
2023-09-06
Berikut senarai nama 20 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih futsal kebangsaan, Rakphol Sainetngam bagi menyertai kem latihan pusat bermula Isnin, 11 September 2023 sebagai persiapan menghadapi saingan Kumpulan G, Kelayakan Piala Asia Futsal 2024 di Uzbekistan dari 7 hingga 11 Oktober 2023.
BIL |
NAMA |
UMUR |
PASUKAN |
1. |
ZAINULZAHIN SINUAN |
23 |
PAHANG RANGERS FC |
2. |
AKMARULNIZAM MOHD IDRIS |
32 |
PAHANG RANGERS FC |
3. |
AHMAD HARITH NAI’IM MOHD NASIR |
23 |
PAHANG RANGERS FC |
4. |
MOHD RIDZWAN BAKRI |
29 |
PAHANG RANGERS FC |
5. |
SAIFUL NIZAM MOHD ALI |
32 |
PAHANG RANGERS FC |
6. |
MUHAMMAD FARHAN KHAIRUL ANUAR |
26 |
PAHANG RANGERS FC |
7. |
MAHADIR HARAHAP KHAIRUDDIN |
23 |
PAHANG RANGERS FC |
8. |
HAMDIN ZARIF MAHMUN |
22 |
PAHANG RANGERS FC |
9. |
ABU HANIFFA HASAN |
32 |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
10. |
MUHAMMAD EKMAL SHAHRIN |
23 |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
11. |
MUHAMMAD AZRI RAHMAN |
29 |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
12. |
MOHAMAD AWALLUDDIN MAT NAWI |
25 |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
13. |
MOHD FIRDAUS AMBIAH |
32 |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
14. |
MUHAMMAD DANIAL ABDUL DAIN |
27 |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
15. |
MUHAMMAD SYAWAL SABARUDDIN |
26 |
SELANGOR MAC |
16. |
MUHAMMAD FARIS MOHD JOHAN |
23 |
SELANGOR MAC |
17. |
SYAHIR IQBAL KHAN AKBAR KHAN |
18 |
SELANGOR MAC |
18. |
MOHAMAD FAEZWAN ASHWANDIE AHMAD |
23 |
PFA ODIN SARAWAK/PULAU PINANG |
19. |
MUHAMMAD ALIF IZZAT ROSDI |
24 |
TERENGGANU |
20. |
MUHAMMAD AMIRUL KHAIRUDDIN |
22 |
KL CITY FC |
Rakphol, 44, dari Thailand yang diumum sebagai ketua jurulatih futsal kebangsaan pada 7 Ogos 2023 akan dibantu oleh bekas pemain futsal kebangsaan, Addie Azwan Zainal yang telah pun dilantik sebagai penolong ketua jurulatih futsal kebangsaan.
Antara muka baharu yang dipanggil kali ini termasuklah penjaga gol Pahang Rangers FC, Zainulzahin Sinuan dan penjaga gol PFA Odin Sarawak yang dipinjamkan ke pasukan Pulau Pinang, Faezwan Ashwandie Ahmad serta pemain-pemain lain seperti Harith Na’im Nasir, Mahadir Harahap Khairuddin, Hamdin Zarif Mahmun, Danial Dain, Faris Johan, Syahir Iqbal Khan, Alif Izzat Rosdi dan Amirul Khairuddin.
Sementara lima pemain berikut pula berada dalam Senarai Bersedia untuk dipanggil jika terdapat perubahan pada senarai nama di atas.
BIL |
NAMA |
UMUR |
PASUKAN |
1. |
MOHD AZWANN ISMAIL |
31 |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
2. |
MUHAMMAD SAAD ABDUL SANI |
25 |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
3. |
MOHAMAD SUFRI SHAMIL |
28 |
PAHANG RANGERS FC |
4. |
SYED SHAHRUL NIEZAM SYED ABDUL RAHIM |
24 |
TERENGGANU |
5. |
MUHAMMAD FARIKH KHABIBOR RAHMAN |
26 |
SELANGOR TOT UNITED |
Skuad futsal kebangsaan akan menjalani latihan pusat di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya dari 11 hingga 23 September 2023 sebelum mereka ke Bangkok, Thailand dari 24 hingga 30 September 2023 bagi menghadapi tiga perlawanan persahabatan antarabangsa di sana.
Seterusnya mereka akan terbang pulang ke tanah air untuk menyambung kem latihan pusat di Kelana Jaya dan berlepas pula ke Uzbekistan pada 5 Oktober 2023.
Bagi perlawanan kelayakan Kumpulan G itu nanti, Malaysia dijadual bertemu Iraq bagi perlawanan pertama pada Sabtu, 7 Oktober 2023, diikuti aksi berikutnya bertemu tuan rumah, Uzbekistan pada Isnin, 9 Oktober 2023 dan Kemboja pada Rabu, 11 Oktober 2023.
Sejumlah 16 pasukan iaitu 8 pasukan juara kumpulan saingan kelayakan (Kumpulan A-H), 7 pasukan tempat kedua terbaik serta tuan rumah, Thailand akan layak ke pusingan akhir Piala Asia Futsal 2024 di Thailand, 17 hingga 28 April 2024.
Sebagai rekod pencapaian di sepanjang 16 edisi sebelum ini, skuad futsal kebangsaan berjaya layak sebanyak 12 kali ke pusingan akhir, namun pada kesemua edisi berkenaan, hanya beraksi di peringkat Kumpulan dan belum pernah berjaya mara ke suku akhir.
* Siaran media ini dikeluarkan pada Rabu, 6 September 2023