SIARAN MEDIA: KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA EKSEKUTIF FAM KALI KE-3 BAGI PENGGAL 2021-2025

2021-11-15

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin ini telah berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

Antara keputusan yang telah dicapai Jawatankuasa Eksekutif FAM adalah seperti berikut:

 

1. PENETAPAN PERTANDINGAN DI BAWAH NAUNGAN FAM

 

(a) PIALA BELIA DAN PIALA PRESIDEN

Jawatankuasa telah bersetuju agar Pertandingan Piala Presiden dan Piala Belia 2022 dilaksanakan mengikut format asal pertandingan yang telah dicadangkan bagi tahun 2021 seperti butiran berikut:

Sistem pertandingan: Liga timbal balik di peringkat kumpulan

Kalah mati dua (2) pusingan di peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir & Akhir

Bilangan pasukan bagi setiap pertandingan ialah 19 pasukan yang terdiri daripada 12 pasukan kelab yang bertanding dalam saingan Liga Super, 6 pasukan kelab dari Liga Premier dan 1 pasukan AMD.

Pembahagian kumpulan bagi setiap pertandingan ialah Tiga (3) kumpulan mengikut Zon iaitu Utara, Tengah & Selatan

Sepak mula Piala Belia: 23 Februari 2022

Sepak mula Piala Presiden: 24 Februari 2022

 

(b) PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH

Jawatankuasa telah bersetuju untuk meneruskan cadangan asal pertandingan iaitu dengan memulakan pertandingan di peringkat Zon dan disusuli dengan peringkat kebangsaan.

Butiran lanjut mengenai pertandingan adalah seperti berikut:

LIGA PERINGKAT ZON Pecahan Zon Lima (5) Zon iaitu Utara, Tengah, Selatan, Sabah & Sarawak

Sepak mula: 12 Februari 2022

Penyertaan pasukan: Secara hybrid yang merangkumi Persatuan Bolasepak Negeri, kelab dan Universiti

Sistem pertandingan Secara liga timbal balik

 

(c) MALAYSIA PREMIER FUTSAL LEAGUE (MPFL)

Jawatankuasa bersetuju untuk MPFL dimulakan pada bulan Januari 2022 dan ditamatkan pada bulan Mac sebelum memasuki bulan Ramadhan.

Piala Futsal Malaysia pula yang melibatkan pasukan-pasukan terbaik pada saingan MPFL dirancang pada bulan Mei selepas Hari Raya Aidilfitri.

Berikut adalah ketetapan yang dicapai:

MPFL Kategori Lelaki: 8 Januari - 13 Mac 2022

MPFL Kategori Wanita: 5 Februari - 13 Mac 2022

Piala Futsal Malaysia Mei – Jun 2022

Penyertaan pasukan Bagi kategori lelaki, 20 pasukan yang telah mengesahkan penyertaan pada tahun 2021.

Bagi kategori wanita, 12 pasukan yang telah mengesahkan penyertaan pada tahun 2021.

Sistem pertandingan

KATEGORI LELAKI Secara liga sahaja; Berpusat mengikut sirkit yang telah ditetapkan.

KATEGORI WANITA Dimulakan dengan liga dan diikuti dengan kalah mati Berpusat sepenuhnya.

PIALA FUTSAL MALAYSIA 8 pasukan terbaik dari MPFL Kategori Lelaki layak ke peringkat ini; Dijalankan secara kalah mati dua (2) pusingan (Suku Akhir, Separuh Akhir & Akhir)

 

2. PASUKAN KEBANGSAAN

 

(a) PASUKAN SENIOR KEBANGSAAN

  1. FAM telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Pesuruhjaya Sukan untuk membida menjadi hos kepada pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun 2022.
  2. Pasukan kebangsaan akan menjalani latihan pusat sebagai persiapan sebelum menyertai Piala AFF Suzuki di Singapura Disember nanti. Seramai 24 pemain akan dibawa ke Singapura. Sasaran masuk ke final. Proses persediaan untuk pra-Piala Asia AFC Jun 2022. Ketua jurulatih, Encik Tan Cheng Hoe, akan mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan senarai pemain.

 

(b) PASUKAN BAWAH 23 TAHUN

  1. Selepas berjaya melayakkan diri ke Kejohanan AFC Bawah 23 tahun di Uzbekistan pada Jun 2022, apabila mencatat dua kemenangan dan satu seri di pusingan kelayakan di Mongolia Oktober lalu, pasukan ini akan bertanding di Sukan SEA di Vietnam pada Mei 2022 dan Sukan Asia di China pada September 2022.

 

(c) PASUKAN BAWAH 17 TAHUN

  1. Membentuk pasukan kebangsaan Bawah 17 tahun untuk pusingan kelayakan Kejohanan Asia AFC Bawah 17 tahun pada Oktober 2022.
  2. Pihak pengurusan diketuai oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif, Encik Christoper Raj, akan mengenal pasti jurulatih.
  3. Generasi yang menjadi teras ialah pemain yang lahir pada atau selepas 2006.
  4. Pusingan akhir Kejohanan Asia AFC Bawah 17 tahun di Bahrain pada 2023 adalah tiket untuk layak ke Piala Dunia FIFA Bawah 17 tahun di Peru pada 2023
  5. Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dikenal pasti sebagai antara gelanggang latihan April 2022 sebagai persiapan pusingan kelayakan

 

3. PROJEK PEMBINAAN IBU PEJABAT BAHARU FAM DI PRESINT 5, PUTRAJAYA

  1. Majlis pecah tanah akan dilakukan pada Khamis, 9 Disember, 2021.

 

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

15 November 2021

 

 

--------------------

 

MEDIA RELEASE: 3RD FAM EXECUTIVE COMMITTEE MEETING FOR THE TERM 2021-2025

 

2021-11-15

The 3rd FAM Executive Committee Meeting for the term 2021-2025 was held today at Wisma FAM and chaired by the Football Association of Malaysia (FAM) President, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.

Among the key decisions made by the FAM Executive Committee are:

 

1. COMPETITIONS UNDER THE AUSPICES OF FAM

 

(a) YOUTH CUP AND PRESIDENT'S CUP

The committee has agreed that the 2022 edition of the President’s Cup and Youth Cup will follow the format that was agreed upon for the year of 2021, with details as below:

Tournament system: Round-robin - Home and Away format at group stage

Two-legged knockouts at Quarter-Finals, Semi-Finals and Final stages.

The total participating teams for each tournament is 19, consisting of 12 clubs that competed in the Super League, 6 clubs from the Premier League and 1 team from AMD.

The competing teams for each tournament will be divided into 3 groups according to zones namely North, Central and South zone.

Kick off for Youth Cup: 23 February 2022

Kick off for President’s Cup: 24 February 2022

 

(b) TUN SHARIFAH RODZIAH CUP

The committee has agreed to proceed with the idea of kicking off the tournament with zonal competition followed by the national level tournament.

Details as follows:

ZONE-BASED LEAGUE The five zones are North, Central, South, Sabah & Sarawak.

Kick-off: 12 February 2022

Team participation: Hybrid format which includes the teams under the State Football Associations, clubs and institutes of higher learning.

Tournament system: Home and Away

 

(c) MALAYSIA PREMIER FUTSAL LEAGUE (MPFL)

The committee has agreed for MPFL to start in January 2022 and to be completed in March before Ramadhan.

The Futsal Malaysia Cup consisting of the best teams in MPFL is scheduled to take place in May after Hari Raya Aidilfitri.

The following are the resolutions reached:

MPFL Men’s Category: 8 January - 13 March 2022

MPFL Women’s Category: 5 February - 13 March 2022

Futsal Malaysia Cup: May - June 2022

For the men’s category, 20 teams have confirmed participation for the year 2021.

For the women’s category, 12 teams have confirmed participation for the year 2021.

Tournament Mechanism:

Men’s Category: By league only; centralised according to the determined circuit

Women’s Category: Kick off by league format and followed by a centralised knock-out phase

Futsal Malaysia Cup: The 8 best teams from MPFL Men’s Category will feature in the Cup; conducted in a two-legged knock-out format (Quarter Finals, Semi-Finals and Final)

 

2) NATIONAL TEAM

 

(a) NATIONAL SENIOR TEAM

i. FAM has submitted the application to the Youth and Sports Ministry (KBS) through the Sports Commissioner to bid for the hosting rights of the third round AFC Asian Cup Qualifiers 2023 in June 2022.

ii. The National Team will undergo centralised training as preparation ahead of the AFF Suzuki Cup in Singapore in December.  A total of 24 players will be brought to Singapore.  The target is to qualify for the final. It is part of the preparation for the pre-AFC Asian Cup in June 2022. 

 

(b) UNDER-23 TEAM

i. The team will compete in the SEA Games in Vietnam in May 2022 and the Asian Games in China in September 2022, following the qualification for the AFC U-23 Championship in Uzbekistan in June 2022 after registering two wins and one draw at the Qualifying Rounds in Mongolia in October.

 

(c) UNDER-17 TEAM

i. FAM will form Under-17 team for the AFC Asian Under-17 Qualifying Round in October 2022.

ii. The team management led by Executive Committee Member; Mr Christopher Raj will be identifying the coaches.

iii. The core of the team comes from the group of players born in or after 2006.

iv. The final round of AFC Asian Under-17 Championship in Bahrain in 2023 will be the ticket to qualify the FIFA World Cup Under-17 in Peru in 2023.

v. Saudi Arabia and United Arab Emirates (UAE) have been identified to potential training destinations in April 2022 as preparation for the qualifying rounds.

 

3. FAM’s NEW HEADQUARTERS IN PRECINT 5, PUTRAJAYA

i. The ground breaking ceremony will be held on Thursday, 9 December, 2021.

 

Football Association of Malaysia (FAM)

November 15, 2021