2017-01-13
Berikut senarai 27 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad Bawah 22 (B-22) negara, Frank Bernhardt untuk menghadiri kem latihan pusat bermula 29 Januari ini (Ahad). Ia sebagai persiapan bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu pasukan Vietnam B-22 pada 7 Februari depan di Ho Chi Minh, Vietnam.
BIL |
NAMA |
UMUR |
POSISI |
PASUKAN/KELAB |
1. |
AHMAD SYIHAN HAZMI MOHAMED |
21 |
PENJAGA GOL |
KELANTAN |
2. |
MOHD IFWAT AKMAL CHEK KASSIM |
21 |
PENJAGA GOL |
KEDAH |
3. |
AMIERUL HAKIMI AWANG |
22 |
PENJAGA GOL |
TERENGGANU |
4. |
DINESH A/L RAJASINGAM |
19 |
PERTAHANAN |
PAHANG |
5. |
MUHAMMAD SYAHMI SAFARI |
19 |
PERTAHANAN |
SELANGOR |
6. |
DOMINIC TAN JUN JIN |
20 |
PERTAHANAN |
JDT |
7. |
MUHAMMAD AQIL IRFANUDDIN MOHD SABRI |
20 |
PERTAHANAN |
T-TEAM |
8. |
MUHAMMAD SYAZWAN ANDIK MOHD ISHAK |
21 |
PERTAHANAN |
JDT II |
9. |
MOHAMAD ARIF FADZILAH ABU BAKAR |
21 |
PERTAHANAN |
T-TEAM |
10. |
MOHD ADIB ZAINUDDIN |
22 |
PERTAHANAN |
FELCRA FC |
11. |
MATTHEW THOMAS DAVIES |
22 |
PERTAHANAN |
PAHANG |
12. |
MUHAMMAD SYAZWAN ZAIPOL BAHARI |
22 |
PERTAHANAN |
PKNP FC |
13. |
MUHAMMAD DANIAL ASHRAF ABDULLAH |
20 |
TENGAH |
KELANTAN |
14. |
MUHAMMAD SAFAWI RASID |
20 |
TENGAH |
JDT |
15. |
MUHAMMAD ZARULIZWAN MAZLAN |
20 |
TENGAH |
T-TEAM |
16. |
MUHAMMAD SHAHRUL HAKIM RAHIM |
22 |
TENGAH |
KELANTAN |
17. |
AHMAD KHAIRIL ANUAR AHMAD ZAMRI |
22 |
TENGAH |
PERAK |
18. |
MUHAMMAD IRFAN ZAKARIA |
22 |
TENGAH |
KUALA LUMPUR |
19. |
AMIRUL HISYAM AWANG KECHIK |
22 |
TENGAH |
KEDAH |
20. |
NUR SHAMIE ISZUAN AMIN |
22 |
TENGAH |
SARAWAK |
21. |
MUHD JAFRI MUHAMMAD FIRDAUS CHEW |
20 |
PENYERANG |
PULAU PINANG |
22. |
MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA |
20 |
PENYERANG |
PULAU PINANG |
23. |
S KUMAAHRAN |
21 |
PENYERANG |
PULAU PINANG |
24. |
ADAM NOR AZLIN |
21 |
PENYERANG |
SELANGOR |
25. |
THANABALAN A/L NADARAJAH |
22 |
PENYERANG |
FELCRA FC |
26. |
MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD |
22 |
PENYERANG |
KEDAH |
27. |
MUHAMAD ARIF MOHAMED ANWAR |
22 |
PENYERANG |
KUALA LUMPUR |
Senarai pemain kali ini menyaksikan seramai 19 pemain dikekalkan daripada skuad 21 pemain yang dipanggil untuk kem latihan pusat sebelum ini menentang Filipina B-22 pada 9 Disember lalu di Stadium Memorial Rizal, Manila yang berkesudahan seri tanpa jaringan.
Lapan muka baharu yang dipanggil terdiri daripada Matthew Thomas Davies (Pahang), Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak (JDT II), Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Muhammad Shahrul Hakim Rahim (Kelantan), Muhammad Danial Ashraf Abdullah (Kelantan), Mohd Zarulizwan Mazlan (T-Team), Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak), dan Muhammad Syafiq Ahmad (Kedah) yang kembali tersenarai untuk memperkuatkan pasukan.
Kem latihan pusat ini akan berlangsung selama tiga hari iaitu dari 29 Januari hingga 31 Januari 2017 di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Seterusnya, senarai 20 pemain dipilih Bernhardt akan diumumkan dan mereka dijadual berlepas ke Ho Chi Minh, Vietnam pada 6 Februari ini.
KOMEN KETUA JURULATIH SKUAD HARIMAU MALAYSIA B-22, FRANK BERNHARDT
“Bermula kem latihan pusat kali ini, fokus kita adalah pada pemain-pemain yang akan membentuk pasukan Sukan SEA. Saya harap tahap kecergasan mereka adalah lebih baik berbanding pada kem latihan bagi perlawanan menentang Filipina B-22 di mana mereka menyertai pasukan dalam keadaan tidak cergas.
"Buat masa ini, saya tidak pasti sama ada Faris Shah Rosli dan Ariff Farhan Md Isa (masing-masing mengalami masalah kecederaan lutut) sempat untuk sembuh sepenuhnya bagi Sukan SEA.
“Pada bulan Ogos tahun lepas, kita telahpun mengadakan perbincangan bersama pihak persatuan-persatuan bola sepak negeri dan juga kelab-kelab mengenai program latihan berpusat termasuklah mengumpul para pemain di luar kalendar FIFA bagi tujuan kem latihan jangka pendek.
“Bagaimanapun, buat masa ini keadaan masih belum jelas kerana terdapat beberapa perubahan besar di belakang tabir pasukan-pasukan yang telahpun bersetuju dan ada beberapa pasukan yang masih belum memberikan keputusan lagi.
“Saya masih berharap agar semua pasukan bersetuju untuk memberi pelepasan kerana saya perlukan masa dan persiapan yang cukup bersama para pemain untuk menghadapi Sukan SEA dan juga kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2018.
“Semestinya pasukan Vietnam B-22 adalah pasukan yang kuat dan harus diingat bahawa mereka akan mempunyai kem latihan selama dua minggu bagi perlawanan persahabatan ini sementara kita pula masih perlu menyesuaikan tarikh latihan mengikut jadual pertandingan bola sepak tempatan.”