2019-03-04
Berikut senarai akhir 12 pemain dipilih ketua jurulatih skuad bola sepak pantai kebangsaan, Mohd Faizal Md Sood bagi membawa cabaran Malaysia pada Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFC 2019 yang akan berlangsung di Pattaya, Thailand dari 7 hingga 17 Mac 2019.
BIL |
NAMA |
UMUR |
PASUKAN |
1. |
MOHD NAZRI SULAIMAN |
34 |
TERENGGANU |
2. |
MOHD ZAHARIM MOHD YUSOF |
37 |
TERENGGANU |
3. |
MOHD RIDUWAN MOHD NOOR |
29 |
TERENGGANU |
4. |
MUHAMMAD QUSHAIRI ASSARI |
21 |
TERENGGANU |
5. |
MOHAMAD NORAZMAN A BAKAR |
21 |
TERENGGANU |
6. |
MOHD HASROL ALI |
31 |
TERENGGANU |
7. |
WAN MUHAMMAD SYARIF WAN ABD MANAN |
21 |
TERENGGANU |
8. |
MOHD SHAFIQ RIZA HUZAIR |
26 |
PAHANG |
9. |
MOHD RIDHWAN ZAINAL |
31 |
KUALA LUMPUR |
10. |
MOHD HAFIZ ARBAEN |
35 |
KUALA LUMPUR |
11. |
AZRUL AZHAR |
23 |
KEDAH |
12. |
AZRIZAN AHMAD |
23 |
KEDAH |
Skuad bola sepak pantai kebangsaan akan terbang ke Pattaya pada pagi esok (Selasa, 5 Mac 2019) bagi menghadapi saingan Kumpulan A yang mana Malaysia bakal berdepan Afghanistan pada 7 Mac, diikuti aksi bertemu tuan rumah, Thailand pada 9 Mac dan perlawanan terakhir menentang Palestine pada 11 Mac 2019.
Jika berjaya menduduki dua pasukan teratas kumpulan, saingan suku akhir dijadual berlangsung pada 14 Mac diikuti aksi separuh akhir pada 15 Mac dan final pada 17 Mac 2019.
Pada edisi terdahulu yang mana Malaysia layak selaku tuan rumah pada Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFC 2017 di Kuala Terengganu, Malaysia menamatkan saingan di peringkat kumpulan selepas meraih satu kemenangan dan tiga tewas.