SENARAI AKHIR 16 PEMAIN SKUAD FUTSAL WANITA KEBANGSAAN KE SUKAN SEA 2021 DI VIETNAM

2022-05-02

Berikut senarai akhir 16 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih futsal wanita kebangsaan, Jamhuri Zainuddin untuk membawa cabaran negara ke Sukan SEA 2021 di Vietnam dari 15 hingga 19 Mei 2022 yang mana Malaysia akan bersaing dengan tiga pasukan lain iaitu Thailand, Vietnam dan Myanmar selepas Indonesia menarik diri.

 

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

 SITY NORAZIZAH JAMAL

32

MELAKA

2.

 HANIS FARHANA SHAMSUL AZIZAN

30

MELAKA

3.

 INTAN SARAH ANISAH ZULGAFLI

23

MELAKA

4.

 SITI ASNIDAH ZAMRI

23

MELAKA

5.

 HANANI ADRIANA SHAMSUL AZIZAN

27

MELAKA

6.

 NUR SYAFIQAH ZAINAL ABIDIN

21

MELAKA

7.

 NUR LYANA SOBERI

23

MELAKA

8.

 NOORASYEIMAH MOHAMAD RASHID

28

SELANGOR MBSJ

9.

 NORHAWA MD YASIN

29

SELANGOR MBSJ

10.

 FATIN SHAHIDA AZMI

31

SELANGOR MBSJ

11.

 NUR SHAZREEN MUNAZLI

29

SELANGOR MBSJ

12.

 SHEREILYNN ELLY PIUS

31

SABAH

13.

 USLIZA USMAN

27

SABAH

14.

 MASTURAH MAJID

32

SABAH

15.

 HAINDEE MOSROH

29

SABAH

16.

 NUR AINSYAH MURAD

19

KL PREFER-CYBERLYNX

 

Mereka dijadual terbang ke Ho Chi Minh City, Vietnam pada Selasa, 3 Mei 2022 bagi menghadapi beberapa perlawanan persahabatan di sana sebelum terbang ke Hanoi pada Ahad, 8 Mei 2022 bagi menghadapi aksi sebenar Sukan SEA 2021 yang mana acara futsal wanita akan dijalankan secara format liga sepusingan.

Berikutan penarikan diri pasukan Indonesia, penganjur telah mengubah jadual perlawanan baharu yang mana Malaysia akan memulakan kempen berdepan Thailand pada Ahad, 15 Mei 2022, jam 2.00 petang (waktu Malaysia), diikuti aksi kedua menentang tuan rumah, Vietnam pada Selasa, 17 Mei 2022, jam 5.00 petang (waktu Malaysia) dan perlawanan terakhir bertemu Myanmar pada Khamis, 19 Mei 2022, jam 2.00 petang (waktu Malaysia).

Kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Tertutup Ha Nam.

Sebagai rekod pencapaian, skuad futsal wanita negara berjaya meraih pingat gangsa pada Sukan SEA 2013 di Myanmar tetapi sekadar menduduki tempat keempat pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Acara futsal wanita tidak dipertandingkan pada Sukan SEA 2015 di Singapura dan Sukan SEA 2019 di FIlipina.

 

 * Siaran media ini dikeluarkan pada Isnin, 2 Mei 2022