SIRI PERLAWANAN PERSAHABATAN: VIETNAM 3 MALAYSIA 2

2016-01-26

Skuad futsal Malaysia kendalian Marcelo Serpa tewas 2-3 kepada Vietnam pada aksi persahabatan terakhir di Stadium Tertutup Ton Duc Thang, Ho Chi Minh, petang tadi.

Selepas kecundang tipis 4-5 pada perlawanan persahabatan di Stadium Tertutup Ton Duc Thang, Ho Chi Minh, semalam (25 Januari 2016), skuad negara kendalian Marcelo Serpa tidak berjaya untuk meraih kemenangan menentang Vietnam.

Terdahulu pada tiga perlawanan persahabatan di Bangkok, Thailand sebelum ini, Malaysia bangkit untuk membelasah Chonburi FC (22 Januari 2016) 6-1 setelah tewas 5-8 kepada Jordan (21 Januari 2016) dan tumpas 4-6 kepada Thailand (19 Januari 2016).

Gol-gol pasukan kebangsaan telah dijaringkan oleh Muhammad Afif Asyraf Mohd Halil dan Saiful Nizam Mohamad Ali. Malaysia dijadualkan bakal pulang ke tanahair, esok (27 Januari 2016).