
2022-05-20
Berikut adalah senarai 18 pemain daripada Sekolah Sukan Malaysia Negeri Pahang (SSMP) serta beberapa sekolah luar SSMP telah terpilih bagi menghadapi saingan Kejohanan Bawah-17 (B-17) UEFA Assist Girls Ulaanbaatar 2022 di Ulaanbaatar, Mongolia bermula 24 hingga 27 Mei 2022.
Malaysia akan bersaing bersama tiga lagi pasukan B-17 yang lain iaitu Mongolia, Singapura dan Uzbekistan.
|
Skuad wanita kebangsaan B-17 kendalian Kok Keng Lin akan berlepas ke Ulaanbaatar, Mongolia pada malam ini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Mereka akan bertemu Singapura pada 24 Mei; Uzbekistan pada 26 Mei dan Mongolia pada 28 Mei, semua perlawanan akan dilangsungkan di Stadium MFF, Ulaanbaatar.
* Dikeluarkan pada Jumaat, 20 Mei 2022