SIARAN MEDIA: 13 PASUKAN LULUS LESEN KELAB UNTUK BERAKSI PADA CIMB LIGA SUPER 2021 & LIGA PREMIER 2021; 7 PASUKAN DAPAT LESEN BERSYARAT

2020-10-05

Sebanyak 10 daripada 12 pasukan yang beraksi pada CIMB Liga Super 2020 telah lulus dan diberikan lesen kelab kebangsaan bagi membolehkan mereka beraksi pada saingan CIMB Liga Super 2021, jika layak.

10 pasukan tersebut adalah Felda United FC, UiTM FC, Johor Darul Ta'zim FC, Kedah FA, PDRM FA, Perak FA, Petaling Jaya City FC, Sabah FA, Selangor FA dan Terengganu FC.

Dua lagi pasukan iaitu Pahang FA dan Melaka FA diberikan lesen kebangsaan dengan bersyarat.

Untuk makluman, walaupun pemohonan lesen kelab bagi Felda United FC telah diluluskan mengikut ketetapan dokumentasi pelesenan kelab, pihak sekretariat FAM diminta mendapat penjelasan tambahan daripada Felda Holdings mengenai status kelab bola sepak (FC) bagi musim 2021.

Sementara itu, tiga daripada lapan pasukan yang beraksi pada Liga Premier 2020 telah lulus dan diberikan lesen kelab kebangsaan bagi membolehkan mereka beraksi pada CIMB Liga Super 2021 atau Liga Premier 2021, jika layak.

Tiga pasukan tersebut adalah Kelantan United FC, Kuala Lumpur FA dan Negeri Sembilan FA.

Lima pasukan lain pula diberikan lesen dengan bersyarat iaitu Kuching FA, Kelantan FA, UKM FC, Pulau Pinang  FA dan Sarawak United FC.

Sebagai makluman tambahan, selepas merujuk kedua-dua dokumentasi pemohonan lesen dan dokumentasi penswastaan UKM FC, FIB FAM tidak berpuas hati dengan maklumat yang dikongsi dan memerlukan penjelasan tambahan daripada pengurusan tertinggi UKM mengenai status FC mereka bagi musim 2021.

Kesemua perkara ini telah diputuskan pada mesyuarat First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM yang telah diadakan selama dua hari di Shah Alam pada 1 dan 2 Oktober 2020.

Bagi kesemua tujuh pasukan yang diberikan lesen kebangsaan dengan bersyarat itu, mereka perlu melengkapkan keperluan yang disyaratkan itu sebelum atau pada 31 Oktober 2020.

Sekiranya pasukan-pasukan yang diberi lesen yang bersyarat dari CIMB Liga Super dan Liga Premier gagal melengkapkan keperluan sebelum atau pada 31 Oktober 2020, FIB menpunyai kuasa untuk mengambil tindakan seterusnya yang boleh terdiri daripada denda, pemotongan mata, penurunan liga dan mungkin juga lesen boleh ditarik balik.

Dalam pada itu, ingin dimaklumkan juga bahawa hanya sembilan daripada 20 pasukan CIMB Liga Super 2020 dan Liga Premier 2020 yang telah memohon untuk lesen AFC bagi musim 2021 iaitu dengan hanya lapan pasukan yang telah lulus dan diberikan lesen AFC bagi membolehkan pasukan-pasukan ini beraksi pada Liga Juara-Juara Asia 2021 dan Piala AFC 2021, jika layak.

Mereka adalah Johor Darul Ta’zim FC, Perak FA, Selangor FA, Terengganu FC, Felda United FC, Petaling Jaya Ciy FC, Kedah FA dan Kuala Lumpur FA.

Walau bagaimanapun, pasukan Melaka FA gagal mendapat lesen AFC kerana gagal memenuhi syarat yang telah ditetapkan untuk lesen AFC.

11 pasukan lain yang tidak memohon lesen AFC 2021 terdiri daripada empat pasukan CIMB Liga Super 2020 iaitu Pahang FA, Sabah FA, UiTM FC dan PDRM FA termasuk juga pasukan Kelantan FA, Kelantan United FC, Negeri Sembilan FA, Pulau Pinang FA, Kuching FA, UKM FC dan Sarawak United FC daripada Liga Premier 2020.

Bagi membolehkan sesebuah pasukan itu diberikan lesen kelab, seperti yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2020, mereka perlu melepasi penilaian yang dibuat ke atas enam (6) kriteria utama iaitu;

 

1. Kesukanan

2. Infrastruktur

3. Pegawai dan Pentadbiran  

4. Perundangan

5. Kewangan

6. Perniagaan

 

Bagaimanapun kriteria berkaitan kewangan sering kali menimbulkan persoalan apabila sesebuah pasukan yang diketahui umum mempunyai masalah tunggakan gaji pemain dan pegawai, atau tunggakan berkaitan KWSP, LHDN dan PERKESO masih tetap diberikan lesen kelab secara penuh atau bersyarat oleh FAM.

Untuk itu, di sini dijelaskan secara terperinci mengapa pasukan-pasukan diberikan lesen atau lesen bersyarat.

 

1. KEDAH FA

i) Biarpun Kedah masih mempunyai tunggakan gaji selama empat bulan iaitu Mei, Jun, Julai dan Ogos, mereka telah mengemukakan surat persetujuan bersama daripada pemain dan pegawai yang disertakan jadual pembayaran ansuran bagi tunggakan gaji tersebut.

ii) Berdasarkan persetujuan daripada pemain dan pegawai tersebut, FAM telah memberikan kelulusan lesen kelab tetapi jika pembayaran ansuran tersebut didapati tidak dibuat mengikut jadual yang ditetapkan, di antara tindakan yang boleh diambil termasuk penarikan balik lesen dan pemotongan mata.

 

2. PDRM

i) Biarpun PDRM masih mempunyai tunggakan pembayaran kepada pemain dan pegawai pada awal tahun, mereka telah berjaya menyelesaikannya sebelum penghujung Februari 2020 selepas dikenakan hukuman pemotongan tiga mata CIMB Liga Super 2020 pada 3 Februari 2020.

ii) Ia salah satu impak daripada tindakan FAM mewajibkan semua pasukan menghantar Surat Akuan Berkanun atau Statutory Declaration (SD) pada hujung tahun lalu bagi mengisytiharkan jika mereka mempunyai sebarang bayaran tertunggak dan pelan untuk melunaskan hutang-hutang tersebut.

 

3. MELAKA FA

i) Surat balas daripada LHDN berkenaan permohonan Melaka untuk membayar tunggakan secara ansuran didapati tidak jelas. Walaupun LHDN memaklumkan mereka telah menerima surat daripada Melaka tetapi ia tidak memberitahu sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan permohonan daripada Melaka itu.

ii) Melaka yang mempunyai tunggakan gaji dengan pemain dan pegawai pada awal tahun bagaimanapun telah berjaya menyelesaikan semua tunggakan tersebut sehingga 30 September 2020. Ini juga impak daripada tindakan mewajibkan pengisytiharan SD yang mana Melaka telah dikenakan hukuman pemotongan tiga mata CIMB Liga Super 2020 pada 20 Mac 2020 atas kegagalan membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual ditetapkan mereka.

 

4. PAHANG FA

i) Surat permohonan kepada LHDN, KWSP dan Perkeso untuk menjelaskan bayaran tunggakan telah diterima oleh badan-badan tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat maklumat dalam surat Pahang kepada badan-badan tersebut yang tidak dimasukkan dan ini memerlukan penjelasan yang lebih lanjut daripada Pahang.

 

5. KELANTAN FA

i) Pada permulaan tahun 2020, Kelantan merekodkan sebanyak 18 kes gaji tertunggak dengan jumlah lebih RM4 juta.

ii) Namun terkini, hanya tinggal berbaki tiga kes tunggakan gaji yang masih belum selesai atau sedang dalam proses, sekali gus menyaksikan kes-kes lama sejak tahun 2017 telah pun berjaya diselesaikan oleh Kelantan. Juga di antara kes-kes berikut, persetujuan bersama telah dibuat dan bukti persetujuan bersama ini telah diserahkan untuk pelesenan kelab sebelum tarikh akhir iaitu 30 September 2020.

iii) Selain itu, menerusi tindakan mewajibkan pengisytiharan SD, sebanyak 121 kes tunggakan pembayaran juga berjaya diselesaikan oleh Kelantan selepas mereka juga telah dikenakan hukuman pemotongan tiga mata Liga Premier 2020 pada 3 Ogos 2020 atas kegagalan membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual ditetapkan mereka.

 

6. KUCHING FA

i) Laporan audit memerlukan maklumat untuk pengesahan daripada FIB Pelesenan Kelab FAM bagi mematuhi sepenuhnya keperluan kriteria tersebut.

 

7. UKM FC

i) Surat kepada badan-badan LHDN dan KWSP memerlukan maklumat lanjut untuk memenuhi syarat dalam kriteria tersebut.

 

8. PULAU PINANG FA

i) Laporan audit memerlukan maklumat untuk pengesahan daripada FIB Pelesenan Kelab FAM bagi mematuhi sepenuhnya keperluan kriteria tersebut.

 

9. SARAWAK UNITED FC

i) Proses menyediakan laporan audit dan interim tidak teratur. Pihak FIB Pelesenan Kelab FAM memberi cadangan untuk menyiapkan laporan audit dan interim seperti kemahuan mereka bagi memenuhi syarat yang ditetapkan.

 

Berdasarkan penjelasan di atas, ini menunjukkan bahawa FAM bukan sewenang-wenangnya memberikan lesen bersyarat kepada pasukan-pasukan terbabit, sebaliknya ia dibuat berdasarkan bukti dokumentasi sokongan yang telah ditunjukkan kepada FAM selain tindakan pemantauan susulan yang akan dilakukan oleh FAM supaya syarat-syarat yang ditetapkan itu dipatuhi.

Selain itu, tindakan mewajibkan semua pasukan menghantar Surat Akuan Berkanun atau Statutory Declaration (SD) bermula pada hujung tahun lalu juga telah menunjukkan impak positif dalam proses pelesenan kelab ini terutama bagi memastikan masalah tunggakan gaji pemain dan pegawai serta KWSP, LHDN dan Perkeso dapat diselesaikan atau sekurang-kurangnya tidak berlarutan untuk satu tempoh yang panjang.

Ini kerana, tunggakan yang diambil kira untuk permohonan lesen kelab bagi setiap tahun kitaran hanya setakat 30 Jun pada tahun tersebut, sekali gus SD yang perlu dibuat pada penghujung tahun adalah supaya FAM dapat memantau serta memperoleh maklumat jika terdapat tunggakan yang berlaku di antara tempoh Julai hingga November (iaitu sampai selesai musim) setiap tahun.

Justeru, perkara yang sama akan diteruskan untuk tahun kedua pada 2020 ini yang mana setiap pasukan perlu menghantar SD masing-masing kepada FAM selewat-lewatnya pada 15 Disember 2020 bagi mengisytiharkan jika mereka mempunyai tunggakan gaji pemain dan pegawai bagi pasukan utama, Piala Presiden dan Piala Belia sehingga 30 November 2020 serta lain-lain tunggakan membabitkan KWSP, LHDN dan Perkeso, dan juga pelan untuk melunaskan hutang-hutang tersebut.

Ia bagi memastikan tiada sebarang tunggakan dari 2020 yang akan dibawa ke musim 2021.

Pelesenan kelab ini juga sebenarnya telah banyak membantu FAM dalam mengurangkan bilangan atau jumlah kes tunggakan gaji pemain dan pegawai dari setahun ke setahun.

Sebagai contoh, jumlah kes tunggakan bayaran kepada pemain dan pegawai (termasuk gaji & pampasan) yang telah diputuskan oleh FAM dan FIFA pada 2019 dan 2020 adalah sebanyak 65 kes iaitu yang berjumlah RM8,694,100.32.

Bagaimanapun, selepas FAM bekerjasama rapat dengan semua pasukan terbabit dan menekankan kepentingan untuk menyelesaikan tunggakan tersebut bagi mendapatkan lesen kelab, jumlah terkini kes aktif adalah sangat rendah iaitu hanya sebanyak tujuh kes.

Setakat 30 September 2020, jumlah kes tunggakan bayaran yang berjaya diselesaikan ialah sebanyak 58 kes yang membabitkan jumlah RM 8,129,160.59.

Seterusnya, FAM melalui langkah mewajibkan pengisytiharan SD pada tahun 2019 pula telah berjaya menyelesaikan sebanyak 297 kes tunggakan pembayaran kepada pemain dan pegawai dengan jumlah RM912,717.08.

Lesen Kebangsaan dan lesen AFC ini adalah sah untuk tempoh satu musim sahaja iaitu bagi musim 2021 dan sepanjang musim berkenaan, jika mana-mana pasukan didapati melanggar artikel-artikel yang terdapat dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2020 atau dalam apa juga keadaan yang menyebabkan pengeluar lesen (FAM) tidak berpuas hati, lesen kelab mereka boleh ditarik balik.

Akhir kata, FAM selaku pihak yang memberikan lesen kelab ini ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan-pasukan yang telah berjaya memperoleh lesen kelab Kebangsaan dan lesen AFC ini atas usaha individu-individu dalam pasukan masing-masing yang telah memberi komitmen sepenuhnya dalam memastikan permohonan mereka berjaya walaupun terkesan dengan impak daripada pandemik COVID-19 pada tahun 2020 ini.

 

Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif

Pengerusi FIB Pelesenan Kelab FAM

 

---

 

MEDIA RELEASE: 13 TEAMS GRANTED CLUB LICENSE TO COMPETE IN CIMB LIGA SUPER 2021 & LIGA PREMIER 2021; 7 TEAMS WITH CONDITIONAL LICENSE

2020-10-05

A total of 10 out of 12 teams that are competing in the CIMB Liga Super 2020 was granted their national club license to enable them to compete in the CIMB Liga Super 2021, if eligible.

The 10 teams are Felda United FC, UiTM FC, Johor Darul Ta’zim FC, Kedah FA, PDRM FA, Perak FA, Petaling Jaya City FC, Sabah FA, Selangor FA and Terengganu FC.

The remaining two teams namely; Pahang FA and Melaka FA were granted conditional national license. 

For everyone’s attention, although the club licensing request for Felda United FC was approved, in accordance to the club licensing documentation, the FAM secretariat was requested to obtain further justification from Felda Holdings on the football club (FC) status for Season 2021.

Meanwhile, three out of eight teams that will be competing in the Liga Premier 2020 has received their national club license that will enable them to compete in the CIMB Liga Super 2021 or Liga Premier 2021, if eligible.

The three teams are Kelantan United FC, Kuala Lumpur FA and Negeri Sembilan FA. 

The remaining five teams that were granted conditional license are Kuching FA, Kelantan FA, UKM FC, Pulau Pinang FA and Sarawak United FC.

As additional information, the FAM FIB is not satisfied with the information that was shared by the highest management of UKM on their FC status for Season 2021 after referring to their license request and privatization documentation.

These matters had been decided during the First Instance Body (FIB) FAM Club Licensing meeting that was held in Shah Alam from 1 until 2 October 2020.

Should the teams that were granted with the conditional national license fail to complete the requirement before or on 31 October 2020, FIB has the rights to take further actions which may include fine, point deduction, relegation and/or their license revoked.

We would also like to inform that only 9 out of 20 CIMB Liga Super 2020 and Liga Premier 2020 that has applied for the AFC license for Season 2021with only 8 teams having passed and granted with the AFC license to enable these teams to compete in the Asian Champions League 2021 and the AFC Cup 2021, if eligible.

These teams are Johor Darul Ta’zim FC, Perak FA, Selangor FA, Terengganu FC, Felda United FC, Petaling Jaya FC, Kedah FA and Kuala Lumpur FA.

However, Melaka FA has failed to obtain their AFC license due to failure to meet the requirement set for the AFC licensing.

The remaining 11 teams that did not apply for the AFC 2021 license consisted of four teams from CIMB Liga Super 2020; Pahang FA, Sabah FA, UiTM FC and PDRM FA including Kelantan FA, Kelantan United FC, Negeri Sembilan FA, Pulau Pinang FA, Kuching FA, UKM FC and Sarawak United FC from Liga Premier 2020.

To enable a team to be granted a club license as stipulated in the FAM Club Licensing Regulation Edition 2020, they are required to pass the assessment made on these 6 main criteria name;

 

  1. Sports
  2. Infrastructure
  3. Officials and administration
  4. Legislation
  5. Finance
  6. Business
  7.  

However, financial-related criteria often raise questions when a team is known to have problems with arrears of salaries of players and officials, or arrears related to the EPF, IRB and SOCSO are still given full or conditional club licenses by FAM.

For that, explained in detail below on the justifications why were these teams are granted with license or conditional license:

 

1. KEDAH FA

i) Although Kedah still has four months of salary arrears beginning May, June, July and August, they have however, submitted a letter of mutual agreement between the players and officials with an instalment payment schedule for the outstanding amount.

ii) Based on the agreement between the players and officials, FAM has granted the club license approval but in the event that the instalment payment is found not to be made according to the set schedule, among the actions that can be taken includes revocation of license and deduction of points.

 

2. PDRM

i) Although PDRM still had salary arrears with its players and official earlier this year, they have managed to conclude it before the end of February 2020 after the 3-point deduction of CIMB Liga Super 2020 on 3 February 2020.

ii) This is one of the many impacts from FAM’s action to have all teams to submit the Statutory Declaration (SD) end of last year to declare if they have any salary arrears and plans to settle the outstanding amount.

 

3. MELAKA FA

i) The reply letter from the LHDN regarding Melaka's application to pay arrears in instalments was found to be unclear. Although LHDN had informed that they received a letter from Melaka but it did not state whether they (LHDN) agreed or not with the application from the team.

ii) Melaka, which had salary arrears with players and officials since the beginning of the year, however has successfully settled all of the arrears until 30 September 2020.  This is also the impact from the declaration of SD in which the team received a CIMB Liga Super 2020 3-point deduction on 20 Mac 2020 due to their failure to settle the remaining balance of salary arrears according to their payment schedule.

 

4. PAHANG FA

i) Letter of application to LHDN, KWSP and Perkeso to settle payment arrears has been received by these bodies. However, there are information in these letters to these bodies that were not shared and this requires further justification from Pahang.

 

5. KELANTAN FA

i) In the beginning of 2020, Kelantan recorded a total of 18 outstanding salary cases with a total of more than RM4 million.

ii) However, recently, there are only three cases of salary arrears that have not been completed or are in the process, thus seeing the old cases since 2017 have been successfully resolved by Kelantan. Also among the following cases, a mutual agreement has been made and proof of this mutual agreement has been submitted for club licensing before the deadline of 30 September 2020.

iii) Besides that, through making the declaration of SD compulsory to all teams, a total of 121 salary arrears were able to be finalized and concluded after they too received a Liga Premier 2020 3 point-deduction due to their failure to settle the remaining balance of salary arrears according to their payment schedule.

 

6. KUCHING FA

i) The audit report requires information for confirmation from the FIB FAM Club Licensing to fully comply with the requirements of the criteria.

 

7. UKM FC

i) The letters to the bodies, LHDN and KWSP requires further information to comply in order to meet the requirement of the criteria.

 

8. PULAU PINANG FA

i) The audit report requires information for confirmation from the FIB FAM Club Licensing to fully comply with the requirements of the criteria.

 

9. SARAWAK UNITED FC

i) The process of preparing audit report and interim were irregular. The FIB FAM Club Licensing proposed to finalize the audit and interim reports as they wish to meet the stipulated conditions.

 

Based on the above justification, this shows that FAM is not arbitrarily granting conditional licenses to the teams that were involved, instead it is made based on the supporting documentation evidence that was presented to FAM in addition to follow-up monitoring actions that will be done by FAM so that the conditions are complied with.

Besides that, through making the declaration of SD compulsory to all teams beginning end of last year, has also shown a positive impact for the club licensing process, especially to ensure the issues of salary arrears amongst players and officials as well as KWSP, LHDN and Perkeso can be resolved or it would not take a long period to have it finalized and concluded.

Furthermore, the arrears that were taken into account for the club license application for each cycle year is only until June 30 of that year, so the SD that needs to be submitted by end of the year is for FAM being able to monitor and obtain information if should there be any arrears that occur between July to November (i.e. until the end of the season) every year.

Thus, the same process will continue for the second year in 2020 where each team is obligated to submit their respective SD to FAM no later than 15 December 2020 to declare if they have arrears of salaries of players and officials for the main team, Piala Presiden and Piala Belia until 30 November 2020 as well as other arrears involving the KWSP, LHDN and Perkeso as well as the team’s plans to clear out the outstanding debts.

This is to ensure that will be no arrears from 2020 that will be brought to the 2021 season.

Both the club licensing process and statutory declaration has also facilitated FAM in reducing the number or total of arrears of salaries of players and officials from year to year.

For example, the total number of arrears of payment to players and officials (including salaries & compensation) that have been decided by FAM and FIFA in 2019 and 2020 were 65 cases amounted to RM8,694,100.32.

However, after FAM worked closely with all the teams involved and stressed the importance of resolving the arrears to obtain the club license, the latest number of active cases are very low with seven cases only.

As of 30 September 2020, the total number of payment arrears that were successfully resolved are 58 cases amounted to RM 8,129,160.59.

Furthermore, FAM through making the declaration of SD mandatory in 2019, it had successfully resolved a total of 297 cases of payment arrears to players and officers with a total amounted RM912,717.08.

This national license and AFC license is valid for a period of one season, only for season 2021 and throughout the season, if any team is found to be in violation of the articles stipulated in the FAM Club Licensing Regulation Edition 2020 or in any circumstances that would cause license issuers (FAM) to be not satisfied, their club license can be revoked.

Last but not least, FAM would like to congratulate the teams that have successfully obtained their national club license and the AFC license for their outstanding efforts in ensuring their application is successful though affected with the impact of the COVID-19 pandemic.

 

Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif

FAM Club Licensing FIB Chairman