SIARAN MEDIA: FAM AKAN MENGEMUKAKAN LAPORAN INSIDEN DI JAKARTA MALAM TADI KEPADA FIFA & AFC

2019-09-06

 

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) amat kecewa dengan gangguan penyokong pada perlawanan Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Indonesia lwn Malaysia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, semalam.

 

'Fairplay' dan professionalism telah dipamerkan oleh pemain dan pegawai kedua-dua negara, tetapi perlawanan dicemari oleh insiden di luar padang. 

 

FAM anggap negara jiran kita, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), melalui pihak kuasa tempatan gagal menjangkakan insiden yang telah berlaku justeru gagal mengotakan janji yang diberikan mereka secara umum untuk perlawanan ini, dan juga gagal mengawal sikap penyokong sepanjang pra mahupun ketika serta selepas perlawanan berlangsung sekaligus mencemarkan imej bola sepak Indonesia. 

 

Memandangkan FAM dan PDRM tidak mempunyai bidang kuasa di Indonesia, kami mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan melalui dua mesyuarat bertarikh 20 Ogos dan 27 Ogos 2019 yang turut dihadiri oleh Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), ACP Kamarulzaman Maarof, sebagai persiapan langkah keselamatan yang diperlukan untuk  perjalanan penyokong negara. 

 

Walaupun disediakan polis pengiring dari lapangan terbang ke stadium dan sebaliknya khusus untuk lebih 300 penyokong Malaysia dalam 6 buah bas, keadaan tetap menjadi huru-hara dan kami berasa amat kecewa dengan jawatankuasa pengelola tempatan berikutan kegagalan mereka menunaikan janji serta persefahaman yang dicapai. 

 

Tidak ada tempat dalam sukan bola sepak untuk gejala hooliganisme dan gangsterisme dan oleh itu, kami telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan dan sedang mengumpul bukti kukuh bagi melaporkan kejadian semalam kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). 

 

Justeru, bagi penyokong Malaysia yang masih berada di Indonesia, kami mendoakan keselamatan anda di sana dan moga selamat pulang ke Malaysia. Terima kasih atas sokongan padu anda terhadap skuad kebangsaan, Harimau Malaya dan kami juga menggesa anda untuk mengelakkan sebarang bentuk provokasi yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri mahupun rakyat Indonesia.

 

Penyokong Malaysia secara umumnya dilihat bertindak balas secara positif malam tadi dan tidak mengikut sebarang provokasi.  Lantaran itu, 

kami nasihatkan anda untuk kekal sabar dan terus menghormati penyokong luar ke negara kita - sama ada peminat Indonesia, UAE, Thailand atau Vietnam terhadap semua perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional nanti.

 

Stuart Ramalingam

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

 

——

 

MEDIA RELEASE: FAM TO FILE REPORT OF LAST NIGHT’S INCIDENTS IN JAKARTA TO FIFA & AFC

 

Football Association of Malaysia (FAM) are extremely disappointed with the crowd disturbance during the 2022 World Cup/2023 Asian Cup Preliminary Joint Qualification Round 2 Group G match between Indonesia and Malaysia yesterday at the Gelora Bung Karno Main Stadium, Jakarta.

 

Fairplay and professionalism were shown by both sets of players and officials on the pitch last night, but the game was marred by incidents off the pitch.

 

FAM strongly believe our counterparts, the Football Association of Indonesia/Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), via the local authorities, have failed to anticipate the incidents that took place, thus failing to deliver the promises made prior to the match and in general, failing to control the behaviour of their fans - pre, during and post-match which ultimately tarnished the image of Indonesian football. 

 

Given the fact FAM and PDRM have no jurisdiction in Indonesia, we took the initiative to collaborate with local authorities through two meetings dated 20th and 27th August 2019 which was also attended by the Deputy Commander of the Federal Reserve Unit (FRU), ACP Kamarulzaman Maarof, to provide the necessary security measures for our travelling fans. 

 

In spite of the police escort from the airport to the stadium and vice versa arranged for the 300 travelling Malaysian fans in 6 buses, the situation descended into chaos and we are bitterly disappointed that the local organising committee failed to uphold their end of the agreement. 

 

There is no place in football for hooliganism and gangsterism in any form and as such, we have decided to take action and are in the midst of compiling the evidence to report last night’s incidents to the Federation International de Football Association (FIFA) and the Asian Football Confederation (AFC).  

 

As for the Malaysian fans in Indonesia, we pray for your safe journey within the country and journey back to Malaysia and thank all of you for your strong support towards the Harimau Malaya squad. We also urge you to avoid any form of instigation or provocation that may cause harm on yourselves or the people of Indonesia. 

 

Malaysian fans in general reacted in a positive manner last night and did not succumb to the provocation. In light of that, we urge you to exercise restraint and patience and extend our warmest hospitality to the travelling fans to our country - be they Indonesian, UAE, Thai or Vietnamese fans - with the utmost respect for all upcoming matches at the National Stadium.

 

Stuart Ramalingam

General Secretary of the Football Association of Malaysia (FAM)