SIDANG MEDIA PRAPERLAWANAN MALAYSIA B-21 LWN THAILAND B-21

2016-06-04

Berikut komen ketua jurulatih skuad Malaysia B-21, Frank Bernhardt pada sidang media praperlawanan yang berlangsung di Hatten Hotel, Melaka tengah hari tadi.

Ia menjelang perlawanan final kejohanan bola sepak Nations Cup 2016 antara Malaysia B-21 bertemu Thailand B-21 di Stadium Hang Jebat, Melaka, 10.00 malam esok (Ahad, 5 Jun 2016).

Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah ketua pasukan, Mohamad Faris Shah Mohd Rosli serta ketua jurulatih Thailand B-21, Worrawoot Srimakapengurus pasukan, Watanya Wongopasi dan ketua pasukannya, Chenrop Samphaodi.

 

KOMEN KETUA JURULATIH MALAYSIA B-21, FRANK BERNHARDT

Saya telah menonton perlawanan antara Thailand dan Vietnam, pagi tadi. Thailand merupakan sebuah pasukan yang bagus dan sangat teratur. Kami sedang membuat persiapan dan sedang mengatur strategi untuk menentang Thailand.

“Kami telah membuat beberapa kesilapan yang tidak sepatutnya pada perlawanan menentang Singapura B-21, semalam. Kami harus memperbaiki kelemahan ini menjelang perlawanan esok kerana berhadapan Thailand tentunya lebih sukar.

“Saya akan lihat tahap kecergasan pemain yang cedera dan akan memantau pemain-pemain untuk diturunkan esok. Ini adalah kejohanan persediaan dan saya mungkin perlu mencuba beberapa pemain lain.”