SENARAI TERBAHARU 23 PEMAIN HARIMAU MALAYA BERTEMU PALESTIN

 

Berikut senarai terbaharu 23 pemain dipanggil ketua jurulatih sementara skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk menghadapi perlawanan keenam Kumpulan A, Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 bertemu Palestin di Stadium Antarabangsa Amman di Amman, Jordan, 12 November ini.

 

Bil Nama Umur Posisi Pasukan
1 AHMAD HAZWAN BAKRI 24 PENYERANG SELANGOR
2 AZRIF NASRULHAQ BADRUL HISHAM* 24 PERTAHANAN SELANGOR
3 CHRISTIE JAYASEELAN 29 TENGAH FELDA UNITED
4 SHAHRUL SAAD 22 PERTAHANAN FELDA UNITED
5 ADAM NOR AZLIN 19 TENGAH HARIMAU MUDA B
6 NAZIRUL NAIM CHE HASHIM 22 PERTAHANAN HARIMAU MUDA B
7 SYAHRUL AZWARI IBRAHIM* 22 TENGAH HARIMAU MUDA B
8 ISMAIL FARUQI ASHARI 29 TENGAH TERENGGANU
9 REDZUAN SUHAIDI* 20 TENGAH PULAU PINANG
10 RONNY HARUN* 31 PERTAHANAN SARAWAK
11 KHAIRUL FAHMI CHE MAT 26 PENJAGA GOL KELANTAN
12 AMIRIZDWAN TAJ TAJUDDIN 29 PERTAHANAN KELANTAN
13 WAN ZACK HAIKAL WAN NOR 24 TENGAH KELANTAN
14 AHMAD FAKRI SAARANI* 26 PENYERANG KELANTAN
15 KHAIRULAZHAN KHALID 26 PENJAGA GOL PAHANG
16 RAZMAN ROSLAN 31 PERTAHANAN PAHANG
17 MATTHEW DAVIES 20 PERTAHANAN PAHANG
18 IZHAM TARMIZI ROSLAN 24 PENJAGA GOL JOHOR DARUL TA'ZIM
19 S CHANTHURU 28 TENGAH JOHOR DARUL TA'ZIM
20 AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK 28 PERTAHANAN JOHOR DARUL TA'ZIM
21 SAFIQ RAHIM 28 TENGAH JOHOR DARUL TA'ZIM
22 AMRI YAHYAH 34 PENYERANG JOHOR DARUL TA'ZIM
23 FAZLY MAZLAN* 22 PERTAHANAN JOHOR DARUL TA'ZIM

 

    Kim Swee terpaksa menggugurkan enam pemain daripada senarai asal 23 pemain yang dikeluarkan pada 29 Oktober lalu iaitu Baddrol Bakhtiar (Kedah), Zubir Azmi (Terengganu), Azammuddin Akil (Pahang), Hafiz Kamal (Pahang), S Kunanlan (JDT) dan Gary Steven Robbat (JDT).

    Zubir, Hafiz dan Gary disahkan cedera manakala Baddrol melangsungkan perkahwinan dan Azammuddin menyambut kelahiran anak. Kunanlan pula mengalami kecederaan selepas perlawanan menentang Perak, malam tadi.

    Bagi mengisi kekosongan berkenaan, Kim Swee telah memanggil enam pemain dari senarai menunggu sebelum ini ke dalam senarai terbaharu 23 pemain yang akan berlepas ke Amman, Jordan jam 11 malam ini.

    Mereka yang dipanggil terdiri daripada Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (Selangor), Syahrul Azwari Ibrahim (Harimau Muda B), Redzuan Suhaidi (Pulau Pinang), Ronny Harun (Sarawak), Ahmad Fakri Saarani (Kelantan) dan Fazly Mazlan (JDT).

    Bagaimanapun, Kim Swee meminta tiga pemain yang tidak dibawa ke Amman iaitu Baddrol, Azammuddin dan Kunanlan bersama-sama baki lima lagi pemain dari senarai menunggu iaitu Nurridzuan Abu Hassan (Perak), Badrul Hisham Morris (T-Team), Farhan Abu Bakar (Harimau Muda B) serta Nazrin Nawi dan Mahalli Jasuli (JDT) berada dalam keadaan bersedia untuk dipanggil sekembalinya skuad kebangsaan dari Amman pada 13 Oktober ini.

    Ia sebagai persediaan untuk menghadapi kemungkinan menggantikan mana-mana pemain yang cedera atau digantung perlawanan selepas aksi bertemu Palestin kerana skuad kebangsaan selepas ini akan berdepan pula UAE untuk perlawanan ketujuh Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Shah Alam pada 17 November ini.

 Safee Sali yang digantung satu perlawanan juga diminta untuk melapor diri ke kem latihan skuad kebangsaan pada 13 November ini.

 

J Category: 
uncategorised7