SIARAN MEDIA: FAM JALIN KERJASAMA BERSAMA AEON BIG

2023-08-31

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan jalinan kerjasama terbaharunya bersama pasar raya terkenal di Malaysia, AEON BiG (M) Sdn. Bhd. selepas sepak mula Pestabola Merdeka 2023 sehingga penghujung 2024.

Kehadiran AEON BiG sebagai rakan penaja pasar raya rasmi FAM dan Harimau Malaya menjelang kempen edisi ke-42 Pestabola Merdeka 2023 yang akan berlangsung pada 13 dan 17 Oktober ini dilihat sebagai satu kerjasama yang cukup istimewa buat FAM.

Pengumuman kerjasama bersama AEON BiG itu telah dilangsungkan selepas Majlis Pelancaran Pestabola Merdeka 2023 di AEON Big, cawangan Wangsa Maju, Kuala Lumpur, petang tadi.

Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin menyatakan jalinan kerjasama bersama AEON BiG bakal membuka peluang untuk FAM meluaskan lagi jenama Harimau Malaya di seluruh negara.

"Dengan 21 cawangan di seluruh negara, sudah tentu FAM dapat memanfaatkan peluang untuk mempromosikan jenama FAM dan Harimau Malaya serta kejohanan Pestabola Merdeka 2023 yang akan berlangsung Oktober ini.

"Usaha untuk membangunkan arena bola sepak adalah usaha yang kolektif membabitkan pelbagai pihak termasuk barisan penaja.  Tanpa sokongan daripada mereka, sudah tentu objektif FAM untuk memperkukuhkan sistem bola sepak negara tidak dapat dicapai.

"Mewakili pihak FAM, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pihak AEON BiG di atas kesudian untuk menjadi sebahagian daripada keluarga FAM," kata Datuk Haji Hamidin.

Sementara itu, Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata AEON BiG menerusi 21 cawangan yang ada di seluruh negara dijangka dapat menarik minat peminat sukan bola sepak tanah air menyaksikan kejohanan Pestabola Merdeka 2023. 

Sukan tanah air amat dekat di hati pihak Pengurusan AEON BiG. Untuk makluman, AEON BiG menjadi penaja kepada Malaysian Football League, Selangor FC, MBSJ Liga Super Wanita dan Liga Besbol Kebangsaan 2023 dan juga penajaan Setiawangsa Rangers FC juga memperlihat penglibatan AEON BiG dalam peringkat komuniti.

Tambah beliau, kerjasama yang terjalin erat antara AEON BiG dan FAM adalah pilihan tepat selaras dengan prestasi mantap yang ditunjukkan pemain pada kojahanan bola sepak pada tahun ini.

“Sukan bola sepak merupakan salah satu sukan yang amat dekat di hati kebanyakan rakyat Malaysia. Kami amat bersyukur kerana mempunyai peluang untuk mendekatkan lagi warga AEON BiG dengan sukan.” tambah beliau.

Penglibatan AEON BiG di dalam bidang sukan ini bertujuan untuk mempromosikan sukan tempatan dan membina hubungan yang lebih kukuh di dalam komuniti. Melalui falsafah untuk menawarkan “pelbagai pilihan dengan nilai yang hebat” kepada pelanggan, penajaan ini adalah salah satu bukti usaha berterusan AEON BiG untuk menyokong aktiviti sukan dan gaya hidup sihat di Malaysia.

 

*Siaran media ini dikeluarkan pada Khamis, 31 Ogos 2023

 

Mengenai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Ditubuhkan pada 1926 sebagai Persatuan Bola Sepak Malaya (MFA), Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah badan induk negara yang dibentuk untuk menyelia semua aspek aktiviti bola sepak di negara ini. Bergabung dengan badan dunia FIFA, FAM adalah ahli Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF).

Untuk pertanyaan media kepada FAM, sila hantar e-mel ke: [email protected]

 

Mengenai AEON BiG

AEON BiG (M) SDN BHD kini mengendalikan 21 pasar raya besar dengan nama dagang "AEON BiG" di Malaysia. Ia menawarkan PELBAGAI PILIHAN, dengan NILAI HEBAT. Pengambilalihan AEON BIG adalah sebahagian daripada rancangan AEON Group untuk mengembangkan perniagaan di Asia Tenggara dan mengembangkan lagi operasi Asean.

Berpandukan kepada falsafah "Pelanggan Didahulukan", pemahaman syarikat yang mendalam mengenai keperluan pasaran sasaran yang dibantu oleh campuran produk yang optimum, AEON melangkau jangkaan pelanggannya dan meningkatkan pengalaman mereka setiap kali berbelanja.

Semangat yang terpahat ke atas nama AEON yang bermaksud keabadian dalam bahasa Latin, AEON terus berusaha untuk berkolaborasi dengan pelanggan, pembekal, rakan niaga, pemegang saham dan masyarakat setempat untuk mewujudkan peluang masa hadapan tanpa Untuk maklumat lanjut, sila layari:

  • Facebook: MY AEON BiG
  • Instagram: myaeonbig
  • Twitter: AEON Retail Malaysia
  • TikTik: myaeonbigofficial
  • LinkedIn: AEON Group Malaysia
  • Laman Web: www.aeonbig.com.my

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:

 Siti Liyana Abu Noor

Media dan Komunikasi

AEON BiG Sdn Bhd

T: 013 690 2665

E: [email protected]