SIARAN MEDIA: SENARAI 14 PEMAIN SKUAD HARIMAU MALAYA KE KELAYAKAN PIALA ASIA FUTSAL 2024 DI UZBEKISTAN

2023-10-03

Berikut senarai akhir 14 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih futsal kebangsaan, Rakphol Sainetngam bagi membawa cabaran Malaysia pada saingan Kumpulan G, Kelayakan Piala Asia Futsal 2024 di Fergana, Uzbekistan dari 7 hingga 11 Oktober 2023.

 

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

 ABU HANIFFA HASAN

32

JOHOR DARUL TA’ZIM

2.

 MUHAMMAD EKMAL SHAHRIN

23

JOHOR DARUL TA’ZIM

3.

 MUHAMMAD AZRI RAHMAN

29

JOHOR DARUL TA’ZIM

4.

 MOHAMAD AWALLUDDIN MAT NAWI

25

JOHOR DARUL TA’ZIM

5.

 MUHAMMAD SAAD ABDUL SANI

25

JOHOR DARUL TA’ZIM

6.

 MUHAMMAD DANIAL ABDUL DAIN

27

JOHOR DARUL TA’ZIM

7.

 ZAINULZAHIN SINUAN

23

PAHANG RANGERS FC

8.

 AHMAD HARITH NAI’IM MOHD NASIR

23

PAHANG RANGERS FC

9.

 MOHD RIDZWAN BAKRI

29

PAHANG RANGERS FC

10.

 MUHAMMAD FARHAN KHAIRUL ANUAR

26

PAHANG RANGERS FC

11.

 MAHADIR HARAHAP KHAIRUDDIN

23

PAHANG RANGERS FC

12.

 MUHAMMAD SYAWAL SABARUDDIN

26

SELANGOR MAC

13.

 MUHAMMAD FARIS MOHD JOHAN

23

SELANGOR MAC

14.

 SYAHIR IQBAL KHAN AKBAR KHAN

18

SELANGOR MAC

 

Daripada senarai awal 20 pemain yang dipanggil bagi kem latihan pusat bermula 11 September 2023, seramai 16 pemain telah dibawa bagi siri tiga perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Afghanistan, Chinese Taipei dan Thailand di Bangkok, Thailand dari 24 hingga 30 September 2023 sebelum senarai akhir 14 pemain ke Uzbekistan diumum, hari ini.

Ini merupakan tugasan pertama Rakphol, 44, dari Thailand yang diumum sebagai ketua jurulatih futsal kebangsaan pada 7 Ogos 2023. Beliau akan dibantu oleh Addie Azwan Zainal selaku penolong ketua jurulatih, Mohd Firdaus Razali (jurulatih penjaga gol) dan Rafael Duquia Da Silva (jurulatih kecergasan).

Bagi perlawanan kelayakan Kumpulan G itu nanti, Malaysia dijadual bertemu Iraq bagi perlawanan pertama pada Sabtu, 7 Oktober 2023 (3.00 petang waktu Uzbekistan, 6.00 petang waktu Malaysia), diikuti aksi berikutnya bertemu tuan rumah, Uzbekistan pada Isnin, 9 Oktober 2023 (6.00 petang waktu Uzbekistan, 9.00 malam waktu Malaysia) dan Kemboja pada Rabu, 11 Oktober 2023 (3.00 petang waktu Uzbekistan, 6.00 petang waktu Malaysia).

Sejumlah 16 pasukan iaitu 8 pasukan juara kumpulan saingan kelayakan (Kumpulan A-H), 7 pasukan tempat kedua terbaik serta tuan rumah, Thailand akan layak ke pusingan akhir Piala Asia Futsal 2024 di Thailand, 17 hingga 28 April 2024.

Sebagai rekod pencapaian di sepanjang 16 edisi sebelum ini, skuad futsal kebangsaan berjaya layak sebanyak 12 kali ke pusingan akhir, namun pada kesemua edisi berkenaan, hanya beraksi di peringkat Kumpulan dan belum pernah berjaya mara ke suku akhir.

 

Siaran media ini dikeluarkan pada Selasa, 3 Oktober 2023