SIARAN MEDIA: KEMAS KINI SENARAI AKTIVITI TEKNIKAL FAM

2022-03-22

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan sukacitanya ingin mengumumkan senarai aktiviti dan keputusan di bawah Jabatan Teknikal FAM seperti berikut:

 

Liga SupaRimau

  • Liga untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia di antara 6 hingga 16 tahun.
  • Ketika ini diadakan di enam negeri/wilayah persekutuan (Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Pulau Pinang).
  • 13 lokasi
  • 330 pasukan
  • 5,500 pemain berdaftar
  • Empat negeri baharu akan meyertai Musim 2 (Melaka, Kedah, Sabah dan Pahang)

 

Pendidikan Jurulatih

  • Diploma Profesional AFC kali kedua anjuran FAM telah bermula pada 7 Februari 2022 dengan 20 peserta.
  • Lesen A AFC akan bermula pada Mei.

 

Futsal

  • Malaysia Premier Futsal League (MPFL) bagi Kategori Lelaki telah berlangsung dari 14 Januari hingga 13 Mac 2022 menampilkan 15 pasukan dengan Selangor MAC muncul juara manakala Pahang Rangers FC menamatkan saingan selaku naib juara.
  • MPFL bagi Kategori Wanita pula telah melakukan sepak mula pada 8 Mac dan akan berakhir pada 23 Mac 2022 dengan format liga dua pusingan membabitkan enam pasukan.
  • Pasukan lelaki kebangsaan kendalian Chiew Chun Yong akan menyertai Kejuaraan Futsal AFF 2022 di Thailand dari 2 hingga 10 April ini sebelum bertanding dalam Sukan SEA 2022 di Vietnam dari 4 hingga 23 Mei 2022.
  • Pasukan wanita kebangsaan turut akan beraksi pada Sukan SEA 2022.

 

Akar Umbi

  • FAM telah dianugerahkan Keahlian Perak AFC di bawah Piagam Akar Umbi AFC.
  • 18 kursus akar umbi telah dan akan dianjurkan sehingga 31 Mac.
  • 35 kursus telah dirancang setakat ini untuk tahun 2022 (yang bersamaan dengan penglibatan 1,050 jurulatih akar umbi baharu).

 

Bola Sepak Wanita

  • FAM akan menganjurkan pertandingan 9-sebelah di Wisma FAM bermula pada Sabtu, 26 Mac dan akan diteruskan selepas itu pada setiap Sabtu terakhir setiap bulan selama tempoh enam bulan.
  • Piala Tun Sharifah Rodziah atau PTSR yang telah dijenamakan semula akan melakukan sepak mulanya dengan pertandingan liga peringkat zon pada Sabtu, 14 Mei.
  • Bersempena dengan permulaan saingan liga peringkat zon PTSR itu, FAM turut akan menganjurkan Hari Bola Sepak Wanita AFC pada Sabtu, 14 Mei.

 

Bola Sepak Belia

  • Akademi Johor Darul Ta’zim (JDT) telah dianugerahkan akreditasi Akademi Dua-Bintang AFC sebagai pengiktirafan terhadap komitmen mereka dalam membangunkan pemain-pemain remaja di Johor.

 

Pasukan Kebangsaan

  • Tempoh tujuh hari telah ditetapkan sebelum jendela FIFA pada Mac (dua perlawanan persahabatan bertemu Filipina dan Singapura) dan lapan hari ditetapkan sebelum jendela FIFA pada Jun. FAM dan Jabatan Pasukan Kebangsaan akan berkerjasama rapat dengan MFL dalam memastikan tempoh persiapan lebih panjang.
  • Pasukan Prestasi Tinggi sudah dihimpunkan (ahli fisiologi, psikologi, pakar pemakanan) sebagai tambahan kepada staf sokongan sedia ada. Pengurus Prestasi Tinggi (Reuben Jude Balraj) telah dilantik. Kesemua staf akan melapor diri kepada Ketua Jurulatih pasukan-pasukan serta juga kepada Pengurus Prestasi Tinggi. Sebahagian daripada peranan Pengurus Prestasi Tinggi  ialah menyusun keputusan-keputusan ujian, analisis perlawanan, laporan kecederaan dan sebagainya untuk digunakan sebagai perbandingan dan juga perancangan masa depan.
  • Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon akan berkhidmat sebagai Ketua Jurulatih dan Pengurus Pasukan, sebagaimana tanggungjawab digalas Nelo Vingada, yang menjadi Ketua Jurulatih merangkap Pengurus Pasukan skuad kebangsaan pada 2017.
  • Protokol sedang dilaksanakan berkaitan dengan Kem Latihan Pusat Skuad Kebangsaan dan juga perlawanan-perlawanan persahabatan.
  • Sasaran hendaklah diletakkan selepas perundingan dibuat oleh semua pihak yang berkaitan (Jurulatih-jurulatih/Pengarah Teknikal/Exco FAM).
  • Templat laporan Pasukan Kebangsaan telah pun dimuktamadkan selepas berunding dengan staf pasukan kebangsaan. Pada masa akan datang, semua pasukan kebangsaan akan menggunakan templat dan proses membuat laporan yang seragam.

 

SCOTT O’DONELL

Pengarah Teknikal, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

 

* Siaran media ini dikeluarkan pada Selasa, 22 Mac 2022

 

 

MEDIA RELEASE: FAM ISSUES UPDATES ON LIST OF TECHNICAL ACTIVITIES

2022-03-22

The FA of Malaysia (FAM) is pleased to announce updates on various activities under the technical department.

 

Liga SupaRimau

  • A league for boys and girls aged between 6 and 16 years.
  • Currently operating in six States (Johor, Negri Sembilan, Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor and Penang).
  • 13 venues
  • 330 teams
  • 5,500 registered players
  • Four new States to participate in Season Two (Melaka, Kedah, Sabah and Pahang)

 

Coach Education

  • FAM’s second AFC Professional Diploma commenced on February 7, 2022 with 20 candidates.
  • AFC A Licence to commence in May.

 

Futsal

  • The Men’s Malaysia Premier Futsal League (MPFL) ran from January 14 to March 13, 2022 featuring 15 teams, with Selangor emerging as winners, while Pahang Rangers finished as runners-up.
  • The Women’s MPFL kicked off on March 8 and will end on March 23, 2022, featuring a two-round league involving six teams.
  • The men’s national team helmed by Chiew Chun Yong, will participate in the AFF Futsal Championships in Thailand from April 2-10, before competing in the SEA Games in Vietnam on May 4–23, 2022.
  • The women’s national team will also participate in the SEA Games.

 

Grassroots

  • FAM has been awarded the AFC Silver Membership under the AFC Grassroots Charter.
  • 18 Grassroots Courses organised or will be organised up until March 31.
  • 35 Courses planned so far in 2022 (which equates to 1,050 new Grassroots coaches).

 

Women’s Football

  • FAM will be organising a nine-a-side competition at FAM commencing Saturday March 26 and will continue on the last Saturday of each month for six months.
  • The rebranded Tun Sharifah Rodziah Cup or PTSR will kick off with the zonal league competition on Saturday, May 14.
  • To coincide with the PTSR zonal league, FAM will be organising the AFC Women’s Football Day on Saturday May 14 as well.

 

Youth Football

  • The Johor Darul Ta’zim (JDT) Academy has been awarded the AFC Two-Star Academy accreditation in recognition of their commitment to developing youth players in Johor.

 

National Team

  • Seven days have been set aside before the March FIFA window (two friendlies versus Singapore and Philippines) and eight days have been set aside before the June FIFA window. FAM and National Team’s Department will work closely with the MFL to ensure we try and provide as much preparation time as possible.
  • High Performance team is already being assembled (physiologist, psychologist, nutritionist) in addition to existing support staff. High Performance Manager (Reuben Jude Balraj) has been appointed. All staff will report to Head Coach of their respective national teams as well as the High-Performance Manager. Part of the High-Performance Manager’s role will be to collate testing results, match analysis, injury reports et cetera to use for comparisons and future planning.
  • National Team coach Kim Pan Gon will serve as Head Coach and Team Manager, a role performed by Nelo Vingada, who was Head Coach and Team Manager of the national team in 2017.
  • Targets should be set after consultation with all parties (Coaches/Technical Director/FAM Exco).
  • A National Team reporting template has already been completed after consultation with national team staff. In future all National Teams will have a common reporting template and process.

 

SCOTT O’DONELL

FA of Malaysia (FAM), Technical Director

 

This release was issued on Tuesday, March 22, 2022