SENARAI AKHIR 14 PEMAIN KE KEJUARAAN FUTSAL B-20 AFC 2017 DI BANGKOK

2017-05-11

Berikut senarai akhir 14 pemain yang telah dipilih oleh ketua jurulatih futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong untuk ke Bangkok, Thailand pada Sabtu ini bagi menghadapi Kejuaraan Futsal B-20 AFC 2017 dari 16 hingga 26 Mei 2017.

 

BIL

NAMA

POSISI

UMUR

PASUKAN

1.

AIMAN FIKRY RAMLI

GK

18

KUALA LUMPUR

2.

NUR HAZIM SULEIMAN

GK

19

PERAK

3.

MUHAMMAD NURASYRAAF MOHAMAD AZLE

PIVOT

19

KUALA LUMPUR

4.

AHMAD HARITH NAIM MOHD NASIR

ALA

17

KUANTAN RANGERS

5.

MOHAMAD AWALLUDDIN MAT NAWI

PIVOT

19

PERAK

6.

MUHAMMAD FARIKH KHABIBOR RAHMAN

FIXO

20

PERAK

7.

MOHAMAD UMARUL HAKIMI MOHD NASARUDIN

ALA

20

PERAK

8.

MUHAMMAD AMIRUL SUGITO

ALA

20

KL PETALING PUTRA

9.

SHAH AZMAN EKMAL SALEH

ALA

19

KL PETALING PUTRA

10.

MULHIM MUQRI FAISAL

ALA

19

PBSMM

11.

ISKANDAR HARUN

ALA

17

SARAWAK

12.

MUHAMMAD SAAD ABDUL SANI

ALA

19

MELAKA

13.

MUHAMMAD AIDIL SHAHRIL ROSLI

ALA

20

FELDA UNITED

14.

FAKHRUL ISLAM ANIZAM

PIVOT

19

POLITEKNIK SHAH ALAM

 

Lima pemain telah digugurkan daripada senarai awal 19 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat bermula 26 April lalu iaitu Farid Lokman, Farhan Khairul Anuar (Kuala Lumpur), Fadilah Raj Kafor, Affiq Miswan (KL City FC) dan Syahril Ezuwan Sadre (Selangor).

 Sepanjang kem latihan tersebut, skuad futsal B-20 kebangsaan telah mengharungi tiga perlawanan persahabatan bertemu pasukan tempat ketiga Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017, Pahang (menang 4-1);  juara LFK 2017, Melaka (kalah 6-4) dan pasukan Kuantan Rangers (menang 9-3).

 Pada kejohanan di Bangkok nanti, Malaysia akan bertemu tuan rumah Thailand pada 16 Mei diikuti Afghanistan (17 Mei), Bahrain (18 Mei), Iraq (19 Mei) dan Brunei (20 Mei) untuk lima aksi Kumpulan A di Bangkok Arena.

 Dua pasukan teratas kumpulan akan meneruskan cabaran bagi saingan kalah mati dengan aksi suku akhir pada 22 Mei, separuh akhir pada 24 Mei dan final pada 26 Mei.

 

KOMEN JURULATIH SKUAD FUTSAL B-20 MALAYSIA, CHIEW CHUN YONG

"Berdasarkan tiga siri perlawanan persahabatan yang telah diharungi, saya dapat lihat peningkatan prestasi dipamerkan para pemain tetapi masih lagi jauh untuk mencapai apa yang saya harapkan.

 "Tapi ia tetap satu peningkatan yang positif menjelang kejohanan apabila para pemain mula memahami aspek taktikal dan strategi permainan.

 "Bagaimanapun, keperluan fizikal menjadi fokus utama saya kerana tahap kecergasan tinggi diperlukan untuk menghadapi kejohanan antarabangsa seperti ini, lebih-lebih lagi apabila kami perlu menghadapi lima perlawanan peringkat kumpulan sepanjang lima hari berturut.

 "Para pemain yang ada ini memerlukan tempoh masa untuk mencapai tahap kematangan tetapi saya tetap meletakkan harapan yang tinggi untuk mereka pada kejohanan ini memandangkan mereka inilah yang bakal menjadi tonggak utama skuad futsal negara pada Sukan SEA akan datang pada 2019.

 "Kejohanan ini juga dapat membolehkan kita melihat di mana kedudukan kita berbanding negara-negara Asia lain dalam peringkat umur bawah 20 tahun.

 "Apa pun saya berharap supaya skuad muda negara ini dapat disatukan sebagai satu pasukan dalam saingan Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2018 sebagai salah satu program pembangunan untuk mereka mendapat pendedahan di peringkat senior dan teknik latihan yang betul."