SIARAN MEDIA: KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA STATUS FAM KALI KE-13 BAGI PENGGAL 2017-2021

2020-03-05

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuarat kali ke-13 bagi penggal 2017-2021 pada 3 Mac 2020 (Selasa) telah mencapai keputusan berikut:

 

1. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Amirizdwan Taj Tajudin terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan berhubung tunggakan gaji.

Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sepenuhnya dan Persatuan Bolasepak Kelantan dikehendaki membayar tunggakan gaji sebanyak RM167,304.

 

2. Tuntutan dikemukakan oleh pegawai, Mohd Hisham Jainudin terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan berhubung tunggakan gaji.

Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sebahagiannya dan Persatuan Bolasepak Kelantan dikehendaki membayar tunggakan gaji sebanyak RM11,166 (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan).

 

3. Tuntutan dikemukakan oleh ejen pemain, B. Gobala Krishnan terhadap Persatuan Bolasepak Sarawak berhubung yuran agensi.

Keputusan: Tuntutan pengadu telah ditolak sepenuhnya.

 

4. Tuntutan dikemukakan oleh 3 pegawai terhadap Persatuan Bolasepak PDRM berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sebahagiannya dan Persatuan Bolasepak PDRM dikehendaki membayar tunggakan gaji (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) seperti jumlah dinyatakan di bawah:

i) Liew Kit Kong (RM26,000)

ii) E. Elavarasan (RM60,000) dan pembayaran penuh cukai pendapatan

iii) Wan Mustaffa Wan Ismail (RM43,000)

 

5. Tuntutan dikemukakan oleh 2 pegawai terhadap Persatuan Bolasepak Perlis berhubung tunggakan gaji dan pampasan kontrak

Keputusan: Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sebahagiannya dan Persatuan Bolasepak Perlis dikehendaki membayar tunggakan gaji (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dan pampasan baki kontrak seperti jumlah dinyatakan di bawah:

i) Mohd Faizal Mohd Esahar (RM24,000 tunggakan gaji & RM120,000 pampasan baki kontrak)

ii) Mohd Hisham Jainudin (RM21,000 tunggakan gaji & RM55,741.95 pampasan baki kontrak)

 

6. Tuntutan dikemukakan oleh 2 pegawai terhadap Persatuan Bolasepak Perlis berhubung tunggakan gaji dan pampasan kontrak

Keputusan: Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sepenuhnya dan Persatuan Bolasepak Perlis dikehendaki membayar tunggakan gaji (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dan pampasan baki kontrak seperti jumlah dinyatakan di bawah:

i) Ahmad Nizan Ariffin (RM21,000 tunggakan gaji & RM154,000 pampasan baki kontrak)

ii) Kamal Daut (RM18,000 tunggakan gaji & RM132,000 pampasan baki kontrak)

 

MOHD JOEHARI AYUB

PENGERUSI JAWATANKUASA STATUS FAM