SIARAN MEDIA: PELANCARAN PIAGAM SUPARIMAU FAM

2019-05-04

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini melancarkan piagam akar umbi yang dinamakan PIAGAM SUPARIMAU FAM bagi menempah laluan lebih baik dan memastikan bola sepak di semua peringkat di negara ini semakin berkembang.

Merupakan salah satu daripada usaha yang konsisten dijalankan FAM sejajar dengan Peta Hala Tuju F: 30 2019-2030, Piagam SUPARIMAU FAM ini adalah untuk setiap Kelab Bola Sepak Komuniti & Rekreasi serta mana-mana Akademi Bola Sepak yang ingin berada di landasan yang tepat dalam peringkat bola sepak akar umbi.

Timbalan Presiden FAM, Dato' Sri Subahan Kamal berkata, kreditasi dan penilaian ini bertujuan untuk menyeragamkan proses pembangunan akar umbi dan meningkatkan standard dalam bola sepak, menyokong pembangunan, pertandingan serta mengenali, memberi ganjaran komitmen dan pencapaian.

"Penting buat kami memberi ruang untuk kanak-kanak yang datang dari semua lapisan masyarakat di sini.  Dengan ini saya juga menekankan tiada istilah untuk kekurangan bakat yang mana matlamat kami di FAM adalah untuk mengembangkan serta mengasah kemahiran mereka secara kerja berpasukan menerusi kemahiran latihan demi masa depan, kerjaya mereka dalam arena bola sepak menerusi akademi yang diiktiraf.

"Piagam ini adalah piawaian penanda kualiti yang mengukur standard dalam beberapa bidang seperti penyertaan (untuk kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki) justeru saya berharap dengan ini lebih ramai bakat muda dapat dilahirkan dalam masa terdekat," katanya.

Dato' Sri Subahan merasmikan Piagam SUPARIMAU FAM di Kompleks Sukan PKNS di Kelana Jaya hari ini dan turut hadir ialah Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi dan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

Selain itu, FAM juga melancarkan logo rasmi Piagam SUPARIMAU FAM hari ini.

Piagam SUPARIMAU FAM boleh dipohon oleh mana-mana Kelab Bola Sepak Komuniti & Rekreasi dan Akademi Bola Sepak di seluruh negara.

Kriterianya agak mencabar, tetapi mampu dicapai memandangkan ianya direka untuk pembangunan bola sepak akar umbi yang mapan dalam persekitaran positif.

Ia terbahagi dalam tahap keahlian yang berbeza - Ahli Gangsa (asas) penekanan pada asas yang kukuh untuk pertumbuhan masa depan, Ahli Perak (lanjutan) penekanan pada kemampanan dan kemajuan dan Ahli Emas (Unggul) khusus untuk jarak serta pengekalan.

Tahap-tahap ini adalah untuk memastikan Piagam SUPARIMAU FAM mencerminkan persekitaran yang pelbagai dalam akademi akar umbi serta komuniti & kelab rekreasi. Tahap- tahap ini juga membolehkan FAM menyokong cita-cita dan keupayaan Akademi ini dalam  menyampaikan maklumat bola sepak.

Dalam pada itu, setiap Kelab Bola Sepak Komuniti & Rekreasi dan Akademi Bola Sepak ini wajib mencapai standard tertentu jika ingin mendapatkan akreditasi. Mereka mesti memenuhi kriteria spesifik yang ditetapkan mengikut tahap kategori dipohon antaranya kepimpinan, perancangan, kemudahan, perlawanan peringkat akar umbi dan pendidikan.

Maklumat lanjut mengenai Piagam SUPARIMAU FAM di http://bit.ly/famsuparimau

 

----

 

LAUNCHING OF THE FAM SUPARIMAU CHARTER

The Football Association of Malaysia (FAM) today launched the FAM SUPARIMAU Charter for the greater pathways in youth development and grassroots football, and to ensure the flourishment of football at all levels in the country.

In line with the 2019-2030 F:30 Roadmap, the FAM SUPARIMAU Charter is formed for community and recreational football clubs and even football academies that are passionate in playing their respective roles and driving grassroots football and youth development in Malaysia to greater heights.

FAM Deputy President, Dato' Sri Subahan Kamal said, the accreditation and evaluation programmes aim to raise the standards in grassroots football, support the development and competitions as well as to recognize and reward commitment and achievement.

"We have dedicated time with kids coming in from all walks of life and it is safe to say that there is no dearth of talent. Our goal here in FAM is to develop that talent and hone their skills through teamwork and skills training for a future career in football under the recognizable academies.

"The charter is a quality mark; setting standards in areas such as participation (for girls and boys) and I do hope more young talents can be produced in the near future," he said.

Dato' Sri Subahan officiated the FAM SUPARIMAU Charter at PKNS Sports Complex, Kelana Jaya earlier today and was accompanied by FAM Deputy President, Datuk Wira Yusoff Mahadi and FAM General Secretary, Stuart Ramalingam.

Besides that, FAM also revealed the official logo of the FAM SUPARIMAU Charter at the ceremony.

The FAM SUPARIMAU Charter can be applied by any community and recreational football clubs as well as football academies throughout the country.

Different membership levels of accreditation are available, with each level recognizes exceptional provision of grassroots football - Bronze Member (basic) emphasises on a strong foundation for future growth while Silver Member (advanced) emphasises on sustainability and development and lastly, Gold Member (benchmark) emphasises on range and retention.

The levels are designed to ensure the FAM SUPARIMAU Charter reflects the diverse environments in different grassroots academies and community and recreational clubs. The levels allow FAM to support various academies’ ambitions and capacities to deliver different types of football.

The criteria are designed to be challenging, but attainable as the main aim is to encourage sustainable grassroots football in positive environments.

To be accredited, all community and recreational football clubs and football academies must be able to demonstrate certain standards. They must satisfy criteria specific to the relevant levels they are applying for under the performance categories such as leadership, planning, facilities, grassroots competition and education.

For more information on the FAM SUPARIMAU Charter and the different membership levels of accreditation, kindly visit http://bit.ly/famsuparimau