SIDANG MEDIA PRAPERLAWANAN MALAYSIA B-21 LWN SINGAPURA B-21

2016-06-02

Berikut komen ketua jurulatih skuad Malaysia B-21, Frank Bernhardt pada sidang media praperlawanan yang berlangsung di Hatten Hotel, Melaka tengah hari tadi.

Ia menjelang perlawanan kejohanan bola sepak Nations Cup 2016 antara Malaysia B-21 bertemu Singapura B-21 di Stadium Hang Jebat, Melaka, 8.45 malam esok (Jumaat, 3 Jun 2016).

Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah ketua pasukan, Mohamad Faris Shah Mohd Rosli serta pengurus pasukan Singapura B-21, Farehan Hussein.

FOTO: SIMON YAP

 

KOMEN KETUA JURULATIH MALAYSIA B-21, FRANK BERNHARDT

“Kita tidak menjangka Farhan Roslan akan pulih dari kecederaan pangkal paha yang dialaminya dalam jangka masa begitu singkat. Beliau telah membuktikan kecergasannya dan kita telah mencapai keputusan untuk menyenaraikan beliau dalam pasukan.

“Sudah semestinya saya mahu memenangi kejohanan Nations Cup ini. Namun, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kita masih dalam peringkat persediaan untuk mencari kesebelasan terbaik bagi temasya Sukan SEA kelak.

"Saya berharap penonton-penonton dari seluruh pelusuk negara dan bukan sahaja dari Kuala Lumpur akan datang membanjiri Stadium Hang Jebat, Melaka esok bagi memberikan sokongan padu kepada skuad Malaysia."