SENARAI AKHIR 23 PEMAIN BAGI PERLAWANAN PUSINGAN 1 KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022/PIALA ASIA 2023 MENENTANG TIMOR-LESTE PADA 7 & 11 JUN 2019

2019-06-06

Berikut senarai akhir 23 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menghadapi perlawanan timbal balik Pusingan 1 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Timor-Leste pada 7 dan 11 Jun 2019, kedua-duanya di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

 

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN

1.

MOHD FARIZAL MARLIAS

33

PENJAGA GOL

JOHOR DARUL TA’ZIM

2.

ADAM NOR AZLIN

23

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

3.

DOMINIC TAN JUN JIN

22

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

4.

MUHAMMAD SYAZWAN ANDIK MOHD ISHAK

23

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

5.

LA’VERE CORBIN-ONG

28

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

6.

MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA

22

TENGAH

JOHOR DARUL TA’ZIM

7.

MUHAMMAD SAFAWI RASID

22

SAYAP

JOHOR DARUL TA’ZIM

8.

MUHAMMAD AKHYAR ABDUL RASHID

20

SAYAP

JOHOR DARUL TA’ZIM

9.

MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD

24

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

10.

MATTHEW DAVIES

24

PERTAHANAN

PAHANG

11.

MOHAMADOU SUMAREH

25

SAYAP

PAHANG

12.

MUHAMAD NOR AZAM ABDUL AZIH

24

TENGAH

PAHANG

13.

NORSHAHRUL IDLAN TALAHA

33

PENYERANG

PAHANG

14.

MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM

21

PENYERANG

PAHANG

15.

SHAHRUL MOHD SAAD

26

PERTAHANAN

PERAK

16.

KENNY PALLRAJ DAVARAGI

26

TENGAH

PERAK

17.

MUHAMMAD SHAHREL FIKRI MD FAUZI

25

PENYERANG

PERAK

18.

MOHD SYAZWAN ZAINON

30

SAYAP

SELANGOR

19.

MOHD FAIZ MOHD NASIR

27

TENGAH

SELANGOR

20.

MUHAMMAD AKRAM MAHINAN

26

TENGAH

PKNS FC

21.

MUHAMMAD ZARIF IRFAN HASHIMUDDIN

24

PENJAGA GOL

PKNS FC

22.

MOHD IFWAT AKMAL CHEK KASSIM

23

PENJAGA GOL

KEDAH

23.

MUHAMMAD IRFAN ZAKARIA

24

PERTAHANAN

KUALA LUMPUR

 

Daripada senarai awal 26 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat bermula 27 Mei lalu, Cheng Hoe telah menggugurkan tiga pemain iaitu Syahmi Safari, Rodney Celvin Akwensivie dan Abdul Halim Saari.

Syahmi hadir melapor diri pada 27 Mei tetapi pemeriksaan doktor mengesahkan kecederaannya tidak sempat untuk pulih dan terus dibenarkan meninggalkan kem latihan pada hari pertama berkenaan.

Rodney pula bersama-sama menyertai sesi latihan harian sehingga semalam tetapi beliau tidak tersenarai dalam kalangan 23 pemain ketika Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Nepal di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu (2 Jun) yang menyaksikan skuad Harimau Malaya menang 2-0.

Sementara Abdul Halim pula turun dalam kesebelasan utama bertemu Nepal, namun terpaksa dikeluarkan pada minit ke-70 kerana mengalami kecederaan. Selepas kembali melapor diri bersama pemain-pemain lain semalam, pemeriksaan doktor pasukan mendapati Halim tidak sempat pulih untuk aksi bertemu Timor-Leste ini.

Aksi tempat sendiri bertemu Timor-Leste itu akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat, 7 Jun 2019 (3 Syawal) manakala aksi tempat lawan, juga di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 11 Jun 2019 (7 Syawal). Sepak mula kedua-dua perlawanan jam 8.45 malam.

Jika berjaya mengatasi Timor-Leste, skuad Harimau Malaya akan layak ke Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 membabitkan 40 pasukan terbaik Asia yang dibahagikan kepada lapan kumpulan (lima pasukan setiap kumpulan) dan akan berlangsung selama sembilan bulan untuk 10 hari perlawanan dari 5 September 2019 hingga 9 Jun 2020.

Undian bagi Pusingan 2 itu dijadual berlangsung di Doha, Qatar pada 17 Julai 2019.