SIARAN MEDIA: SENARAI 25 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD HARIMAU MALAYA BERMULA 16 MEI 2021

2021-05-10

Berikut senarai nama 25 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Ahad, 16 Mei 2021 bagi persiapan menghadapi baki tiga perlawanan terakhir Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu UAE (3 Jun 2021), Vietnam (11 Jun 2021) dan Thailand (15 Jun 2021) di Dubai, UAE.

 

BIL

 NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

 MOHD FARIZAL MARLIAS

35

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

2.

 MATTHEW DAVIES

26

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

3.

 MOHAMAD AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK

34

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

4.

 ADAM NOR AZLIN

25

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

5.

 LA’VERE CORBIN-ONG

30

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

6.

 MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA

24

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

7.

 MUHAMMAD NAZMI FAIZ MANSOR

27

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

8.

 MUHAMMAD AKHYAR ABDUL RASHID

22

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

9.

 MOHAMADOU SUMAREH

27

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

10.

 MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD

26

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

11.

 MUHAMMAD SAFAWI RASID

24

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

12.

 ARIF AIMAN MOHD HANAPI

19

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

13.

 GUILHERME DE PAULA LUCRECIO

35

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

14.

 MOHD KHAIRULAZHAN MOHD KHALID

32

SELANGOR FC

15.

 MUHAMMAD SYAHMI SAFARI

23

SELANGOR FC

16.

 BRENDAN GAN

33

SELANGOR FC

17.

 MUHAMMAD IRFAN ZAKARIA

26

KUALA LUMPUR CITY FC

18.

 MUHAMAD NOR AZAM ABDUL AZIH

26

SRI PAHANG FC

19.

 MOHD RIZAL MOHD GHAZALI

29

KEDAH DARUL AMAN FC

20.

 LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN

19

KV KORTRIJK

21.

 NORSHAHRUL IDLAN TALAHA

35

SARAWAK UNITED FC

22.

 SAMUEL JACOB SOMERVILLE

27

PENANG FC

23.

 LIRIDON KRASNIQI

29

NEWCASTLE JETS

24.

 JUNIOR ELDSTAL

30

CHONBURI FC

25.

 DOMINIC TAN

24

POLICE TERO FC

 

Daripada senarai tersebut, Cheng Hoe mengekalkan seramai 19 pemain yang telah dipanggil menyertai kem latihan pusat terdahulu di Johor Bahru, Johor pada 22 hingga 28 Mac 2021.

Bagaimanapun pemain pertahanan, Shahrul Saad dan penyerang, Shahrel Fikri Md Fauzi terpaksa diketepikan selepas masing-masing mengalami kecederaan pada perlawanan Liga Super 2021, PJ City FC lwn Perak FC dan Sri Pahang FC lwn Selangor FC, 5 Mei lalu.

Bagi melengkapkan senarai 25 pemain, seramai tiga muka baharu telah disenaraikan iaitu penjaga gol, Samuel Somerville (Penang FC), Liridon Krasniqi (Newcastle Jets) dan Arif Aiman Mohd Hanapi (Johor Darul Ta’zim) serta tiga lagi pemain yang kembali dipanggil iaitu Safawi Rasid (Johor Darul Ta’zim), Dominic Tan (Police Tero FC) dan Junior Eldstal (Chonburi FC).

Skuad Harimau Malaya akan mula turun menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil selama empat hari bermula 16 hingga 19 Mei 2021 sebelum terbang ke Dubai pada 20 Mei bagi perlawanan persahabatan pertama (bukan Tier 1) bertemu Kuwait di sana pada 23 Mei 2021.

Bagi empat pemain yang beraksi di liga luar iaitu Liridon, Junior, Dominic serta Luqman Hakim Shamsudin, mereka tidak perlu melapor diri di Kuala Lumpur pada 16 Mei, sebaliknya terus dari negara masing-masing iaitu Australia, Thailand dan Belgium untuk menyertai pasukan di Dubai pada 20 Mei 2021.

Kemudian pada 25 Mei 2021, skuad Harimau Malaya akan terbang pula ke Manama, Bahrain bagi perlawanan persahabatan kedua (Tier 1) bertemu Bahrain di sana pada 28 Mei 2021 dan kembali ke Dubai pada 31 Mei bagi persediaan terakhir menghadapi baki tiga perlawanan kelayakan.

Malaysia akan bertemu UAE di Stadium Zabeel, Dubai pada Khamis, 3 Jun 2021 jam 8.45 malam waktu UAE (12.45 tengah malam waktu Malaysia) diikuti aksi menentang Vietnam di Stadium Al Maktoum, Dubai pada Jumaat, 11 Jun 2021 jam 8.45 malam waktu UAE (12.45 tengah malam waktu Malaysia) dan berdepan Thailand juga di Stadium Al Maktoum pada Selasa, 15 Jun 2021 jam 8.45 malam waktu UAE (12.45 tengah malam waktu Malaysia).

Selepas lima perlawanan setakat ini, Vietnam berkedudukan di tangga teratas Kumpulan G dengan 11 mata diikuti Malaysia (9), Thailand (8), UAE (6) dan Indonesia (0). Hanya UAE kurang satu perlawanan.

Malaysia sebelum ini memulakan kempen kelayakan dengan menewaskan Indonesia 3-2 di Jakarta pada 5 September 2019 tetapi kalah tipis 2-1 kepada UAE pada aksi kedua di Bukit Jalil pada 10 September 2019.

Kemudian Malaysia tewas lagi, kali ini kepada Vietnam 1-0 di Hanoi pada 10 Oktober 2019 tetapi bangkit meraih dua kemenangan berturut di Bukit Jalil dengan menewaskan Thailand 2-1 pada 14 November 2019 dan Indonesia 2-0 pada 19 November 2019.

Namun saingan yang sepatutnya bersambung pada Mac 2020 terpaksa ditangguhkan lebih setahun akibat situasi tidak menentu pandemik COVID-19.

 

KEMAS KINI 1 JUN 2021

Pemain berdarah campuran Malaysia-Belgium, Dion-Johan Cools telah diumum secara rasmi sebagai pemain ke-26 bagi kem latihan pusat kali ini oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin selepas beliau melapor diri di hotel penginapan pasukan di Dubai, UAE.