
2022-07-18
Berikut senarai nama 28 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih skuad B-16 kebangsaan, Osmera Omaro bagi menyertai kem latihan pusat di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil bermula 18 hingga 29 Julai 2022 sebagai persiapan menjelang Kejuaraan B-16 AFF 2022 di Yogyakarta, Indonesia, 31 Julai hingga 12 Ogos 2022.
No. |
Nama Pemain |
Pasukan |
1. |
Muhammad Aisy Al-Hakim Bin Hasnizam |
AMD B-15 |
2. |
Muhammad Afiq Hakimi Bin Mahat |
AMD B-15 |
3. |
Muhammad Aliff Aiman Bin Razali |
AMD B-16 |
4. |
Muhammad Farish Farhan Bin Mohd Zalani |
AMD B-16 |
5. |
Muhamad Dainei Bin Mat Disa |
AMD B-16 |
6. |
Muhamad Faris Danish Bin Mohd Asrul |
AMD B-16 |
7. |
Muhammad Adam Mikaeel Bin Shahrizan |
AMD B-16 |
8. |
Muhammad Afiq Danish Bin Hasniruddin |
AMD B-16 |
9. |
Muhammad Afiq Danish Bin Zulkifli |
AMD B-16 |
10. |
Muhammad Aiman Yusuf Bin Muhammad Nabil |
AMD B-16 |
11. |
Muhammad Zainurhakimi Bin Zain Azraii |
AMD B-16 |
12. |
Che Ku Muhammad Aidil Idham Bin Che Ku Ridzuan |
AMD B-16 |
13. |
Muhammad Aqim Hazmi Bin Hasmadi |
AMD B-16 |
14. |
Muhammad Arami Wafiy Bin Mohamad Zakimi |
AMD B-16 |
15. |
Muhammad Danish Bin Darus |
AMD B-16 |
16. |
Muhammad Danish Iskandar Bin Marzizul |
AMD B-16 |
17. |
Muhammad Qahir Dzakirin Bin Rosfaizi |
AMD B-16 |
18. |
Ahmad Danial Bin Razali |
AMD B-16 |
19. |
Muhammad Anjasmirza Bin Saharudin |
AMD B-16 |
20. |
Muhammad Syazrul Haziq Bin Zainuddin |
AMD B-16 |
21. |
Mulia Hairi Bin Muliasugeharto |
AMD B-16 |
22. |
Muhammad Nabil Fitri Bin Mustaffa |
AMD B-16 |
23. |
Muhammad Syahmi Zufayri Bin Hairul Nizam |
AMD B-16 |
24. |
Muhammad Aiman Amsyar Bin Sha'ari |
AMD B-16 |
25. |
Muhammad Ammar Shauqi Bin Azri |
Johor Darul Ta’zim B-16 |
26. |
Adib Ibrahim Bin Adnan |
Johor Darul Ta’zim B-16 |
27. |
Mohd Nur Ezawy Bin Nur Azman |
Johor Darul Ta’zim B-16 |
28. |
Muhammad Danial Idraqi Bin Mohd Asmir |
Johor Darul Ta’zim B-16 |
Hanya 25 pemain akan berada dalam senarai akhir pasukan yang dijadual berlepas ke Yogyakarta pada 30 Julai ini.
Kejuaraan B-16 AFF 2022 akan disertai 12 pasukan yang dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan A menampilkan tuan rumah Indonesia, Vietnam, Singapura dan Filipina; Kumpulan B dibarisi Thailand, Timor-Leste, Laos dan Brunei manakala Kumpulan C diisi oleh Malaysia, Australia, Myanmar dan Kemboja.
Skuad Harimau Malaya B-16 akan memulakan kempen saingan Kumpulan C bertemu Kemboja pada 2 Ogos, diikuti aksi berikutnya berdepan Myanmar pada 5 Ogos dan aksi terakhir kumpulan menentang Australia pada 8 Ogos 2022. Ketiga-tiga perlawanan di Stadium Maguwoharjo Sleman.
Tiga pasukan juara kumpulan serta satu pasukan terbaik di tempat kedua akan layak ke separuh akhir pada 10 Ogos manakala perlawanan penentuan tempat ketiga dan Final dijadual berlangsung pada 12 Ogos 2022 di Stadium Maguwoharjo Sleman.
Dengan pembatalan dua edisi berturut pada 2020 dan 2021 ekoran pandemik COVID-19, Malaysia merupakan juara bertahan selepas skuad kendalian P. Maniam ketika itu menjuarai Kejuaraan B-15 AFF 2019 di Chonburi menerusi kemenangan 2-1 ke atas tuan rumah, Thailand pada aksi final.
Terdahulu, Malaysia pernah muncul juara buat kali pertama pada Kejuaraan B-16 AFF 2013 di Nay Pyi Taw, Myanmar dengan skuad kendalian S. Balachandran ketika itu berjaya menewaskan Indonesia 3-2 pada penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada aksi final.
* Siaran media ini dikeluarkan pada Isnin, 18 Julai 2022