SIARAN MEDIA: KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA EKSEKUTIF FAM KALI KELAPAN BAGI PENGGAL 2021-2025

2023-06-06

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, telah berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

Antara keputusan yang telah dicapai Jawatankuasa Eksekutif FAM adalah seperti berikut:

 

LOGO DAN HARGA TIKET PESTABOLA MERDEKA TAHUN 2023 EDISI KE-42

 

Jawatankuasa Eksekutif bersetuju untuk memilih logo baru Pestabola Merdeka Tahun 2023 Edisi ke-42 bagi menggantikan logo lama pada tahun 2013.

Tiga (3) pasukan jemputan telah mengesahkan penyertaan dalam edisi kali ini iaitu Palestin, Lubnan dan India yang dijadualkan berlangsung pada 14 hingga 17 Oktober 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Berikut merupakan harga tiket perlawanan yang telah dipersetujui Jawatankuasa Eksekutif:

 

KATEGORI

KADAR (RM)

Terbuka

Kanak-kanak

5.00

Dewasa

40.00

Grandstand

-

60.00

Premium

-

80.00

 

TAWARAN HARGA ‘TIKET KOMBO RM70’ PESTABOLA MERDEKA 2023 BAGI KATEGORI TERBUKA

 

Jawatankuasa Eksekutif bersetuju untuk menawarkan ‘Tiket kombo RM70’ bagi kategori terbuka untuk 2 hari perlawanan (14 dan 17 Oktober 2023) dengan tempoh penjualan terhad dari 1 Ogos hingga 5 September 2023 di www.tickethotline.com.my .

 

FORMAT LIGA WANITA NASIONAL (LWN) 2023

 

Jawatankuasa Eksekutif FAM menerima pandangan baik daripada Jawatankuasa Bolasepak Wanita untuk menukar format pertandingan Liga Wanita Nasional daripada format Zon kepada Liga Kebangsaan yang dijalankan 2 pusingan (home & away). Liga Wanita Nasional dijadualkan bermula pada awal bulan Julai 2023 dan tamat pada November 2023.

 

LATIHAN PENGADIL VAR

 

Sejumlah 20 Pengadil dan 10 Penolong Pengadil dari Kategori A dan A1 termasuk semua Pengadil FIFA (6 orang), Penolong Pengadil FIFA (8 orang) dan seorang Penolong Pengadil FIFA (Wanita) telah dipilih untuk Latihan dan ditauliah sebagai pengadil VAR pada tahun 2023.

Sebagai tambahan seramai 15 pengadil dan penolong pengadil akan turut dipanggil untuk mengikuti Latihan VAR pada tahun ini dan mereka akan ditauliahkan pada tahun 2024.

Bagi tahun 2023 ini, pelaksanaan VAR lebih tertumpu kepada Latihan Pengadil, VAR Similator, “live match training’, pengiktarafan teknologi VAR dan pengiktirafan stadium yang akan menggunakan VAR.

 

Siaran media ini dikeluarkan pada Selasa, 6 Jun 2023