SENARAI AKHIR 14 PEMAIN SKUAD MALAYSIA KE KEJUARAAN FUTSAL AFF 2019 DI HO CHI MINH CITY, VIETNAM

2019-10-17

Berikut senarai akhir 14 pemain yang telah dipilih ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong untuk membawa cabaran Malaysia pada Kejuaraan Futsal AFF 2019 di Ho Chi Minh City, Vietnam dari 21 hingga 27 Oktober 2019.

 

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN

1.

SAIFUL NIZAM MOHD ALI

28

PIVOT

PAHANG

2.

ABU HANIFFA HASAN

28

FIX

PAHANG

3.

MOHD AZWANN ISMAIL

27

FIX

PAHANG

4.

AHMAD HARITH NAIM MOHD NASIR

19

ALA

PAHANG

5.

MUHAMMAD SYAFIQ HAMZAH

28

GK

PAHANG

6.

SYED AIZAD DANIEL SYED NASIR

23

ALA

SELANGOR

7.

MUHAMMAD AZRI RAHMAN

25

ALA

SELANGOR

8.

MUHAMMAD SHAMSUL AKMAR ZAMRI

28

ALA

SELANGOR

9.

AZRUL HADEE MOHD TAUFIQ

32

GK

SELANGOR

10.

MUHAMMAD FARIQ MOHAMMAD

32

FIX

SELANGOR

11.

MOHD RIDZWAN BAKRI

25

PIVOT

PERAK

12.

MOHAMAD AWALLUDDIN MAT NAWI

21

ALA

PERAK

13.

MUHAMMAD FARIKH KHABIBOR RAHMAN

22

FIX

PERAK

14.

MUHAMMAD SAAD ABDUL SANI

21

ALA

MELAKA

 

Chun Yong telah menggugurkan empat pemain iaitu Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin (Pahang), Firdaus Ambiah (Pahang), penjaga gol, Muhammad Syawal Sabaruddin (Perak) dan Muhammad Ekmal Shahrin (Melaka) daripada senarai 18 pemain yang menyertai kem latihan pusat fasa akhir sebelum ini.

Senarai akhir 14 pemain ini diumum selepas skuad futsal kebangsaan selesai mengadakan dua perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu New Caledonia di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam pada 14 Oktober 2019 (menang 5-0) dan 16 Oktober 2019 (menang 6-1).

Skuad futsal kebangsaan akan berlepas ke Ho Chi Minh City pada Sabtu ini (19 Oktober 2019) bagi menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2019 dengan aksi Kumpulan B bertemu Indonesia pada Isnin, 21 Oktober 2019 (4.00 petang VN | 5.00 petang MY), bertemu Australia pada Selasa, 22 Oktober 2019 (7.00 malam VN | 8.00 malam MY) dan bertemu tuan rumah, Vietnam pada Rabu, 23 Oktober 2019 (7.00 malam VN | 8.00 malam MY).

Jika Malaysia berjaya muncul dua pasukan teratas Kumpulan B, mereka akan layak ke perlawanan separuh akhir pada Jumaat, 25 Oktober 2019 bertemu pasukan dari Kumpulan A, sama ada juara bertahan Thailand, Myanmar, Timor-Leste atau Kemboja. Aksi final dan perlawanan penentuan tempat ketiga dijadual pada Ahad, 27 Oktober 2019.

Kejuaraan Futsal AFF 2019 ini turut menjadi saingan kelayakan ke Kejuaraan Futsal AFC 2020 yang mana tiga pasukan terbaik akan menjadi wakil Zon ASEAN ke pusingan akhir tersebut yang dijadual berlangsung di Turkmenistan dari 27 Februari hingga 8 Mac 2020.

Malaysia sebelum ini telah muncul naib juara, dua kali berturut-turut pada Kejuaraan Futsal AFF 2017 dan 2018 selepas tewas kepada Thailand pada aksi final kedua-dua edisi berkenaan yang berlangsung di Ho Chi Minh City (2017) dan Yogyakarta, Indonesia (2018).