SENARAI PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD FAM ERIMAU MENJELANG SUKAN SEA 2021 DI VIETNAM

2022-04-19

Berikut senarai nama empat pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih skuad FAM eRimau kebangsaan, Ahmad Akmal Abdul Rafil (AkmalJHD) bagi menyertai kem latihan pusat bermula Isnin, 25 April 2022 sebagai persiapan menjelang saingan Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam dari 13 hingga 15 Mei 2022 bagi pertandingan FIFA ONLINE 4.

 

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

MUHAMMAD LUQMAN HAZIQ HAJIMAN (LuqmanHzq)

25

GBX ESPORTS TEAM

2.

MUHAMMAD ASYRAF KAMAL (AK31)

29

ORANGE ESPORTS

3.

GAN MUN KIAT (RippedJeannn)

25

ORANGE ESPORTS

4.

WAN MUHAMMAD HAKIMM WAN NARIZAN (P3rlisTeamJr)

24

ORANGE ESPORTS

 

Skuad FAM eRimau ini akan menjalani latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya dari 25 hingga 29 April 2022 sebelum mereka dijadual terbang ke Hanoi pada 11 Mei 2022.

Bagi acara FIFA ONLINE 4 pada Sukan SEA 2021 itu nanti, saingan peringkat kelayakan akan berlangsung pada 14 Mei 2022 manakala saingan Final pada 15 Mei 2022 dengan venue pertandingan di National Convention Center Vietnam.

 

Siaran media ini dikeluarkan pada Selasa, 19 April 2022