SIARAN MEDIA: STADIUM NASIONAL, BUKIT JALIL KEKAL SEBAGAI 'HOME OF HARIMAU MALAYA' BAGI KEMPEN PIALA MITSUBISHI ELECTRIC AFF 2022

2022-10-29

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini secara rasmi mengumumkan Stadium Nasional, Bukit Jalil sebagai gelanggang sendiri bagi skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon di sepanjang kempen Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 bermula 20 Disember 2022.

Selain itu, Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Kemboja pada 9 Disember 2022 sebagai persiapan pasukan juga akan berlangsung di Stadium Nasional.

Bagaimanapun, satu lagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Maldives pada 14 Disember 2022 akan diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Berikut jadual penuh perlawanan-perlawanan tersebut mengikut venue yang telah ditetapkan:

 

 

FAM ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu atas keprihatinan dan persetujuan daripada pihak beliau untuk membenarkan penggunaan Stadium Nasional sebagai 'Home of Harimau Malaya' bagi kempen Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.

Kami sedia maklum mengenai keadaan padang di Stadium Nasional dan akan mengambil langkah bersama dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dalam usaha memastikan kualiti padang berada pada tahap memuaskan pada perlawanan-perlawanan yang telah dijadualkan itu nanti.

Kepada penyokong Harimau Malaya, kami berharap agar aura Stadium Nasional yang ditampilkan ketika Kelayakan Piala Asia 2023, Jun lalu akan dapat diteruskan lagi pada perlawanan-perlawanan yang akan datang ini.

 

NOOR AZMAN HJ RAHMAN

Setiausaha Agung

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

 

* Siaran media ini dikeluarkan pada Sabtu, 29 Oktober 2022