SIARAN MEDIA: FAM LANCAR DNA BOLA SEPAK MALAYSIA

2019-07-09

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini melancarkan DNA Bola Sepak Malaysia sebagai rujukan bagi semua pihak memahami corak permainan mengikut acuan bola sepak negara.

DNA Bola Sepak Malaysia yang dilancarkan secara rasmi oleh Presiden FAM, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin, adalah manifestasi falsafah bola sepak negara yang turut merangkumi sistem kejurulatihan yang seragam merentasi semua peringkat umur, dari peringkat akar umbi hingga elit.

DNA Bola Sepak Malaysia yang juga dipanggil “The Malaysian Way” atau Cara Malaysia, harus menjadi garis panduan dan rujukan kepada pemain, jurulatih dan tenaga pengajar jurulatih dari peringkat bawah hingga ke peringkat tertinggi. Ia dilancarkan sebagai penutup kepada Sidang Kemuncak Pengarah Teknikal yang diadakan selama dua hari, anjuran Jabatan Teknikal FAM.

Timbalan Presiden FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak Belia, Dato’ Sri Subahan Kamal, berkata:

“Kajian mengenai DNA Bola Sepak ini diketuai oleh Pengarah Teknikal FAM, Peter de Roo seawal Oktober 2017 dan ia merangkumi kaedah permainan yang menitik beratkan etika kerja sepasukan, dengan menyerang secara teratur dan bertahan secara berpasukan.

“Secara umumnya, DNA bola sepak Malaysia adalah petunjuk kepada semua pihak bagaimana untuk bermain dengan corak permainan yang sama dan seragam, dari peringkat paling bawah hingga ke peringkat senior.

“Sasaran kita ialah melahirkan pemain yang benar-benar bermain cara DNA Malaysia pada 2030 sejajar kemuncak peta Hala Tuju F:30,” katanya.

Sementara itu, de Roo menjelaskan Cara Malaysia boleh digambarkan menerusi permainan anak didik Tan Cheng Hoe, yang bergerak sebagai sepasukan dalam transisi dari pertahanan ke serangan selain bertahan secara berpasukan.

“Negara-negara yang paling berjaya di dunia dan bahkan di Asia, sudah mula bekerja bertahun-tahun lalu dengan cara yang seragam untuk membangunkan pemain dan corak permainan tersendiri dengan mengembangkan DNA Bola Sepak masing-masing,” kata de Roo.

Menurutnya, DNA Bola Sepak Malaysia adalah kunci untuk perkembangan pemain dan jurulatih. Ia akan memberikan pendekatan yang konsisten dan akan memudahkan pemain dan jurulatih untuk melaksanakan di setiap peringkat.

“DNA Bola Sepak Malaysia akan melahirkan lebih banyak jurulatih yang berpengalaman, dan akan mengangkat standard pemain Malaysia ke tahap lebih tinggi.”

De Roo menggambarkan corak permainan pasukan kebangsaan kendalian Cheng Hoe sebagai manifestasi DNA Bola Sepak Malaysia, dengan menggunakan transisi dari penjaga gol ke kubu lawan menerusi lapan hantaran membabitkan tujuh pemain dalam masa 20 saat  ketika Syahmi Safari menjaringkan gol menentang Thailand pada Piala AFF Suzuki 2018 sebagai contoh terbaik.

Terdahulu, Dato’ Haji Hamidin melancarkan perasmian DNA Bola Sepak Malaysia dengan menandatangani buku yang menerangkan falsafah bola sepak negara. Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak Belia FAM yang juga ahli exco FAM, Dato’ Jefferey Low dan Setiausaha Agung FAM; Stuart Ramalingam.

Butiran lengkap dan kandungan DNA Bola Sepak Malaysia boleh dimuat turun di sini.

 

----------------------

MEDIA RELEASE: FAM LAUNCHES MALAYSIAN FOOTBALL DNA

2019-07-09

The Football Association of Malaysia (FAM) has today launched the Malaysian Football DNA as a reference for all parties to understand the pattern of the game and playing style in accordance to the national team’s mould.

The Malaysian Football DNA, officially launched by FAM President, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin, is a manifestation of the national football philosophy which includes a uniform coaching system across all age groups, from grassroots to elite.

The Malaysian Football DNA, also known as the “The Malaysian Way” should be a guideline and reference to players, coaches and other coaching staff from the initial stages up to the latter stages. It was launched as part of the closing ceremony for the two-day Technical Directors Summit organised by FAM’s Technical Department.

FAM Deputy President, who is also the Chairman of the FAM Technical and Youth Development Football Committee, Dato' Sri Subahan Kamal, said:

"The study behind this Football DNA is headed by FAM Technical Director, Peter de Roo as early as October 2017 and it covers methods that focus on teamwork ethics, by attacking in an organized fashion and defending as a unit.

"In general, the Malaysian football DNA is a blueprint to all parties on how to play with the same playing style and uniformity, from the youngest age-group to the senior level.

“Our target is to generate players that truly uphold the way of the Malaysian DNA by 2030 in line with the peak of the F:30 Roadmap,” he said. 

Meanwhile, de Roo explained that the Malaysian Way can be best seen in the way Tan Cheng Hoe’s squad plays as they move as a team in transition from defence to attack as well as defending as a whole.

“The most successful countries in the world and even in Asia have worked tirelessly over the years to develop their respective Football DNAs which in turn develops their players and their own playing style,” said de Roo.  

According to him, the Malaysian Football DNA is key in the development of players and coaches. It will provide a consistent approach and will make it easier for players and coaches at every level to execute it.

“The Malaysian Football DNA will produce more experienced coaches and raise the standards of Malaysian players to greater heights.”

De Roo describes the style of play instilled by the national team under the tutelage of Cheng Hoe as a manifestation of the Malaysian Football DNA – the best example coming from their 2018 AFF Suzuki Cup goal against Thailand; a move that started from the goalkeeper and eight passes later involving seven players in 20 seconds, the move was finished off beautifully by Syahmi Safari.

Earlier, Dato’ Haji Hamidin officiated the launch of the Malaysian Football DNA by signing the book that illuminates the national football philosophy. Also, in attendance were Deputy Chairman of the FAM Technical and Youth Development Football Committee and also an FAM exco member, Dato' Jefferey Low and FAM General Secretary; Stuart Ramalingam.

Click here for full details and the contents of the Malaysian Football DNA.