SIARAN MEDIA: SENARAI 30 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-19 KEBANGSAAN BERMULA 3 OGOS 2020

2020-07-28

Berikut senarai 30 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad B-19 kebangsaan, Brad Maloney untuk ke kem latihan pusat Fasa 2 selama empat minggu di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Isnin, 3 Ogos 2020 hingga 30 Ogos 2020 sebagai persediaan bagi menghadapi Pusingan Akhir Kejuaraan B-19 AFC 2020 yang akan berlangsung di Uzbekistan dari 14 hingga 31 Oktober 2020.

 

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN

1.

ARIF AIMAN MOHD HANAPI

18

MF

JOHOR DARUL TA’ZIM

2.

MUHAMAD UMAR HAKEEM SUHAR REZWAN

18

MF

JOHOR DARUL TA’ZIM

3.

MUHAMMAD FIRDAUS RAMLI

18

DF

JOHOR DARUL TA’ZIM

4.

MUHAMMAD FIRDAUS KAIRONNISAM

18

MF

JOHOR DARUL TA’ZIM

5.

MUHAMAD ALIF ABDUL MUTALIB

18

MF

JOHOR DARUL TA’ZIM

6.

MUHAMMAD SHAFI AZSWAD SAPARI

19

MF

JOHOR DARUL TA’ZIM

7.

DARYL SHAM K. K. GEORGE

18

FW

JOHOR DARUL TA’ZIM

8.

LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN

18

FW

SELANGOR

9.

MUHAMMAD AZRUL HAIKAL RAMLEE

18

MF

SELANGOR

10.

MUHAMMAD FAHMI DANIEL MOHD ZAAIM

18

RB

SELANGOR

11.

MUHAMMAD FAKRUL IMAN NASZARI

19

MF

SELANGOR

12.

MUHAMMAD RAIMI SHAMSUL

18

MF

SELANGOR

13.

MOHD AIMAN AFIF MD AFIZUL

19

MF

KEDAH

14.

MUHAMMAD AMIRUL AKMAL SAFARINIZAM

18

MF

KEDAH

15.

MUHAMAD AIMAN FARHAN MUHAMAD FAUZI

18

LB

KEDAH

16.

MUHAMMAD FAIZ AMER RUNNIZAR

17

DF

AMD B-17

17.

MOHAMMAD MARWAN ABDUL RAHMAN

17

DF

AMD B-17

18.

MUHAMMAD KHAIRI SUFFIAN KHAINEYUSRI

17

FW

AMD B-17

19.

SYAHMI ADIB HAIKAL MOHD SHUKRI

17

GK

AMD B-17

20.

ZIAD EL BASHEER NORHISHAM

17

MF

AMD B-17

21.

YUSERIL YUSEKIL

18

MF

SABAH

22.

MOHD NASIP MOHAMMAD ZAIN

19

FW

SABAH

23.

ALAN LAGANG KERYER

19

MF

SARAWAK UNITED

24.

MUHAMMAD AZAM AZMI MURAD

19

MF

TERENGGANU FC

25.

MUHAMMAD RAHADIAZLI RAHALIM

19

GK

TERENGGANU FC

26.

MUHD MUSLIHUDDIN ATIQ MAT ZAHID

19

MF

TERENGGANU FC

27.

AHMAD IRFAN IBRAHIM

19

GK

TERENGGANU FC

28.

MUHAMMAD RIEZMAN IRFAN MUSTAFAH

19

GK

PAHANG

29.

ZACHRY RAIFF GHAZIE YEOH

18

MF

BROOKE HOUSE COLLEGE FOOTBALL ACADEMY

30.

WAN AHMAD KUZRI WAN AHMAD KAMAL

18

MF

ST. LOIUS FOOTBALL ACADEMY

 

Seramai 26 pemain daripada senarai 35 pemain yang dipanggil pada kem latihan pusat Fasa 1 dari 6 hingga 26 Julai 2020 telah dipanggil semula untuk mengikuti kem latihan pusat Fasa 2 ini.

Penjaga gol, Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri dari pasukan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) B-17 yang dipanggil pada minggu terakhir kem latihan pusat Fasa 1 sebelum ini turut disenaraikan Maloney bagi kem latihan pusat Fasa 2 ini bersama-sama tiga pemain baharu iaitu penjaga gol, Ahmad Irfan Ibrahim dari Terengganu FC; pemain tengah, Ziad Al Basheer Norhisham dari AMD B-17 dan penyerang, Luqman Hakim Shamsudin dari Selangor.

Maloney masih dalam proses penilaian pemain sebelum meneruskan kem latihan pusat Fasa 3 pada September 2020 bagi memilih senarai akhir 23 pemain yang akan ke Uzbekistan.

Pada pusingan akhir di Uzbekistan nanti, Malaysia akan membuka tirai saingan Kumpulan D bertemu Tajikistan pada Jumaat, 16 Oktober 2020 diikuti aksi kedua menentang Qatar pada Isnin, 19 Oktober 2020 dan seterusnya aksi terakhir kumpulan berdepan Yemen pada Khamis, 22 Oktober 2020. Ketiga-tiga perlawanan dijadual berlangsung di Stadium AGMK, Olmalik.

Kumpulan A menampilkan tuan rumah Uzbekistan, Indonesia, Kemboja dan Iran; Kumpulan B dibarisi Republik Korea, Jepun, Iraq dan Bahrain manakala Kumpulan C diisi oleh Arab Saudi, Australia, Vietnam dan Laos.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan (8 pasukan) seterusnya akan layak ke suku akhir yang mana jika Malaysia berjaya muncul juara Kumpulan D, lawan adalah naib juara Kumpulan C (Arab Saudi, Australia, Vietnam atau Laos) dan jika Malaysia naib juara Kumpulan D, lawan adalah juara Kumpulan C (Arab Saudi, Australia, Vietnam atau Laos).

Seterusnya, empat pasukan yang berjaya melangkah ke separuh akhir akan secara automatik layak ke Piala Dunia B-20 2021 di Indonesia. Namun jika Indonesia menjadi salah satu pasukan yang ke separuh akhir, maka satu lagi slot tambahan akan diberikan yang mana ia akan direbut oleh empat pasukan yang kalah pada suku akhir menerusi perlawanan playoff.

 

KEMAS KINI 10 OGOS 2020:

Brad Maloney telah memanggil seorang pemain baharu iaitu penjaga gol, Muhammad Azeem Farhan Fazis Iskandar, 18, dari pasukan Negeri Sembilan.