OGOS 2021:
Brad Maloney telah memanggil seorang lagi pemain baharu iaitu Muhamad Alif Abdul Mutalib, 19, dari pasukan Johor Darul Ta'zim II bagi menggantikan Muhammad Hazwan Hassan dari Skuad Projek FAM-MSN yang hadir melapor diri semalam, namun terpaksa digugurkan selepas disahkan kecederaannya.
KEMAS KINI 31 OGOS 2021:
Seramai 24 pemain termasuk tambahan tiga pemain baharu yang dipanggil iaitu penjaga gol Perak FC, Muhammad Azri Ab Ghani serta dua pemain Johor Darul Ta'zim II, Chia Ruo Han dan Muhamad Alif Abdul Mutalib akan meneruskan latihan pusat Fasa 1 ini.
Sementara enam pemain lain yang berada dalam senarai awal sebelum ini tidak dapat menyertai kem latihan pusat kali ini kerana kecederaan dan sebab tertentu iaitu dua penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Selangor FC) dan Nabil Asyraf Ramli (Skuad Projek FAM-MSN), Hairiey Hakim Mamat (Terengganu FC II), Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri (Johor Darul Ta'zim II), Aiman Afif Md Afizul (Kedah Darul Aman FC) dan Muhammad Hazwan Hassan (Skuad Projek FAM-MSN).