Skuad wanita kebangsaan mula jalani latihan di Bangkok

Skuad wanita kebangsaan telah mula menjalani latihan di bawah kendalian ketua jurulatih baharu, Asyraaf Abdullah di Universiti Ramkhamhaeng, Bangkok.

Pasukan ini yang tiba di ibu Negara Thailand pada hari Rabu, 15 April telah dijadualkan untuk menghadapi pasukan Bangkok Thonburi University (17 April) dan pasukan Wanita Thailand (18 April) sebagai persiapan Kejohanan Bola Sepak Wanita AFF 2015 yang akan berlangsung di Ho Chi Minh, Vietnam pada 1 hingga 10 Mei nanti.

Perlawanan-perlawanan persahabatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan bermain di peringkat antarabangsa kepada pemain-pemain kebangsaan.

J Category: 
article/women-s-football