SIARAN MEDIA: FAM LANTIK MOHD SAIFUDDIN ABU BAKAR SEBAGAI SETIAUSAHA AGUNG YANG BAHARU

2021-08-30

Dengan pelantikan Stuart Ramalingam sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL) yang baharu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan pelantikan Mohd Saifuddin Abu Bakar sebagai setiausaha agungnya yang baharu berkuat kuasa 1 September 2021 bagi mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Stuart.

Mohd Saifuddin, 60, mula menceburi bidang tadbir urus bola sepak sebagai Pegawai Pembangunan Teknikal dan Remaja Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) pada 1991, sebelum menjawat tugas di pelbagai unit dalam FAM dari 1995 hingga 2003 termasuk sebagai Ketua Jabatan Pertandingan dan kemudian menyertai Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebagai Pegawai Pertandingan dan Pengurusan Acara Serantau dari 2003 hingga 2007.

Beliau yang berasal dari Melaka kemudian kembali ke FAM sebagai Penolong Setiausaha Agung dari 2007 hingga 2009 sebelum berhijrah ke Timur Tengah untuk menjadi Penolong Ketua Pertandingan Qatar Stars League dan kemudiannya berkhidmat pula sebagai perunding teknikal Oman FA dengan skop tugas selaku Pengurus Pertandingan Liga dan Pelesenan Kebangsaan dari 2012 hingga 2019.

Mohd Saifuddin juga merupakan Komisioner Perlawanan FIFA dan AFC.

FAM percaya dengan pengalaman luas di peringkat domestik dan antarabangsa serta latar belakang dan kelayakan yang dimilikinya, Mohd Saifuddin mampu membawa FAM ke tahap lebih tinggi sambil memenuhi aspirasi pemegang taruh.

Selamat menjalankan tugas dengan profesional dan penuh amanah demi memartabatkan bola sepak negara.

 

 

PRESS RELEASE: FAM APPOINTS MOHD SAIFUDDIN ABU BAKAR AS THE NEW GENERAL SECRETARY

2021-08-30

Football Association of Malaysia (FAM) today announced the appointment of Mohd Saifuddin Abu Bakar as the new general secretary effective September 1, 2021 to fill the vacancy left by Stuart Ramalingam who has been appointed as the Malaysian Football League (MFL), Chief Executive Officer.

Mohd Saifuddin, 60, began his career in football administration as the FA of Selangor (FAS) Technical and Youth Development Officer in 1991, before serving in various units in FAM from 1995 to 2003, including as the Head of the Competition Department. He then joined the Asian Football Confederation (AFC) as the Regional Competition and Event Management Officer from 2003 to 2007.

Born and bred in Melaka, he later returned to FAM as the Assistant General Secretary from 2007 to 2009 before migrating to Middle East to become the Assistant Head of Qatar Stars League Competition and later served as the technical consultant for Oman FA with the job scope as the League Competition and Licensing Manager from 2012 to 2019.

Mohd Saifuddin is also a FIFA and AFC Match Commissioner.

Due to his background and vast experience at the domestic and international levels, FAM believes Mohd Saifuddin will be able to take FAM to a greater level in meeting the aspirations of the various stakeholders.

All the best in carrying out the duties professionally and with absolute integrity for the sake of national football.