Malaysia gagal untuk mara ke final Kejuaraan B-19 AFF 2015 selepas tewas kepada Thailand 0-5 pada aksi separuh akhir di Stadium Nasional Laos, sebentar tadi.
Gol-gol hasil jaringan oleh Ritthidep Phensawat pada minit ke-35 dan 47, Worachit Kanitsribampen pada minit ke-42, Sansern Limwatthana pada minit ke-46 dan Suksan Mungpao pada minit ke-71 membolehkan pasukan juara tiga kali itu menempah tiket final pada hari Jumaat ini.
Terdahulu pada empat perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini, skuad B-19 negara kendalian ketua jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras muncul naib juara Kumpulan B selepas menewaskan Timor Leste 2-1, membelasah Singapura 4-0, terikat seri 0-0 dengan Vietnam dan tewas kepada Myanmar 0-1.
Skuad B-19 kebangsaan bakal beraksi di perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat menentang tuan rumah, Laos pada hari Jumaat ini (4 September 2015).
KOMEN JURULATIH MALAYSIA B-19, HASSAN SAZALI MOHD WARAS
“Saya akui pasukan lawan mempunyai pemain-pemain yang berkualiti tinggi dari segi hantaran-hantaran kemas mereka terutamanya dari barisan tengah. Saya berharap pemain-pemain dapat belajar sesuatu daripada pengalaman ini bagi meneruskan kejohanan ini bagi penentuan tempat ke 3/4 pada Jumaat ini.”
REKOD PERLAWANAN MALAYSIA B-19 DI KEJUARAAN B-19 AFF 2015
PERINGKAT KUMPULAN
TARIKH |
PERLAWANAN |
23 Ogos 2015 |
Malaysia 2-1 Timor Leste |
25 Ogos 2015 |
Malaysia 4-0 Singapura |
27 Ogos 2015 |
Vietnam 0-0 Malaysia |
29 Ogos 2015 |
Malaysia 0-1 Myanmar |
SENARAI PENJARING GOL MALAYSIA B-19
Nama |
Jumlah Jaringan |
Muhammad Jafri Firdaus Chew |
3 |
Muhammad Nazirul Afif Ibrahim |
1 |
Muhammad Danial Ashraf Abdullah |
1 |
Muhammad Shahrul Akmal Md Adnan |
1 |