SENARAI AKHIR 16 PEMAIN SKUAD FUTSAL LELAKI KEBANGSAAN KE SUKAN SEA 2021 DI VIETNAM

2022-05-02

Berikut senarai akhir 16 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong untuk membawa cabaran negara ke Sukan SEA 2021 di Vietnam dari 11 hingga 20 Mei 2022 yang mana Malaysia akan bersaing dengan empat pasukan lain iaitu Thailand, Vietnam, Indonesia dan Myanmar.

 

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

 AZRUL HADEE MOHD TAUFIQ

35

SELANGOR MAC

2.

 MUHAMMAD SYAWAL SABARUDDIN

25

SELANGOR MAC

3.

 MOHD KHAIRUL EFFENDY MOHD BAHRIN

35

SELANGOR MAC

4.

 MOHD AZWANN ISMAIL

30

SELANGOR MAC

5.

 MUHAMMAD EKMAL SHAHRIN

22

SELANGOR MAC

6.

 MUHAMMAD AZRI RAHMAN

28

SELANGOR MAC

7.

 SYED AIZAD DANIEL SYED NASIR

26

SELANGOR MAC

8.

 ABU HANIFFA HASAN

31

PAHANG RANGERS FC

9.

 MOHD RIDZWAN BAKRI

28

PAHANG RANGERS FC

10.

 SAIFUL NIZAM MOHD ALI

31

PAHANG RANGERS FC

11.

 MUHAMMAD FARHAN KHAIRUL ANUAR

25

PAHANG RANGERS FC

12.

 MUHAMMAD FIRDAUS ZULKEFLI

27

PULAU PINANG

13.

 IQHMAL NAJMIE ISMAIL

22

PULAU PINANG

14.

 MOHAMAD SUFRI SHAMIL

27

NEGERI SEMBILAN

15.

 MUHAMMAD AIDIL SHAHRIL ROSLI

25

SELANGOR TOT UNITED

16.

 AHMAD AQIL KHALIS ADLI KHAIRUZ

25

TRW KELANTAN FC

 

Chun Yong mengekalkan seramai 14 pemain daripada skuad 16 pemain yang dibawa ke Bangkok, Thailand bagi Kejuaraan Futsal AFF 2022 pada awal April lalu dengan tambahan dua pemain baharu iaitu Syed Aizad Daniel Syed Nasir dan Aqil Khalis Adli Khairuz bagi menggantikan tempat Akmarulnizam Idris dan Joshua Lee.

Skuad futsal lelaki kebangsaan dijadual terbang ke Ho Chi Minh City, Vietnam pada Selasa, 3 Mei 2022 bagi menghadapi beberapa perlawanan persahabatan di sana sebelum terbang ke Hanoi pada Ahad, 8 Mei 2022 bagi menghadapi aksi sebenar Sukan SEA 2021 yang mana acara futsal lelaki akan dijalankan secara format liga sepusingan.

Malaysia dijadual bertemu Thailand untuk perlawanan pertama pada Rabu, 11 Mei 2022, jam 2.00 petang (waktu Malaysia), diikuti aksi berikutnya bertemu Vietnam pada Sabtu, 14 Mei 2022, jam 5.00 petang (waktu Malaysia), Indonesia pada Isnin, 16 Mei 2022, jam 2.00 petang (waktu Malaysia) dan Myanmar pada Jumaat, 20 Mei 2022, jam 2.00 petang (waktu Malaysia).

Kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Tertutup Ha Nam.

Sebagai rekod pencapaian, skuad futsal lelaki negara berjaya meraih pingat perak sebanyak dua kali iaitu pada Sukan SEA 2007 di Thailand dan Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Acara futsal lelaki tidak dipertandingkan pada Sukan SEA 2019 di FIlipina.

 

 * Siaran media ini dikeluarkan pada Isnin, 2 Mei 2022